BAB 20

15.8K 882 15
                                    


Selepas menghantar Asyraff pulang ke rumahnya,aku memandu pulang ke rumahku. Aku melangkah masuk ke dalam rumah dan terus baring di sofa.

"Balik kerja terus pengsan? Penat sangat ke?"tanya mama sambil menghulurkan segelas jus oren kepadaku.

"Tak ada lah mama. Hari ni bukan buat apa pun. Teman boss Az pergi jumpa orang je".jawabku. Aku meregangkan ototku dan mencapai gelas itu lalu minum.

"Malam nanti kita pergi makan kat rumah kawan mama. Ingat tak aunty Maria?"tanya mama. Aku tersedak mendengar nama Puan Maria.

"Ya Allah Az dah kenapa?"mama mengurut belakangku.

"Aunty Maria mana pula ni mama? Az tak kenal lah semua kawan mama..termasuk lah kawan papa. Az kenal kawan Az je".kataku.

"Memang lah Az ni bukannya suka bergaul dengan orang pun. Tahu melepak je. Masa kolej dulu suka sangat buat masalah. Ikut lagi perangai senior Az dulu tu...siapa nama dia..haa Afnan tu. Bila Afnan keluar,Az pula jadi pengganti budak tu".bebel mama.

Apa kena mengena dengan kolej aku yang dulu tu? Mama suka sangat membebel ke laut. Tapi kalau aku membebel lagi mengarut daripada mama.

"Dah lah mama. Az penat lah".kataku.

"Nanti pakai baju sopan sikit. Mama dah sediakan baju untuk Az. Rehat lah dulu".kata mama. Aku tertidur.

Usai solat Isyak,aku bersiap. Di atas katilku telah siap baju labuh beserta shawl.

"Malas aku pakai baju tu".aku pergi ke almari bajuku.

"What the..kenapa lock?! Ni mesti mama. Terpaksa lah aku kena jadi perempuan melayu terakhir malam ni".aku mengambil baju itu dan bersiap.

Aku turun ke bawah. Papa memandangku berkali kali. Az faham lah papa. Ni first time papa tengok Az pakai macam ni kan.

"Cantik pun anak papa ni. Pakai macam ni lah baru nampak Nur Hanim Azhan. Kalau pakai macam selalu Az pakai tu nampak Azhan je".kata papa.

"Cantik macam mama dia lah juga kan".celah mama. Aku dan papa tergelak kecil.

Papa memandu ke rumah aunty Maria. Aku harap sangat bukan Puan Maria. Ramai lagi kan manusia bernama Maria.

Kami keluar dari kereta. Aku terkejut bila melihat rumah kawan mama ni. Memang betul lah rumah Puan Maria. Kenapa mama mesti ada kawan bernama Maria?

"Habibah ya?"sapa Puan Maria.

"Maria..Ya Allah lamanya tak jumpa kau".mereka berpelukan.

"Biasa lah bila dah lama tak jumpa macam tu lah jadi".bisik papa padaku.

"Ni anak kau ke?"tanya Puan Maria.

"Aah. Hanim namanya".jawab mama. Malam ini dalam sejarah hidup aku menggunakan nama Hanim. Selalunya orang panggil aku Az.

"Boleh buat calon menantu ni".usik Puan Maria. Calon menantu? Jangan lah.

"Jom lah masuk. Makan je apa yang ada".pelawa Puan Maria.

Aku memandang sekeliling kalau kalau ternampak Asyraff aku lari masuk kereta balik.

"Asyraff!! Sini kejap sayang".panggil Puan Maria. Mesti manja dengan mummy dia ni.

"Ya mummy. Kenapa?"tanya Asy. Asyraff hanya memakai jaket hitamnya dan T shirt putih di dalamnya beserta seluar jeans biru.

"Kawan mummy. Asyraff waktu tu baru umur 7 tahun jumpa dengan aunty Habibah ni".kata Puan Maria.

"Eh Dato' Arfan?" Papa hanya tersenyum.

"Panggil uncle je lah".kata papa.

Asyraff memandang padaku pula. Asyraff menghadiahkan senyuman padaku. Aku tidak membalas senyumannya.

"Anak uncle ni Asy. Hanim".kata papa. Asyraff mengangguk. Kenapa aku setuju nak ikut datang sini?

"Sembang lah dulu. Kenal kenal. Mummy nak masuk kejap".kata Puan Maria. Mama dan papa turut pergi.

Aku menjeling pada Asyraff. Aku pergi mengambil makanan. Tujuan aku datang sini satu je. Iaitu makan.

"Banyak makan".tegur Asy.

"Suka hati lah".jawabku selamba. Aku pergi mengambil tempat duduk tetapi semua penuh.

"Kalau dah habis makan tu blah lah. Ni sibuk menyembang. Orang lain pun nak duduk lah".bebel aku.

"Daripada awak cakap sorang sorang macam tu..teman saya makan kat sana".ajak Asyraff. Aku menurut. Itu pun terpaksa sebab aku lapar.

"Kenapa pandang?!"marahku.

"Saya ada mata. Pandang je lah".jawab Asy selamba. Jawapan tu teringat pula pada Sofea.

Aku mendengus. Aku tidak menghiraukan kehadiran makhluk di depan aku ni.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now