BAB 40

14K 717 2
                                    


Telekungku dilipat dan digantung. Aku duduk di tangga luar rumah. Asyraff sedang duduk di buaian sambil bermain game di Ipadnya.

"Macam mana duduk kampung boss? Best tak?"tanyaku. Asy berhenti bermain.

"Best la juga. Aku nak tanya kau something ni Az". Dengar macam serius je dia ni.

"Kau dah lama ke kenal Arif tu? Kau dengan dia ada apa apa ke?" Soalan Asy hampir membuatku tergelak.

"Saya memang dah lama kenal Arif tu sejak saya kecil lagi. Kitaorang dah lama berkawan. Saya dah anggap dia macam abang saya sendiri dah boss".terangku.

"Ouh okay. Kalau macam tu aku masuk tidur dulu". Itu je? Jealous ke mamat ni?

Aku turun bersarapan di dapur. Arif,Aiman dan Amirul turut ada bersama. Mereka hanya tukang mengacau aku yang nak makan ni. Ada aku cucuk mata tiga orang ni dengan garpu nanti.

"Mana kawan Az tu. Apa nama budak tu? Opah lupa dah".tanya Opah. Arif,Aiman dan Amirul tergelak bila mendengarnya.

"Ada kat dalam bilik. Nanti turun makan la kejap lagi tu".jawabku sambil mengunyah karipap yang opah buatkan.

"Bila kau nak balik KL Az?"tanya Amirul.

"Kau tanya macam nak menghalau aku je". Amirul tersengih sengih. Aku tahu la gigi kau tu putih tak payah la menunjuk sangat. Gigi aku pun putih juga la.

"Wey Az. Nanti hantar aku jumpa kawan aku jap".tegur Asy dari belakangku. Hampir tersedak aku dibuatnya. Suka sangat buat orang terkejut.

"Okay boss. Nanti saya hantar".jawabku. Mereka bertiga tergelak kecil. Apa yang lawak sangat pun aku tak tahu.

"Korang ni gelak macam orang gila ni dah kenapa". Asyraff tidak menghiraukan kami.

"Tak ada laa. Kelakar la bila kau cakap boss saya". Berderai tawa mereka bertiga.

"Habistu kau nak aku panggil sayang?! Macam tu?!"marahku.

"Boleh juga wey".tambah Amirul.
"Cabar aku eh. Okay. Sayang duduk la sini".suaraku yang menggoda mengalahkan perempuan melayu terakhir. Nak muntah rasa bila cakap macam tu. Asyraff tersedak bila mendengarnya.

"Habis tersedak member".kata Arif dengan baki tawanya tadi.

"Wey nampak ni tak?!"aku menunjuk dua buku limaku pada mereka bertiga.

"Gurau je la Az. Kau ni ganas betul".kata Amirul.

"Apa ni gaduh depan rezeki. Tak elok la".marah mak ngah yang turun makan bersama. Pak ngah,pak long,Sofea turut ada.

"Ni haa Az ni umi. Nak tumbuk orang pula".adu Aiman. Anak mak betul la dia ni.

"Kau yang mula dulu kan".aku menunding jari pada Aiman.

"Sudah la. Makan dulu. Opah ada buat nasi lemak".kata opah dan menghidangkan nasi lemak di meja.

"Kawan Az mana?"tanya pak long.

"Tu".aku memuncungkan mulut ke arah Asyraff yang sedang bergayut dengan Iphonenya. Asy datang ke meja lalu duduk.

"Asyraff kerja apa sekarang?"tanya pak ngah.

"Asy kerja kat syarikat daddy Asy je".jawab Asyraff

"Jadi boss la ni ye".kata pak long sambil tergelak kecil. Asy tersenyum.

"Sama la Asy. Aku ambil alih syarikat Dato' Arfan,ayah budak tomboy ni ha". Arif menepuk bahuku. Aku menjelingnya.

Aku bersiap ke rumah kawan Asy. Punya la lama aku tunggu boss aku tu bersiap. Bukan nak pergi bandar pun.

"Mana rumah kawan boss tu?"tanyaku.

"Kawan aku suruh jumpa kat kedai makan tepi jalan. Kau dah terlepas pun". Terlepas?! Tak cakap awal awal. Ada aku sepak juga dia ni.

Aku memarkir kereta di hadapan kedai makan itu. Kami keluar dari perut kereta.

"Asyraff lama tak jumpa kau".mereka bersalam.

Mereka berbual bual. Aku hanya duduk menongkat dagu. Aku terlihat seorang lelaki yang agak mencurigakan aku. Lelaki itu pergi ke dapur. Dia berbual dengan tuan punya kedai.

"Pak Akob!! Kopi kitaorang mana?!"jerit Fikri,kawan Asy.

Pak Akob datang bersama dua gelas kopi di tangannya. Lelaki pelik itu sudah menghilangkan diri.

"Boss jangan minum air tu. Ada racun".kataku.

"Racun?? Apa kau merapu ni Az??" Asy tergelak.

"Boss jangan minum. Saya ternampak pengikut Adam". Asy terkejut. Dia meletakkan kembali airnya. Fikri terpinga pinga.

"Saya pergi ikut budak tadi jap".

*********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now