BAB 11

17.2K 1K 23
                                    

Aku memandu ke airport untuk menjemput mama dan papa pulang ke rumah. Sofea turut bersamaku.

"Mana mak lang dengan pak lang ni abang? Lama Sofea diri kat sini. Lenguh kaki Sofea ni tau".omel Sofea.

"Kau ni rabun eh? Kerusi depan mata ni tak nak duduk ke?". Sofea tersengih sengih. Dia duduk di kerusi sambil meregangkan badannya.

"Mana papa dengan mama ni? Cakap pukul 8. Ni dah pukul 8:15 ".aku menilik jam beberapa kali.

"Mak lang!!"jerit Sofea. Dia bangun lalu meluru ke arah mama.

"Rindunya Sofea".mama memeluk Sofea.

"Anak mama yang sorang ni tak rindu ke?"aku berpeluk tubuh sambil melihat mama dan Sofea.

"Mesti lah rindu. Terima kasih lah sebab jaga Sofea ni. Mama tahu Az boleh jaga".mama memelukku erat. Aku membalas pelukan mama.

"Dah lah buat drama kat sini. Jom kita pergi makan".celah papa.

"Papa dengan mama tak breakfast lagi ke?"tanyaku

"Belum. Teruja sangat nak balik sini jumpa Az sampai tak makan".jawab mama. Aku tergelak kecil.

Aku memandu ke restoran berdekatan di bandar.

"Az tak kerja lagi ke?"tanya papa setelah memesan makanan.

"Kerja dah".jawabku. Papa dan mama seakan akan tidak percaya.

"Kerja apa? Kenapa tak beritahu mama dengan papa?"tanya mama.

"Az kerja bodyguard je. Lagipun kerja tu Az suka. Boss Az okey je. Lagipun boss Az tak ada lah tua mana pun. Tua dua tahun je".terangku.

"Bodyguard? Bukan selalu untuk lelaki je ke?"tanya papa hairan.

Aku hanya tersenyum. Papa memahami apa yang aku maksudkan.

"Jangan lah macam ni Az. Susah nanti. Kalau boss Az dapat tahu macam mana?"kata mama risau.

"Tak ada apa lah mama. Pandai lah Az nak buat apa nanti".kataku.

Iphoneku berdering. Asy menelefonku lantas aku menjawab panggilannya.

Hello boss. Ada apa?

Az..tolong aku. Datang sini sekarang.

Kenapa boss? Ada masalah ke?

Datang lah cepat. Aku send location.

Okey boss. Saya datang.

Aku mematikan panggilan.

"Kenapa ni Az?"tanya papa.

"Boss Az. Entah kenapa. Az pergi dulu. Nanti papa bawa kereta Az ni je nak balik".aku menghulurkan kunci keretaku pada papa.

Aku berlari keluar dari restoran. Location yang Asy hantar tidak jauh dari restoran.

"Ada apa boss?"nafasku tercungap cungap. Aku terduduk di tanah.

"Bangun lah. Kau ni". Asy mencapai lenganku dan menarikku bangun.

"Tadi ada orang follow aku lah. Kereta warna putih. Aku rasa tak sedap hati".kata Asy.

Aku tersandar di kereta Asy. Aku cuba menangkap kata kata Asy tadi.

"Kau dah kenapa? Mana kereta kau? Kau datang sini dengan apa?"tanya Asy bertubi tubi.

"Lari la boss. Exercise sikit. Lama tak lari".jawabku selamba.

"Sekarang ni tolong hantar aku pergi bank".pinta Asy. Aku hanya mengangguk.

Aku memarkirkan kereta agak jauh dari bank. Terpaksa lah kami berjalan ke bank. Asy masuk ke dalam bank,aku menunggu di luar.

"Okey dah jom".kata Asy. Kami berjalan beriringan ke kereta. Kami berjalan di lorong kecil.

"Rasa macam ada orang ikut kita lah boss". Asy memandang belakang. Langkahnya terhenti.

"Nak pergi mana ha? Bagi duit kau tu! Cepat!"kata seorang lelaki sambil mengacukan pisaunya pada Asy.

"Jangan kacau boss aku!"aku menghadiahkan buku limaku pada lelaki tadi. Lelaki itu terjatuh di atas tanah.

"Berani kau lawan aku ye!"lelaki tadi bangkit. Dia mengesat darah di mulutnya.

Kelihatan seorang lagi lelaki bertopeng datang dan berdiri di sebelah lelaki itu.

"Kau sambut halloween eh nak bertopeng bagai ni?"kataku. Asy hanya terkaku di belakangku.

"Ni kau punya halloween!"lelaki bertopeng itu menumbukku tetapi aku berjaya mengelak.

Aku menyepak pada kelemahannya. Lelaki bertopeng itu terduduk menahan kesakitan. Hanya lelaki sahaja yang tahu betapa sakitnya lelaki bertopeng itu.

"Berani kau sepak kawan aku!" Lelaki bersama pisaunya berlari ke arahku. Rasa macam gempa bumi bila lelaki itu berlari. Tengok badan lah bro.

Aku mengambil sebatang kayu yang agak lebar. Aku memukul lelaki itu dengan kayu tersebut. Lelaki itu pengsan.

"Settle. Boss okey?"aku memusing belakang. Asy memandangku.

"Aku okey. Letak lah kayu tu semula". Aku tersengih dan mencampakkan kayu itu.

"Dah jom. Hantar aku balik".pinta Asy.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now