BAB 36

13.9K 765 8
                                    


Aku seakan akan tidak percaya yang Asyraff sudah ketahui identiti sebenar aku.

"Macan mana boss tahu nama sebenar saya?"tanyaku.

"Sejak kau masuk hospital hari tu. Aku nak pergi melawat kau. Aku tanya nurse kat kaunter tu. Nurse tu cakap nama sebenar kau. Aku pergi ke wad tu. Memang kau. Aku tak masuk melawat kau. Aku terus balik. Sanggup kau tipu aku Az. Kenapa kau tipu aku hah?!" Asy meninggikan suaranya.

"Saya minta maaf boss. Saya pergi dulu".aku berlari ke arah keretaku.

Aku memandu tanpa arah tuju. Terdapat sebuah kereta mengekoriku dari belakang. Aku berhenti di bahu jalan. Jalan itu agak lengang. Kereta tadi berhenti di belakang keretaku.
Lelaki itu keluar dari perut kereta.

"Adam". Aku memerhatikan Adam. Dia datang mendekati aku.

"Berani kau berhenti kat sini. Kau memang tak sayang nyawa kau kan". Adam tersenyum jahat. Aku tidak berganjak sedikit pun.

"Kenapa kau bunuh mama papa aku hah?!" Aku menolak bahu Adam. Adam tergelak. Aku ada buat lawak ke?

"Woi jawab la!"marahku.

"Sampai pun".kata Adam. Aku memaling ke belakang. Asyraff keluar dari perut keretanya.

"Az!! Az kau okay ke?"tanya Asy risau. Aku sekadar memandangnya dan tidak memberi sebarang respon.

"Korang jangan nak buat drama la kat sini!"marah Adam.

"Kau nak apa hah Adam?!" Asy menghampiri Adam. Aku terpinga pinga. Macam mana Asy boleh kenal Adam?

"Aku tak akan bunuh kau dan dia hari ini. Mungkin lain kali. Tapi ini amaran aku Asyraff. Kau jangan sesekali libatkan pihak polis". Adam masuk ke dalam perut keretanya dan memecut pergi.

Aku membuka pintu kereta tetapi dihalang Asyraff. Aku memeluk tubuhku.

"Nak apa?"tanyaku.

"Aku tahu kau marahkan aku kan. Aku minta maaf. Sekarang ni kita berdamai". Asy menghulurkan tangannya. Aku menyambut tangan Asy. Perhatian ya semua aku ni pakai sarung tangan hitam yaa.

"Boss tak kesah ke saya ni bukan lelaki?"tanyaku.

"Tak. Aku okay je".jawab Asy sambil tersenyum. Aku membalas senyumannya.

**********************

Aku hanya tidur di dalam kereta. Aku memarkirkan keretaku di hadapan rumahku yang hangus terbakar. Pelbagai kenangan menerjah masuk ke dalam memoriku. Aku amat rindukan mama dan papaku.

Esok paginya aku tersedar. Aku meregangkan ototku. Aku keluar dari dalam perut kereta. Aku terlihat kereta Asy di belakang keretaku.

"Asyraff? Dia buat apa kat sini?"aku mengatur langkah ke keretanya. Aku mengetuk tingkap keretanya. Asy terjaga. Dia keluar dari keretanya.

"Boss buat apa kat sini? Boss ada rumah kan. Kenapa tak tidur dalam rumah bos?"tanyaku hairan.

"Aku teman kau. Kalau Adam datang sini macam mana?"jawab Asy.

"Kejap. Saya bodyguard ke boss bodyguard sekarang ni?"aku berpeluk tubuh. Asy tergelak kecil.

"Memang la kau bodyguard aku. Aku sebagai lelaki pun kena la protect kau juga kan".kata Asy.

"Apa apa je la boss".

"Jom makan?"ajak Asy.

"Boss belanja". Kalau bab makan aku lagi suka orang belanja. Sebab kalau diri sendiri bayar makanan tu tak sedap kalau orang belanja baru sedap. Haha.

**********************

MY BODYGUARDDove le storie prendono vita. Scoprilo ora