BAB 12

16.9K 929 26
                                    


Aku memarkir keretaku di halaman rumah. Aku mematikan enjin kereta. Separuh hari sahaja aku bekerja hari ini dek kerana aku tak beberapa sihat. Aku mengurut kepalaku.

Aku memaling ke tingkap. Aiman,Arif dan Amirul tersenyum sambil melambai lambai pada aku. Aku keluar dari kereta.

"Kau tak pergi kerja ke Az?"tanya Amirul.

"Bukan ke pak lang cakap tadi yang Az kerja bodyguard ke".celah Aiman.

"Ke kena pecat dah? Sebab kantoi yang kau tu bukan lelaki?"meletus tawa mereka bertiga.

"Aku tak sihat lah! Boss aku tu punya lah baik dengan aku,buat apa nak pecat aku!"marahku.

"Ye lah Az. Boss kau lelaki ke perempuan?" Aiman dan Arif masih gelak terbahak bahak. Kalau boleh nak berguling guling.

"Lelaki lah. Korang berdua tu nak tidur dalam keranda ke malam ni? Gelak je dari tadi".aku memandang sinis pada Arif dan Aiman. Serta merta mereka berhenti gelak.

"Gurau je la. Kau ni cepat sangat sentap".kata Arif.

"Ada apa korang datang sini?"aku menanggalkan kasutku dan letak di rak.

"Datang pun tak boleh?"kata Arif

"Kau ada dengar ke aku cakap korang tak boleh datang?"aku menjeling pada Arif.

"Jeling jeling. Aku korek mata tu kang. Tak pasal pasal buta".sindir Amirul.

Aku mendengus dan mengambil kasut mereka bertiga lalu baling tepat ke arah mereka. Aku masuk ke dalam rumah.

"Awal Az balik. Kenapa?"tanya papa. Aku duduk di sofa.

"Az tak beberapa nak sihat sangat lah pa. Az nak rehat dalam bilik eh".adu aku.

"Ye lah. Kalau melarat nanti makan ubat tak pun pergi klinik je".nasihat papa. Aku naik ke dalam bilikku.

Aku menghempaskan badanku ke atas katil. Segala ototku diregangkan. Iphoneku berbunyi mesej masuk. Aku membuka whatsapp.

From: Boss

Kau mcm mn? Ok dh ke?

"Caring juga boss aku sorang ni. Untung lah dapat boss macam ni".aku membalas whatsapp.

To: Boss

Sy bru smpai rmh boss. Pening skit je ni. Esk ok lah.

Aku menekan send. Iphoneku berbunyi tanda mesej masuk. Laju betul balas. Tak buat kerja ke apa.

From: Boss

Mkn ubat nnti. Gws.

Senyuman terukir di bibirku. Asyraff ni lah lelaki kedua selepas papaku yang ambil berat pasal aku. Bukan senang nak jumpa lelaki macam ni.

Aku mandi dan solat zuhur. Usai solat aku tertidur di katil.

"Az...bangun. Asar dah ni. Az".mama menepuk bahuku. Aku masih lena.

"Ya Allah panasnya. Az demam ni. Az bangun". Aku membuka mataku perlahan lahan. Kepalaku terasa berat.

"Az demam ni. Papa pergi office. Ada hal. Mama tak pandai drive". Aku cuba bangun dan duduk di sebelah mama.

"Tak apa lah ma. Az tak nak pergi klinik".kataku

"Jangan nak berdegil sangat lah Az. Nanti melarat. Mama call kawan Az".mama mencapai Iphoneku dan menelefon Zaf.

Hello?

Ye Az. Ada apa?

Ni bukan Az. Ni mama dia.

Ouh ye ke. Saya minta maaf lah. Ada apa ye?

Az demam panas ni. Papa dia pergi office. Mak cik tak pandai bawa kereta.

Tak apa. Saya boleh hantarkan Az pergi klinik.

Terima kasih ye.

Mama mematikan panggilan.

"Dah pergi siap nanti Zaf dengan Zack tolong hantarkan". Aku mengeluh. 

Aku menunggu Zaf dan Zack di luar rumah. Kereta milik Zack meluncur laju ke rumahku.

"Cepat lah masuk!! Panas ni!! Kang pengsan susah pulak!"jerit Zack.

"Kau ni bising lah. Pekak aku tahu tak".marah Zaf yang duduk di sebelah Zack.

Aku masuk ke dalam perut kereta. Zack memandu laju ke klinik.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now