BAB 21

15.6K 830 30
                                    


Aku hanya duduk di dalam kereta. Asyraff sudah masuk ke dalam officenya. Aku malas hendak masuk lagi.

From:*******

Mngsa baru telah tiba.

"Mangsa baru lagi? Siapa dia? Zack?" Lantas aku menelefon Zack. Panggilanku tidak berjawab.

Aku semakin risau. Beberapa kali juga aku cuba,namun masih tidak berjawab juga.

From:********

Opsss...aq terbunuh lh. Hahaha.

Air mataku mengalir. Aku sudah kehilangan dua orang rakan baikku. Aku tidak tahan. Aku kena beritahu pada Asyraff juga. Aku tak nak dia mati disebabkan aku.

********************

Aku mengajak Asyraff berjumpa di sebuah cafe. Aku terpaksa juga beritahu Asy kalau tak nak perkara ini berlarutan. Kalau aku tak beritahu,lama kelamaan Asyraff dapat tahu juga nanti.

"Az..ada apa kau nak jumpa aku?" Asyraff menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya.

"Saya ada something nak cakap dengan boss. Benda saya nak cakap ni ada kaitan dengan boss dan juga saya".kataku. Riak wajah Asyraff berubah serta merta.

"Sebenarnya....". Aku teragak agak hendak menceritakan perkara sebenar pada Asyraff. Nanti kecoh pula. Polis bagai datang.

"Benda apa?" Asy menghentikan lamunanku.

"Ermm..haa boss. Yang pasal orang yang boss suka tu. Apa nama dia boss?"aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Ouh yang itu ke. Nama dia Hanim. Apa kena mengena dengan kau?"tanya Asyraff. Memang ada kena mengena dengan aku pun sebab Hanim tu aku.

"Tak ada lah. Mana tau Hanim tu jahat ke apa. Saya kan bodyguard boss. Kena lah lindungi boss daripada orang jahat kan".terang aku.

"Entah lah Az. Aku tegur dia pun macam acuh tak acuh je dia layan aku. Kau rasa kan. Aku ni tak pandai melayan orang sangat ke?"tanya Asyraff.

"Boss pandai melayan orang. Mungkin Hanim tu tak suka boss kut".aku memberi pendapatku.

"Dah la. Orang dah tak suka nak buat macam mana kan. Jom teman aku hilangkan stress ni. Kita pergi jalan mall je la".ajak Asyraff. Aku menurut.

Kami berjalan beriringan di dalam mall. Kebanyakkan perempuan curi curi pandang pada Asyraff. Asy hanya jalan dengan selambanya. Aku ni tak ada orang pandang pula. Tak cukup handsome macam Asy ke?

Asyraff berjalan dengan laju sehinggakan aku tertinggal jauh di belakang. Tahu la kan aku jalan pun lambat mengalahkan siput.

Aku berjalan sekeliling mall mencari Asyraff. Aku ternampak seorang lelaki menarik lengan Asyraff masuk ke dalam sebuah bilik.

Aku segera melangkah masuk ke dalam bilik itu. Lelaki itu sedang cuba merompak Asyraff.

"Woi!! Lepas boss aku!!"jeritku. Asyraff tersenyum memandangku. Boleh lagi mamat ni senyum masa dia tengah kena rompak. Dah la lelaki tu pegang pisau.

"Kau nak buat apa?!"gertak lelaki itu. Dia berjalan menghampiri aku. Asyraff terduduk.

Aku membuka langkah silatku. Aku menggunaka ilmu silatku berlawan lelaki itu. Lelaki itu tersungkur. Kakiku ditoreh lelaki itu. Darah keluar dengan banyak.

"Boss...boss okey tak ni?"aku berjalan ke arah Asyraff.

"Aku okey. Kau tu yang tak okey. Kaki kau darah tu. Boleh lagi kau jalan".kata Asyraff.

"Sikit je ni boss. Nanti sapu ubat ke apa okey la".jawabku selamba.

"Banyak la kau. Sini kaki kau". Asyraff mengoyakkan baju T shirnya. Dia membalut kakiku dengan T shirtnya.

"Boss..baju boss tu. Tak apa ke?"tanyaku.

"Baju boleh beli baru. Nyawa boleh beli? Ada jual ke dalam mall ni?" Rilex la Asyraff. Aku tanya sikit je.

"Dah. Biar aku drive".kata Asy.

"Tak apa lah. Saya boleh drive. Biar saya je yang drive".aku cuba bangun.

"Jangan lah. Tak pasal pasal kita masuk hospital".jawab Asy.

From:*******

Bru kena toreh...sikit je. Nnti aq buat lg bnyk smpai kau x mmpu nk merangkak.

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now