BAB 32

14.7K 756 17
                                    


Selesai bacaan Yaasin,jenazah dikebumikan. Mira dan Mimi berpelukan sambil menangis. Aku turut datang. Mia disahkan meninggal dunia semalam di hospital.

Selesai sahaja aku terus pulang ke rumah. Aku duduk merehatkan diri di sofa. Mama duduk di sebelahku.

"Macam mana Mia boleh jadi macam itu sekali? Dia kena apa? Az tahu tak?"tanya mama bertubi tubi. Haih mama ni. Nak rehat sekejap ada je soalan.

"Sebelum Mia meninggal tu, dia cakap dia kena rogol".jawabku. Mama terkejut.

"Kena rogol?! Dengan siapa? Kat mana?"tanya mama lagi.

"Mana la Az tahu. Az bukannya bodyguard Mia...Az bodyguard Asyraff".jawabku selamba. Aku naik ke atas. Aku menghempas pintu bilikku. Iphone ditanganku genggam kuat. Ada hancur Iphone ni.

From: Adam

Aq akn buat lebih teruk dri kwn kau tu Az. Tunggu la.

"Dah agak. Kau punya kerja rupanya. Aku kena jumpa Asy".aku mencapai jaketku dan berlari turun ke bawah.

"Ya Allah. Nak tercabut jantung papa. Hanim Azhan!"jerit papa. Aku terus keluar dan memakai kasut. Aku menghidupkan enjin kereta dan memecut ke office Asy.

"Boss!! Huh huh".aku terduduk. Penat gila kut.

"Waalaikumussalam". Aku tertunduk malu. Malu weh.

"Boss sorry la. Saya main masuk je tak bagi salam".aku tersengih sengih.

"Nak apa? Kan aku dah cakap jangan datang office".marah Asy.

"Tak kan la hal urgent pun saya tak dibenarkan datang office jumpa boss juga?"aku meninggikan sedikit suaraku.

"Apa dia? Aku banyak kerja la sekarang ni". Aku menarik kerusi lalu duduk.

"Kerja ke nyawa boss yang penting sekarang ni?"aku mengangkat keningku. Asy mengeluh.

"Lelaki yang nak bunuh boss tu dah main kotor la boss".kataku.

"Dah nama pun orang jahat memang la main kotor".jawab Asy selamba. Haish dia ni. Yang itu memang la aku tahu. Ada kena telan hidup hidup nanti.

"Lelaki tu dah bunuh tiga orang kawan saya boss. Termasuk mummy boss sendiri". Asy menampar pipiku. Berbekas la pipi aku ni.

"Kau jangan bangkitkan hal mummy aku! Kau ingat dengan cara macam ni aku akan percayakan kau lagi?!"tengking Asy. Aku hanya mampu bersabar.

"Entah entah kau kan lelaki tu. Kau yang bunuh mummy dan daddy aku kan!!" Aku tergamam.

"Boss pun tahu kan. Saya tak sekejam tu. Kalau saya pembunuh tu boss, saya dah lama bunuh boss". Aku keluar dari bilik Asy. Asyraff terduduk di sofa. Matanya mula berkaca.

********************

Aku duduk di padang sendirian sambil melihat budak budak bermain bola sepak. Aku mencabut satu per satu rumput di padang itu.

"Kau tuduh aku bunuh mak bapak kau. Aku nak terang cerita yang betul kau tak nak percaya. Kau kata aku penipu. Nanti kau Asyraff. Kau akan tahu siapa yang betul dan siapa yang salah".bebel aku sendiri.

Bola yang ditendang kuat tepat terkena pada bahuku. Aku menjerit kesakitan. Bahu aku baru lepas pulih.

"Siapa pula yang tendang bola kat aku ni?! Ingat aku tiang gol korang ke apa hah!!"marahku. Budak budak yang bermain bola tadi berkerumun di tempat aku duduk.

"Sorry bang. Kitaorang tak sengaja. Tak nampak pula abang duduk kat sini".kata salah seorang budak yang bermain bola tadi.

"Aku punya besar...besar la juga ni kan korang boleh tak nampak?! Mata letak mana?! Lutut eh?!"tengkingku lagi.

"Kitaorang dah minta maaf kan kat abang..yang abang nak marah ni kenapa?"tanya budak lelaki itu lagi.

"Bahu aku baru lepas kena operate tahu tak?! Kau dah bagi bola tu kena bahu aku ni...sakit tahu!"aku memegang bahuku. Makin sakit rasanya.

"Abang pun satu yang pergi duduk kat sini dah kenapa?!"budak itu mula meninggikan suaranya. Aku bangkit. Budak lelaki itu dalam lingkungan 19 tahun.

"Kau dah mula tinggi suara dengan aku".aku merenungnya tajam.

"Woi! Korang buat apa ni hah? Tak nampak dia sakit?"marah Asy yang muncul secara tiba tiba.

Mereka terus berlari ke padang semula. Asy memapahku ke keretanya.

"Dah kenapa dia ni? Pagi tadi marah bagai kat aku. Sekarang..baik pula. Pelik dia ni?"omelku.

"Kau okey tak?"tanya Asy. Dia memandang padaku. Aku dapat menangkap matanya. Dia ikhlas tolong aku.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now