BAB 28

14.8K 780 9
                                    


Asyraff mengajakku berjumpa dengannya di taman. Demam ke apa budak ni. Tiba tiba je nak jumpa aku. Hari tu marah aku, hari ni nak jumpa. Siap sedia lah wahai telinga untuk mendengar segala perkataan yang keluar dari mulut Asy.

"Ada apa boss nak jumpa saya?"tanyaku. Asy memelukku.

"Aku minta maaf sebab marah kau. Aku stress sangat masa tu. Maafkan aku Az".kata Asy. Aku menolak badan Asy.

"Sorry boss. Saya tak selesa la kena peluk ni. Nanti orang nampak lain cerita pula".kataku. Asy memahamiku.

"Kau tak nak lapor pada polis ke?"tanya Asy.

"Jangan boss. Sebab lelaki tu tahu semua gerak geri kita".jawabku.

"So kita kena buat apa sekarang ni?"tanya Asy.

"Saya kan bodyguard boss. Saya ada untuk lindungi boss. Tak ada apa la".jawabku dengan yakin.

"Kejap. Aku nak jawab call".kata Asy lantas menjawab panggilannya. Riak wajah Asy mula berubah.

"Az...ikut aku pergi hospital sekarang!"kata Asy tergesa gesa. Aku menurut. Aku memandu ke hospital.

Asy meluru masuk ke dalam hospital. Aku masih terpinga pinga dengan apa yang terjadi sekarang.

"Asy pergi mana ni? Cepat betul dia hilang".aku menggaru kepala yang tidak gatal. Aku menghantar whatsapp pada Asy.
Asy tidak membalas.

Aku pergi ke setiap tingkat hospital itu. Akhirnya jumpa juga mamat tu. Suka sangat menghilang. Asy kelihatan kusut. Aku mendekatinya.

Doktor keluar dari dalam bilik. Asy pergi berjumpa dengan doktor itu.

"Macam mana dengan mummy saya doktor?"tanya Asy risau. Puan? Kenapa dengan puan?

"Pihak hospital tak dapat nak selamatkan nyawa Puan Maria. Allah lebih sayangkan Puan Maria".kata doktor itu.

Asy dibawa untuk menatap wajah Puan Maria untuk kali terakhir. Asy meraung dengan kuat. Mengalirlah air mata kelakiannya. Aku tidak mampu untuk berkata.

********************

Sejak pemergian Puan Maria, Asyraff berubah serta merta. Dia sudah kehilangan kedua dua ibu bapanya. Aku pun sudah puas memujuknya. Sudah seminggu Asy membisu.

"Az sini kejap".kata Asy.

"Akhirnya sudah sekian lama saya tunggu perkataan yang keluar dari mulut boss".kataku dan berjalan ke meja Asy.

"Kau kenapa?"marah Asy.

"Rilex la boss. Saya gurau je".jawabku sambil tersengih sengih.

"Aku nak kau ikut aku jumpa Dato' Ismail. Nanti aku send location office dia".arah Asy. Aku mengangguk faham.

Selesai sahaja berjumpa dengan Dato' Ismail, Asy menyuruhku hantarnya pulang ke rumah. Aku memarkir kereta agak jauh dari office Dato' Ismail. Kawasan itu tiada orang di sekeliling.

"Jauh kau parking kereta. Aku rasa tadi dekat je". Asy mula bersuara. Nasib aku tak parking kat atas gunung tu ha. Puas pula nak mendaki bagai kan.

"Eh..mana kereta boss?"aku melihat tempat parkir kosong. Kereta milik Asy tiada.

"Kau parking mana tadi? Cuba ingat balik". Asy mula risau.

"Saya parking kat sini la tadi boss".jawabku. Hantu mana pula yang bawa lari kereta ni. Menyusahkan betul la.

"Asyraff!!" Aku menjerit. Asy tersentak. Aku menolak Asy ke tepi.Sebutir peluru terkena pada bahuku. Aku rebah ke tanah.

"Azhan!!" Asy menggoncangkan bahuku. Tiada respon dariku.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now