BAB 55

1.4K 55 2
                                    

Pintu bilik ditutup perlahan. Saat Tuan Hafiz mendengar pancuran air di dalam bilik mandi, cepat-cepat dia melangkah ke katil. Kemudian, dia mencapai telefon isterinya yang berada di atas katil. Kekunci dibuka lalu aplikasi Whatsapp ditekan.

Apa yang dicari dia tak jumpa. Dari atas sampai ke bawah, langsung tiada mesej yang mencurigakan. Lalu, Tuan Hafiz menekan mesej yang diarkib. Hanya ada satu mesej daripada nombor yang tidak dikenali. Dia yakin, nombor itu milik Azim.

'Menantu aunty dah curang dengan anak aunty. Takkan aunty nak simpan dia lagi?'

'Saya dah sentuh dia sebelum dia kahwin dengan anak aunty. Sebab tu dia paksa Arman kahwin dengan dia. Perempuan tu memang tak gunakan? Aunty tak malu ke ada menantu yang dah kotor macam tu?'

'Aunty suruh je Arman ceraikan isteri dia. Saya nak bertanggungjawab atas apa yang saya dah buat pada Shafiyah. Cuma aunty je harapan saya untuk dapatkan Shafiyah semula.'

'Arman tu baik. Dia tak layak dapat isteri macam Shafiyah.'

Tuan Hafiz meraup wajahnya. Patutlah isteri dia begitu membenci Shafiyah. Rupanya, fikirannya teracun dengan mesej yang telah diterima.

"Awak buat apa dengan telefon saya?" soal Puan Ayana yang baru keluar dari bilik mandi. Telefon ditangan Tuan Hafiz dirampasnya.

"Kenapa awak tak bagitahu saya yang selama ni awak dapat mesej macam ni?" soal Tuan Hafiz.

Puan Ayana buat tak dengar soalan yang diajukan oleh suaminya. Dia berlalu ke meja solek. Ambil losyen, dia sapukan pada badan.

"Ayana, saya tanya awak ni. Kenapa awak tak cakap yang selama ni Azim hantar mesej ni pada awak? Jadi inilah penyebab awak bencikan Shafiyah?"

"Benda dah lepas. Tak payah nak ungkit lagi. Dah terbukti yang menantu awak tu tak salah. Jadi tak payah nak pedulikan mesej ni,"

"Saya cuma tanya, Ayana. Macam mana awak boleh percayakan Azim berbanding anak sendiri? Bila Arman jelaskan pada awak, langsung awak taknak percayakan dia. Mesej macam ni, awak nak percaya pula."

"Disebabkan cinta anak kita jadi buta, Hafiz. Awak tak nampak ke anak kita diperbodohkan oleh isteri sendiri?"

"Ayana, dah terbukti yang Shafiyah tak salah. Si budak Azim tu memang sengaja nak rosakkan rumah tangga anak kita. Dia sendiri mengaku yang dia gunakan awak untuk pecahbelahkan keluarga kita,"

"So?"

"Saya nak awak minta maaf dengan Shafiyah," arah Tuan Hafiz.

"Okay," jawab Puan Ayana sepatah. Kemudian, dia berjalan ke katil. Ambil bantal, dia lemparkan kepada suaminya.

"Tidur luar," ujar Puan Ayana sebelum dia memanjat katil.

"Kenapa pula saya nak kena tidur luar?"

"Sebab awak buka phone saya tanpa izin."

"Salah ke kalau suami nak check telefon isterinya?" soal Tuan Hafiz tak puas hati.

"Ya, memang salah."

"Ayana, kita bukan muda lagi. Takkan benda macam ni pun awak nak kita bergaduh?"

"Awak yang mulakan, Hafiz."

"Saya mulakan apa? Hanya sebab saya checked telefon awak untuk cari mesej yang di hantar oleh Azim?"

"Masalah dah selesaikan? Memang dah terbukti yang Shafiyah tu tak salah. Jadi untuk apa awak cari mesej tu lagi?"

"Saya cuma nak tahu kenapa awak berubah. Selama saya kahwin dengan awak, saya tak pernah tengok perangai awak macam ni. Sanggup nak musnahkan rumah tangga anak sendiri,"

CINTA UNTUK KANDAWhere stories live. Discover now