BAB 26

14.5K 843 7
                                    


Mata Asyraff mula berkaca. Masih menanti jawapan dari mulutku. Aku teragak agak hendak menceritakan perkara sebenar pada Asy.

"Azhan!! Jawablah!!" Asyraff menggoncangkan bahuku sekuat kuatnya hingga aku terjatuh di atas sofa. Aku terduduk.

"Az...apa semua ni?" Asy merendahkan suaranya.

"Saya minta maaf boss. Saya dah lama tahu semua benda ni. Saya sengaja tidak beritahu pada boss. Saya takut boss...".

"Takut apa?!!"tengking Asy.

"Dia akan bunuh saya dan boss kalau saya beritahu pada sesiapa. Pasal kawan saya kena bunuh tu semua lelaki tu yang buat. Saya pun selalu dapat mesej daripada lelaki itu. Dia bagi masa hanya sebulan sahaja sebelum...."

"Sebelum apa Az?" Aku mengangkat mukaku dan memandang wajah Asy.

"Sebelum dia bunuh kita boss".jawabku.

"Kenapa baru sekarang kau nak beritahu pada aku?! Kau memang nak aku mati ke Az?!" Asy menengking aku.

"Bukan macam tu boss. Saya..."

"Kau keluar sekarang!"arah Asy. Aku segera keluar dari biliknya. Pintu dihempas dengan kuat.

"Penat aku datang sini dia boleh maki hamun aku. Kalau aku tahu lebih baik aku tak datang je tadi".rungutku.

Aku duduk di cafe sambil memikirkan tentang lelaki misteri itu. Masih tertanya tanya siapa lelaki itu dan apa kena mengenanya aku dan Asyraff.

"Nazim!! P.A Asy sendiri. Macam mana la aku boleh lupa dia".aku segera menelefon Nazim. Aku mengajaknya untuk berjumpa di cafe.

"Ada apa kau nak jumpa aku Az?"tanya Nazim sebaik sampai di cafe. Aku menceritakan perkara sebenar yang terjadi pada Asy dan aku.

"Aku nak tanya. Boss tu ada musuh ke?" Nazim tersedak bila mendengarnya. Dah kenapa sampai tersedak ni. Teruk sangat ke soalan aku tu.

"Boss memang tak ada musuh. Tapi arwah Tuan Sufian dulu rasanya ada". Aku membulatkan mataku. Mesti ada kena mengena dengan arwah tuan.

"Arwah dulu bersahabat baik dengan Encik Farhan. Mereka memulakan perniagaan bersama sama. Hingga la tercetusnya pergaduhan antara tuan dengan Encik Farhan. Semuanya salah faham. Arwah isteri Encik Farhan meninggal disebabkan kecuaian diri sendiri bukannya disebabkan tuan yang membunuhnya. Sejak itu Encik Farhan bermusuh dengan tuan. Encik Farhan sudah merancang untuk membunuh tuan. Tetapi ajal tuan sampai dulu sebelum Encik Farhan bunuhnya".terang Nazim. Dia berhenti untuk minum seketika. Penat sangat la tu.

"Habistu apa kena mengena dengan boss?"tanya aku.

"Encik Farhan tidak sempat membunuh tuan jadi dia merancang untuk membunuh boss".jawab Nazim

"Kenapa Encik Farhan tu tak bunuh Puan Maria? Kau jangan fikir ke lain pula". Nazim tergelak kecil. Aku rasa dia dah berjangkit dengan Asy. Suka gelak.

"Sebab masa tu Puan Maria pergi London seorang diri. Encik Farhan ingatkan puan dah mati. Sebab tu lah Encik Farhan nak bunuh boss".kata Nazim.

"Tapi orang yang cuba nak bunuh boss tu nampak macam muda. Sebaya boss je aku tengok".kataku.

"Itu anak Encik Farhan. Nama dia Adam. Adam memang sebaya dengan boss. Sebelum Encik Farhan meninggal,dia ada pesan pada Adam supaya meneruskan perancangan ayahnya untuk membunuh boss".terang Nazim.

"Tapi...apa kena mengena dengan aku dan kawan aku yang kena bunuh tu?"tanyaku lagi.

"Adam akan bunuh sesiapa sahaja yang rapat dengan boss. Itu pesan Encik Farhan pada Adam. Adam tu licik".aku terkejut mendengarnya.

"Habistu kau?"

"Kan aku dah cakap. Semua orang yanh rapat dengan boss dia akan bunuh".kata Nazim.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now