BAB 19

15.3K 864 8
                                    


Asyraff sibuk membuat kerjanya. Aku hanya menemani Asy di dalam biliknya.

From:*******

Kau mmg cari nahas kn...I will kill them!

"Aku buat apa? Dia nak bunuh siapa pula kali ni? Zack? Mama papa?"bertubi tubi soalan yang muncul di mindaku.

"Kau kenapa Az? Dari tadi tengok phone tu...kerut dahi. Ada masalah ke?"tanya Asy. Aku mengangkat muka dan memandang Asy.

"Apa dia boss?"aku pura pura tidak mendengarnya.

"Tak ada apa lah". Asyraff mengeluh. Dia menyambung kerjanya.

Asyraff memintaku temannya berjumpa dengan seorang dato'. Aku memarkirkan kereta di sebuah syarikat yang mewah.

"Waahh..cantiknya..Confirm orang kaya ni".aku melihat sekeliling bangunan itu. Asyraff sudah jauh berjalan meninggalkan aku.

"Eh sekejap. Mana boss? Haa sudah aku kena tinggal lagi".mataku melilau mencari kelibat Asyraff.

From:******

Sorng je?

Aku mempercepatkan langkahku. Akhirnya aku menjumpa Asyraff di depan pintu lif.

"Kau pergi mana Az?"tanya Asy bila tersedar kehadiran aku di sebelahnya. Aku hanya tersengih.

Kami menaiki lif ke bilik dato' itu. Aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku kena teman Asyraff sampai ke bilik dato' itu. Penakut agaknya Asyraff ni. Hahaa..suka hati aku je cakap orang macam tu.

"Miss?"panggil Asyraff.

"Ya saya. Ada apa apa yang boleh saya bantu?"tanya perempuan itu dengan sopan.

"Bilik Dato' Arfan di mana?"tanya Asyraff.

"Jap boss. Boss nak jumpa dengan Dato' Arfan?"celahku.

"Haa ya lah".jawab Asyraff.

"Ouhh okay. Saje tanya". Mati lah aku. Office papa aku rupanya. First time aku jejak kaki di office papa ni. Dalam banyak banyak dato' dalam dunia ni kenapa lah papa aku juga mamat ni nak jumpa.

"Wey Az. Jom lah. Kau tercegat lagi kat situ dah kenapa".panggil Asyraff. Aku dengan redha pergi ke bilik papaku.

"Assalamualaikum Dato' Arfan".sapa Asyraff dengan sopan.

"Waalaikumussalam Asyraff. Lama tak jumpa".mereka bersalam. Aku hanya memerhati mereka. Papa memandangku.

"Siapa pula tu Asy?"tanya papa.

"Oh dia ni bodyguard saya. Az ni Dato' Arfan".kata Asyraff. Asyraff memberi isyarat menyuruhku salam dengan papaku. Terpaksa juga lah aku salam papa sendiri.

"Kita boleh bincang sekarang. Jom duduk sana".pelawa papaku. Aku duduk di sebelah Asyraff. Nasibku baik sebab papa langsung tak perasan aku. Ini pun aku berterima kasih sangat pada cermin mata hitam aku ni dan jaket hoody aku. Asyraff sebenarnya tak kesah aku pakai apa pun.

Aku semakin bosan bila mereka berbincang tentang hal projek apa entah. Aku menilik jamku. Baru sepuluh minit aku duduk di sini. Aku mengeluh.

"Sekejap ya dato'. Saya nak jawab panggilan".kata Asyraff lalu dia beredar keluar.

"Nanti balik awal. Mama ajak pergi rumah kawan dia".kata papa secara tiba tiba.

"Macam mana papa kenal Az?"tanyaku. Papa tergelak. Aku buat lawak ke -_-

"Anak papa kan. Mesti lah papa kenal".jawab papa.

"Cantik lah office papa. Besar".puji aku.

"Itu lah..kalau Az kerja sini boleh papa bagi syarikat ni pada Az. Ni papa kena cari lah sesiapa yang nak kerja sini".keluh papa.

"Alaa pa. Suruh je lah Arif kerja sini. Dia pun kerja sambilan je kat bandar tu".cadang aku.

"Nanti lah papa bincang dengan dia".kata papa.

Asyraff masuk ke dalam semula dan mereka kembali berbincang. Aku pun kembali bosan.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now