BAB 4

20.8K 1K 80
                                    


Hari ini merupakan hari pertama Sofea tinggal di rumahku. Selepas menunaikan solat subuh,aku tertidur. Ter ye. Haha.

"Abang Az!! Bangun!!" Sofea memanggilku sambil mengetuk pintu bilikku.

"Arghh!! Woi!! Bising la!! Pergi la main jauh jauh! Jangan kacau aku nak tidur!"tengking aku.

"Bangun la abang Az!! Mak lang suruh bangun!!"ketukan di pintu bilikku semakin kuat. Aku menekup mukaku dengan bantal.

"Ergghh!! Ye aku bangun!! Dah blah la!"marahku. Aku bersiap dan turun bersarapan di dapur.

"Bangun pun. Tengok Sofea ni juga la yang tolong kejutkan. Malu la sikit. Az tu dah 25 tahun,Sofea ni baru 7 tahun. Dah reti bangun awal. Cuba jadi macam Sofea ni".bebel mama.

"Bangga la kau Sofea kan. Mama aku puji kau. Sebab tu la aku tak suka kau ada kat sini. Mama dan papa selalu bandingkan aku dengan kau tahu tak. Kecik je aku tengok budak ni"omelku dalam hati.

"Mama dan papa nak pergi UK dua minggu. Pukul 9 nanti papa dan mama dah kena ada kat airport. Az tolong hantarkan ye".kata papa.

"Macam mana Az nak keluar cari kerja?"tanyaku

"Bawa je la Sofea ni sekali. Bukan susah pun".jawab papa.

"Tapi....ermm...ye laa".aku mengeluh. Aku merenung tajam pada Sofea. Dia tersenyum senyum memandangku.

********************

Tepat pukul 9 pagi kami tiba di airport. Aku memarkirkan kereta.

"Sofea jangan nakal nakal tau duduk dengan Az. Dengar cakap Az".pesan mama.

"Tak apa lah mama. Kalau dia tak dengar cakap Az,tahu la Az nak buat apa nanti kat dia".aku menjeling pada Sofea. Dia membalas dengan jelingannya.

"Az..jangan nak berkasar sangat dengan Sofea ni. Dia ni budak lagi".kata papa tegas.

"Jaga diri. Kalau dah sampai nanti mama call Az".aku bersalam dengan papa dan mama sebelum mereka berangkat.

Aku memandu kereta pulang ke rumah. Sofea duduk di sebelahku sambil tangannya menggatal menukar siaran radio.

"Jangan lah main. Tu bukannya mainan". Sofea memuncungkan mulutnya.

"Abang Az nak bawa Sofea pergi mana ni?"tanya Sofea

"Pergi Thailand. Aku nak jual kau kat sana. Aman hidup aku lepas ni".kataku sambil tersenyum jahat.

"Jual Sofea? Kenapa pula? Sofea bukannya barang yang boleh jual. Ibu cakap selalunya orang yang nak jual budak ni orang jahat. Maknanya abang Az jahat lah".kata Sofea.

"Sedap mulut kau je cakap aku jahat".aku mencubit pipi Sofea.

"Abang Az nak pergi mana ni?"tanya Sofea lagi.

"Balik rumah la. Nak pergi mana lagi".kataku tegas.

"Alaa..Sofea nak pergi jalan jalan. Jom la".ajak Sofea

"Banyak cantik muka kau. Kau ingat aku driver kau".marahku

"Sofea memang cantik pun bukan macam abang Az. Dah la jahat nak jual Sofea". Sofea menjeling padaku.

"Perasannya budak ni. Ada kang aku tinggal kau tepi jalan nak? Membebel macam nenek".aku mendengus geram.

"Sofea muda lagi la. Sofea bukan nenek. Sofea kan cantik,nenek tak cantik".kata Sofea sambil tersenyum kambing.

"Eh kau ni. Perasan macam mak datin. Siapa cakap kau cantik?" Aku hanya menahan sabar je layan perangai Sofea ni.

"Tadi abang Az cakap yang Sofea cantik. Abang Az ni pelupa la macam orang tua". Sofea tergelak kecil.

"Amboi kau. Suka hati je cakap aku ni macam orang tua. Dah lebih baik kau diam kalau kau tak nak tidur tepi jalan malam ni".marahku

"Dah Sofea ada mulut,kena lah cakap. Kalau ada mulut tak cakap,apa gunanya".balas Sofea.

Aku memarkir kereta di halaman rumahku. Aku turun dan membuka kunci pintu rumah.

"Abang Az".panggil Sofea sambil melompat lompat di atas sofa.

"Jangan lah nak melompat macam kera kat sofa tu! Duduk diam sudah".marahku

"Ye la. Abang Az tengah hari nanti nak makan apa?"tanya Sofea.

"Nanti la. Aku order piza ke apa".jawabku dan menghempaskan badanku di sofa.

"Abang Az tak pandai masak ke?"soal Sofea

"Diam lah kau".kataku tegas. Sofea tergelak kecil.

Usai solat Zuhur,aku turun ke ruang tamu dan duduk di sofa. Sofea sedang bermain dengan mainannya sambil menonton tv.

"Abang Az. Sofea lapar la".kata Sofea sambil memegang perutnya.

"Sabar la aku nak order makanan jap".kataku

Piza yang aku pesan telah sampai. Aku memesan dua kotak piza. Satu aku punya,satu Sofea punya. Aku meletakkan piza itu di atas meja.

"Dua kotak? Kan Sofea dengan abang Az je. Siapa lagi nak makan?" Sofea memandang padaku.

"Jangan banyak tanya la. Makan je. Kau jangan makan bersepah pula. Kalau bersepah,kau kemas".aku membawa sekotak pizaku ke ruang tamu.

Selepas makan,aku terlelap di sofa. Makan,tidur,makan,tidur tapi badan aku tetap kurus.

******************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now