BAB 34

14.4K 857 116
                                    


Asyraff ditahan di wad kerana badannya kekurangan air. Aku hanya duduk di luar biliknya untuk mengawasi kalau Adam datang ataupun tidak.

Seorang lelaki memakai jaket bersama sejambak bunga di tangannya. Dia melangkah ke bilik Asy. Aku memerhati gerak gerinya.

"Kau siapa? Aku tak kenal kau pun".aku menahan lelaki itu.

Lelaki itu tidak menghiraukan aku,dia melangkah masuk ke dalam bilik Asy. Aku mengikutinya.

"Hey bro. Kau siapa hah? Suka hati kau je masuk dalam ni tanpa kebenaran aku. Keluar sekarang!"marahku.

Lelaki itu tidak memberi sebarang respon kepadaku. Dia menolakku sekuatnya hingga aku terjatuh.

Lelaki itu datang menghampiri Asy. Dia menyekik leher Asy. Aku bangun dan memukul kepala lelaki itu dengan penyapu. Lelaki itu terus berlari keluar dari bilik.

"Boss okay ke?"tanyaku risau.

"Aku okay. Siapa lelaki tu?" Asy bertanya padaku.

"Boss rehat dulu. Saya duduk sini je la". Asy mengangguk. Dia kembali baring. Aku duduk di tepi katilnya.

********************

Adam sedang menajamkan pisaunya. Joe masuk ke dalam rumah Adam lalu duduk di sebelahnya.

"Aku bukan suruh kau pergi cekik dia dalam hospital tu. Ramai orang akan tahu. Cctv pun ada dalam bilik tu". Adam merenung tajam ke dalam mata Joe.

"A..ak..aku min..minta maaf Adam. Aku tak tahu".kata Joe yang ketakutan.

"Sorry Joe. Aku terpaksa buat semua ni. Nanti kalau budak tomboy tu guna cctv,dia dapat tangkap kau". Adam mengambil pisau yang telah diasahnya tadi.

"Ad..adam...tolong la. Aku janji lepas ni aku buat betul betul. Jangan bunuh aku". Joe bangun dan dia melangkah ke belakang. Adam menghampirinya . Joe tersandar di dinding, Adam menarik senyuman jahat di bibirnya.

"Adam jangan!!" Adam menikam beberapa kali pada perut Joe. Darah memancut keluar ditadahnya untuk diminum. Daging Joe dijadikan hidangan untuk Adam.

********************

Aku membeli dua bungkus nasi minyak dan pergi ke wad yang ditempatkan Asyraff. Aku masuk ke dalam dan meletakkan nasi itu di atas meja.

"Boss jom makan. Saya ada beli nasi minyak. Boss kan suka makan nasi minyak".kataku sambil tersenyum.

"Kau makan la. Aku tak ada selera". Kata Asy lemah. Semalam jadi pakar motivasi hari ni jadi doktor pula. Haish macam macam la kau ni Asy.

"Boss kena la makan. Badan boss tu lemah kan. Lagi pun dari semalam lagi boss tak makan kan. Makan la sikit".pintaku.

"Kau makan je la dulu. Nanti kalau aku dah lapar aku makan".jawab Asy dan menghadiahkan senyumannya padaku.

"Ya la boss ni susah sangat. Suruh makan je pun bukannya suruh masak. Saya makan sorang la macam ni. Boss tak nak makan". Aku membuka bungkusan nasi minyak lalu memakannya. Asy melemparkan pandangannya keluar tingkap.

"Az...kenapa kau sanggup jaga aku eh? Mak ayah kau tak marah ke kau tak balik rumah?"tanya Asy. Aku berhenti makan seketika.

"Mama papa saya faham keadaan boss sekarang. Saya kena la bertanggungjawab sebab saya kan bodyguard boss".jawabku.

"So kenapa kau sanggup jaga aku 24 jam kat sini?"tanya Asy lagi. Haih dia ni banyak tanya pula. Aku nak makan pun susah.

"Kan boss suruh saya janji yang jangan tinggalkan boss".jawabku.

"Janji? Aku ada cakap ke?" Aduhai pelupa rupanya boss aku ni.

"Ya boss. Semalam boss ada janji sebelum boss pengsan. Boss tak ingat eh?" Asy sekadar menggelengkan kepalanya.

"Tak apa boss. Boss kena banyak berehat. Badan boss masih lemah. Saya nak pergi cuci tangan kejap".kataku dan pergi ke tandas.

"Sebenarnya Az....aku sayangkan kau lebih lagi. Aku tahu kau bukan lelaki. Tapi kenapa kau sanggup tipu aku? Kenapa kau sanggup gadaikan nyawa kau untuk melindungi lelaki macam aku ni?"

********************

MY BODYGUARDTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon