BAB 38

14K 730 1
                                    


Aku menjemput Asyraff di rumahnya. Asy masuk ke dalam perut kereta dan duduk di tempat sebelah pemandu. Aku memandangnya hairan.

"Kau dah kenapa pandang aku? Handsome sangat eh hari ni?" Perasan betul la mamat sorang ni.

"Tak ada la. Sebelum ni boss duduk belakang. Hari ni boss duduk depan".kataku.

"Itu je? Aku ingatkan apa la. Aku dah bosan la duduk belakang sorang sorang".jawab Asy. Apa apa je la boss asalkan boss bahagia sudah. Aku memandu ke dewan yang mengadakan majlis itu.

"Macam biasa la Az. Kalau ada apa apa tak kena cakap dengan aku cepat".pesan Asy.

"Memang ada pun boss". Asy berhentikan langkahnya.

"Apa dia?"tanya Asy.

"Perut saya boss. Saya pergi tandas kejap. Boss masuk la dulu".aku berlari mencari tandas. Jauh betul la tandas ni. Dengan orang ramainya.

Seorang lelaki memerhati gerak geri Asyraff. Dia mendail nombor rakannya.

Hello..aku dah ada kat dalam. Nak suruh buat apa?

Buat apa kau tanya?! Ikut rancangan kita tadi la bengap! Dah jangan call aku selagi kerja kau belum selesai!

Panggilan dimatikan. Lelaki itu berpura pura menjadi salah seorang ahli perniagaan di dalam dewan itu. Dia beramah mesra dengan orang di sekitarnya.

"Mana Az ni? Lama betul pergi tandas. Sesat ke apa?" Asy menilik jam di tangannya beberapa kali.

"Boss".aku memegang bahu Asy dari belakang. Asy terlompat sedikit.

"Kau ni. Nak tercabut jantung aku". Asy mengurut dadanya. Aku bukannya hantu la.

"Jom la duduk boss. Lapar dah ni".ajakku.

"Makan je kerja kau. Tapi badan tak gemuk gemuk".sindir Asy.

"Nak buat macam mana boss badan saya memang macam ni. Tak kan la saya nak pergi ambil pam basikal tu lepastu pam badan saya sampai jadi bulat". Asy tergelak terbahak bahak. Sudah la tu Asy. Ramai orang tengok ni. Huhu boss siapa la ni tolong bawa dia pergi berubat boleh?

Kami duduk di meja makan. Lelaki itu memerhati kami dari jauh. Aku dapat merasakan ada yang tak kena dengan lelaki itu.

"Kau kenapa Az?" Asy menepuk meja. Terkejut aku dibuatnya. Ada tercampak semua makanan ni nanti. Dia tepuk meja ni nak katakan semua orang dalam dewan ni dengar.

"Boss kalau nak bergendang lain kali la ya. Bising la".kataku.

"Mana ada aku bergendang. Aku nak kejutkan lamunan kau tu je. Kau pandang apa?" Asy memaling ke arah lelaki itu.

"Siapa tu Az?" Tanya Asy.

"Boss jangan pandang dia lama lama. Nanti dia syak kita dah tahu yang dia ada sini". Asy cepat cepat memaling ke depan semula. Aku curi curi tengok lelaki itu. Dia sudah pergi.

"Saya nak pergi sana kejap boss".aku bangun dan mengekori lelaki tadi. Aku melihat lelaki itu berada di luar dewan. Aku menghampiri lelaki itu.

"Siapa kau?! Apa kau nak?!"tengking aku. Lelaki itu tidak memberi respon. Pekak ke apa budak ni.

Lelaki itu mengacukan pistolnya. Dia menembak ke arahku tetapi sempat dielak. Peluru itu terkena pada dinding dewan. Lelaki itu melarikan diri. Aku tidak dapat mengesannya.

"Apa dah jadi ni?"tanya Dato' Khalid. Semua orang di dalam dewan itu ketakutan selepas mendengar tembakan tadi.

"Az?!! Az?!! Wey kau okay tak?"tanya Asy risau. Aku tidak menghiraukan pertanyaannya. Aku pergi ke dinding yang terkena tembakan itu. Aku mengambil peluru itu.

"Peluru? Siapa tadi Az? Adam ke?"tanya Asy terpinga pinga.

"Bukan Adam boss. Mungkin orang suruhan dia".jawabku.

"Macam mana kau tahu?"tanya Asy lagi.

"Sebab peluru yang kena saya hari tu tak sama dengan peluru ni". Asy terkedu. Dia kini dalam keadaan bahaya. Ramai pengikut Adam di merata rata tempat. Ayah Adam orang berpengaruh dahulu. Jadi ramailah pengikutnya.

"Kita kena bersiap sedia boss. Mereka di mana mana sahaja".

********************

MY BODYGUARDDonde viven las historias. Descúbrelo ahora