BAB 41

13.9K 695 32
                                    


Aku mengejar lelaki itu. Aku memegang lengannya dengan kuat. Langkahnya terhenti.

"Kau pengikut Adam ke?"tanyaku tegas. Lelaki itu tidak menjawab.

"Aku memang pantang kalau orang tak jawab soalan aku!! Woi jawabla!!"aku mula naik angin. Lelaki itu masih mendiamkan dirinya.

"Az!! Az!!"panggil Asy. Dia berlari mendapatkan aku.

"Boss balik dulu. Budak ni biar saya settlekan".kataku.

"Tak..aku tak nak balik. Tak kan aku nak lari macam tu je. Nampak sangat aku ni lelaki yang lemah".jawab Asy tegas. Aku memaling menghadap Asy.

"Boss...boss kuat. Saya tahu. Boss boleh terima semua orang yang boss sayang tak tak ada kan". Lelaki itu mengambil kayu.

"Az!! Tepi!!" Asy menolakku jatuh. Lelaki itu memukul kepala Asy dengan kayu itu. Aku mengambil batu yang agak besar lalu membaling tepat pada kepala lelaki itu. Dia berlari lintang pukang.

"Boss?!! Boss??!!" Darah meleleh keluar di kepala Asy. Asy tidak sedarkan diri. Aku memapah Asy ke kereta. Aku menghantarnya ke hospital. Aku menelefon mak ngah mengenai keadaan Asy.

Asy dirawat sementara itu aku menunggu di luar bilik. Pengikut Adam ada di mana mana sahaja.

*********************

Lelaki itu menyusur ke dalam hutan yang tebal. Dia melangkah masuk ke dalam sebuah rumah.

"Mana budak dua orang tu?"tanya Adam. Lelaki itu teragak agak hendak memberitahu kepada Adam.

"Aku tanya mana budak dua orang tu?!"suara Adam makin meninggi.

"Aku dah pukul kepala Asy tu..tapi bodyguard dia baling batu pada aku. Aku lari je la terus".jawab Kimi.

"Dia baling batu je!! Bukan baling lori pada kau!! Yang kau cerdik sangat pergi lari tu dah kenapa?!!!"amarah Adam semakin membuak buak.

"So..s..sorry Adam. Aku janji. Aku tak buat lagi. Tolong aku Adam".rayu Kimi

"Semua sama je!! Tak boleh pakai!!!" Adam terus menoreh mata Kimi dengan garpu di tangannya.

"Nanti kau Asy. Aku akan cari kau sampai ke lubang cacing!" Adam melepaskan geramnya dengan membunuh Kimi hingga lunyai.

*********************

Aku terlena di hospital. Aku menemani Asy di dalam wad. Asy tersedar. Dia mengejutku bangun. 

"Boss...nak apa? Boss okay ke?"tanyaku. Asy bangun dan bersandar di katil.

"Aku okay. Kepala aku sakit sikit".jawab Asy lemah.

"Saya minta maaf la boss sebab tak protect boss. Sepatutnya saya yang kena pukul bukannya boss".kataku sayu.

"Kalau kau yang kena pukul,siapa nak jaga aku? Kau bodyguard aku kan". Asy tersenyum. Walaupun kau nampak gembira kat luar Asy tapi dalam kau sedih. Aku tahu kau terpaksa terima semua benda ni. Adam akan cari dan bunuh kau.

"Az aku nak tanya sikit".pinta Asy.

"Apa dia boss?"

"Tak ada apa la. Aku dah lupa nak tanya apa kat kau tadi". Aku dapat merasakan ada perkara yang Asy sembunyikan daripada aku.

"Boss rehat la dulu. Saya nak pergi solat". Aku keluar dari wad itu. Aku meminta seorang jururawat menjaga Asy buat seketika.

*********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now