BAB 35

14.1K 804 30
                                    


Aku pulang ke rumah malam itu kerana Asyraff memaksaku beberapa kali supaya balik rehat di rumah. Kelihatan api yang marah membakar sebuah rumah dari jauh. Aku memecut ke rumah itu.

Dua jentera bomba memarkir di hadapan rumah itu. Beberapa ahli bomba sedang bertungkus lumus untuk memadamkan api. Aku keluar dari kereta. Mataku mula berkaca bila melihat rumahku yang terbakar.

"Mama!!! Papa!!"aku menjerit jerit. Aku berlari ke arah orang ramai. Kereta papa rentung di halaman rumah.

"Adik tolong ke belakang. Bahaya kat sini".arah salah seorang anggota bomba.

"Tapi mama dan papa saya ada di dalam".kataku

"Kami akan cuba mencari dan menyelmatkan mak ayah adik. Adik jangan risau".pujuk bomba itu.

Hampir 45 minit api berjaya dipadamkan. Aku menghampiri seorang anggota polis yang baru tiba di situ.

"Encik mana mama papa saya? Diorang hidup lagi ke?"tanyaku.

"Maafkan kami dik. Mayat mak ayah adik rentung dalam kebakaran itu".kata polis itu. Aku terduduk. Air mata membasahi pipiku.

"Mama!! Papa!! Maafkan Az!! Az tak dapat nak selamatkan mama papa!!"aku meraung kesedihan.

**********************

Melalui siasatan polis terdapat tumpahan minyak tanah di sekeliling rumahku. Kesan cap jari tidak ditemui. Iphoneku bergetar. Aku membuka whatsapp.

From: Adam

Dato' dan Datin dh mati...anknya?? Nnti.

"Dah agak. Adam punya kerja. Siap kau Adam".aku memandu ke office Asy. Aku meluru masuk ke dalam biliknya.

"Az..takziah atas pemergian mama papa kau".kata Asy. Aku menunduk.

"Saya nak pergi jumpa lelaki tu boss". Asy terkejut mendengarnya.

"Kenapa pula?"tanya Asy

"Dia yang bunuh mama papa saya! Saya kena pergi bunuh dia!"tengking aku.

"Az lebih baik kau jangan jumpa dia. Bahaya Az. Aku takut nanti aku kehilangan kau pula". Asy memegang bahuku. Aku menepis tangannya.

"Saya rela mati demi mama papa saya boss. Dia dah bunuh mama papa saya!! Boss tak faham!!"aku menolak bahu Asy. Asy terundur sedikit.

"Aku faham Az. Mummy daddy aku pun dah tak ada. Semua orang yang aku sayang dah tak ada. Aku ada kau je sekarang ni Az".kata Asy.

"Boss cakap la apa pun. Saya akan pergi jumpa dia juga". Aku telah membuat keputusan. Aku melangkah keluar dari bilik Asy tetapi Asy sempat menarik lenganku.

"Please Az. Aku ada kau sorang je".pujuk Asy.

"Sorry boss. Saya pergi dulu".aku melepaskan lenganku dan beredar keluar. Asy mengejarku. Berlakulah drama aku dan Asy du situ.

"Az tunggu la dulu! Az!" Asy menarik lenganku. Langkahku terhenti.

"Boss nak apa?"aku tidak memandang muka Asy.

"Kau dah janji dengan aku kan. Kau tak kan tinggal kan aku. Tak kan kau nak mungkir janji kau pada aku. Kau tak sayang aku ke Az?" Aku terkedu dengan soalan yang dilontarkan Asy.

"Jawab la Az".pinta Asy.

"Saya sayang boss. Sebab tu saya nak pergi jumpa lelaki tu. Biar saya yang kena bunuh bukannya boss". Air mataku mula mengalir. Kenapa la empangan air mata aku dah pecah masa macam ni.

"Aku tak sangka Az. Tak sangka yang selama aku lantik kau jadi bodyguard aku ni,aku dilindungi seorang perempuan rupanya". Aku terkejut mendengarnya.

"Apa boss cakap kan ni?" Aku berpura pura tidak tahu.

"Aku dah tahu semuanya Az. Kau jangan nak tipu aku lagi la. Nama kau Nur Hanim Azhan kan".kata Asy. Aku terkaku.

**********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now