BAB 15

16.5K 909 34
                                    


Aku memarkir kereta di tempat parking office Asy. Asyraff telah masuk ke dalam officenya terlebih dahulu. Aku pergi ke tandas. Setelah itu,aku kembali ke kereta. Terdapat sehelai kertas pada keretaku. Aku memandang sekelilingku. Tiada orang.

Aku mengambil kertas itu dan membaca isinya.

Aku nak bagi amaran pada kau Az. Jangan nak laporkan pada polis atau mana mana pihak. Kalau tidak...esok akan ada lah tahlil untuk kau dan Asyraff.

Aku mengoyakkan kertas itu menjadi cebisan kecil. Aku membuang ke dalam tong sampah.

"Ya Allah tolonglah hambaMu ini. Berat sungguh dugaanMu ini Ya Allah".aku terduduk di atas tanah. Badanku disandar pada kereta.

Aku membuka mesej. Masih si 'dia' yang mesejku.

From:*******

Sorng je boss kau. Teman lah dia buat kali terakhir. Jngn smpai hri ni juga Asy msuk kubur!!

"Asyraff!!"aku berlari masuk ke dalam office Asy. Aku masuk ke dalam lif. Sebelum pintu lif tertutup,terdapat seorang lelaki memandangku sambil tersenyum sinis.

Hatiku mula berdebar. Aku berlari keluar dari lif. Aku masuk ke dalam bilik Asy. Biliknya kosong. Aku mula berasa tidak sedap hati.

"Mana boss ni?"aku mula risau. Sudah beberapa kali aku mendail nombor Asy tetapi tiada siapa yang menjawab.

"Kau buat apa kat sini?"sergah Asy dari belakang. Hampir terjatuh buatnya Iphoneku. Aku mengurut dada.

"Boss ni..terkejut saya. Boss pergi mana?"tanyaku.

"Kenapa? Dah rindu aku?"Asy tersenyum jahat.

"Mana ada. Saya tanya je. Boss pergi mana tadi tu je".aku berpeluk tubuh. Aku menanggalkan cermin mata hitamku dan menyangkut cermin mata hitam itu pada kolar bajuku.

"Aku pergi jumpa P.A aku lah tadi. Kau nampak macam gelabah semacam kenapa?" Asy mengangkat keningnya.

"Mana ada boss. Ermm..boss buat lah kerja. Saya teman boss kat sini je lah hari ni". Asy mengangguk. Aku duduk di sofa.

Aku membuka whatsapp. Lelaki misteri itu menghatar whatsapp padaku.

From:******

Tik tok tik tok...masa berjln Az. Nyawa kau dn dia akn berjln pergi jua nanti.

Aku meletakkan Iphoneku di atas meja. Asyraff memandangku.

"Putus cinta ke?" Hampir tersedak aku dibuatnya.

"Kenapa boss cakap macam tu pada saya?"soalku

"Kau tu macam baru lepas putus cinta tahu tak. Betul ke aku teka tu?" Asyraff tersengih.

"Tak ada lah boss. Siapa je nak saya ni. Saya bukan macam boss. Boss ada syarikat sendiri,berduit,handsome. Boss mesti ramai followers kat Instagram kan?"kataku. Confirm nanti dia cakap aku ni stalk dia.

"Tak ada lah ramai mana pun".

"Tak ramai boss cakap? Saya tengok boss ni dah macam artis tahu tak. Tapi tengok boss ni macam tak bersosial sangat pun. Macam mana boleh famous sangat?"aku mengambil tempat di depan meja Asy.

"Aku memang tak beberapa nak bersosial sangat. Kerja je 24 jam. Dah lah. Aku nak buat kerja". Asy kembali sambung kerjanya yang tertangguh.

"Nanti teman aku pergi satu tempat".kata Asy. Aku mengangkat mukaku dan memandangnya.

"Pergi mana?"tanyaku.

"Nanti aku beritahu. Kau pergi lah jalan jalan dalam office ni. Mana tahu ada yang berkenan dengan kau".usik Asy.

"Office boss ni bukannya mall. Kat sini orang buat kerja lah boss. Lagi pun saya malas nak ambil tahu hal kahwin bagai ni. Belum masanya lagi".bebel aku.

"Aku tak suruh pun kau pergi kahwin. Aku suruh kau mesra je dengan pekerja aku kat sini".kata Asy.

"Ye lah. Saya pergi kacau pekerja boss tu".aku bangun dan meregangkan ototku.

"Aku tak suruh kau kacau diorang tu. Kenal kenal je".arah Asy. Aku keluar dari biliknya.

Aku berjalan sekeliling office Asyraff. Semua sedang buat kerja masing masing. Mesej whatsapp masuk ke dalam Iphoneku. Lantas aku membuka lalu membacanya.

From:*******

Blh plk kau jln dlm office tu...jg boss kau tu elok2..klau kau x msuk bilik boss kau dlm masa 3 minit..he will die.

Tak cukup tanah aku berlari menuju ke bilik Asyraff. Perkara yang aku bimbangkan terjadi. Biliknya kosong.

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now