BAB 48

1.2K 59 1
                                    

Arman dan Shafiyah berdiri di depan pintu bilik Faez. Menunggu pintu dibuka dari dalam. Dalam seminit juga, barulah Faez membuka pintu. Wajah Faez jelas memaparkan ketakutan. Mungkin dia takut kalau Arman masih marahkan dia.

"Kau...marahkan aku lagi?" Faez menyoal ketakutan. Mana tidaknya, Arman hampir saja memukul wajahnya semalam.

"Kau nampak muka aku macam tengah marah ke? Atau kau nampak aku macam nak ajak kau gaduh?" soalan berbalas soalan. Niat dia untuk berbincang sesuatu dengan Faez.

"Tak ada..."

Arman melepaskan keluhan. Muka dia nampak garang sangat ke sampaikan Faez pun takut.

"Azim mana?" soal Arman.

"Tak tahu. Masa aku balik semalam, dia dah tak ada dekat bilik. Barang-barang dia pun tak ada. Dia dah balik dulu kot,"

"Dia dah larikan dirilah ni?"

"Larikan diri? Maksud kau?"

Arman melepaskan keluhan. Tarik tangan Shafiyah, mereka berdua masuk ke bilik itu. Faez pula masih bingung dengan apa yang dikatakan oleh Arman itu.

"Aku ada benda nak bincang dengan kau. Tentang semalam,"

"Kau nak bincang apa?"

"Aku rasa, apa yang berlaku antara kau dan isteri aku semalam adalah satu perangkap."

"Perangkap?" Faez terkejut.

"Aku syak Azim yang buat semua ni. Tapi aku tak ada bukti," kata Arman lagi.

"Kalau betul Azim yang buat, apa motif dia? Kenapa aku yang jadi mangsa? Dia berdendam dengan aku? Apa salah aku pada dia sampai dia buat macam ni?" Bertubi-tubi Faez menyoal. Kalau betullah apa yang dikatakan oleh Arman, dia takkan maafkan Azim. Perkara ni melibatkan maruah dia.

"Aku tak rasa dia buat semua ni sebab kau. Aku rasa dia buat semua ni sebab aku. Shafiyah kata, Azim ada burukkan aku. Dia fitnah aku bercinta dengan Angeline dan nak kikis harta isteri aku."

Faez menunduk seakan berfikir sesuatu. Barulah dia teringat akan kejadian dipantai waktu itu.

"Biar dia enjoy dulu puas-puas. Lepas ni dah tak ada kebahagiaan yang macam tu lagi,"

Faez segera angkat kepala memandang Arman. Pandangan yang memberi seribu makna pada Arman.

"Kenapa? Azim pun ada cakap sesuatu pada kau ke?" Arman meneka. Dari raut wajah Faez itu, jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Faez laju menganggukkan kepala.

"Petang semalam, masa kau berjalan-jalan di pantai dengan isteri kau. Azim ada cakap dekat aku bahawa takkan ada lagi kebahagiaan antara kau dan Shafiyah. Kau rasa apa maksudnya?"

Arman dan Shafiyah saling berpandangan.

"Jadi Azim memang tak nak Arman bahagia. Sebab tu dia perangkap saya dengan awak. Mungkin dia nak Arman rasa kecewa sebab dikhianati oleh isteri dan kawan baik sendiri."

"Boleh jadi." Faez bersetuju dengan Shafiyah.

"Aku kecewa dengan Azim. Kenapa dia buat semua ni pada aku? Apa yang aku buat pada dia sampai macam ni sekali dia khianati aku?"

"Sampaikan aku pun turut menjadi mangsa. Kalau ya pun nak perangkap aku, janganlah perangkap aku dengan isteri orang. Dengan janda pun okay juga,"

Arman menjeling Faez. Asyik sebut pasal janda je. Harap sangatlah si Faez tu nanti kahwin dengan janda.

"Aku kena cari Azim. Aku perlu tahu kenapa dia buat semua ni pada kita," ujar Arman.

"Aku pun kena buat perhitungan dengan dia. Aku kena bersihkan nama baik aku,"

CINTA UNTUK KANDAOù les histoires vivent. Découvrez maintenant