BAB 9

18.5K 1K 20
                                    


Zack dan Zaf datang ke rumahku tanpa diundang. Sepatutnya aku rehat di rumah sahaja hari ini,tetapi ada pula dua makhluk yang datang. Terpaksa la aku melayan mereka.

"Kau cuti ke hari ni Az?"tanya Zaf yang sedang meniarap di karpet.

"Ye lah. Kalau aku kerja,tak adanya aku nak duduk kat rumah hari ni".jawabku.

"Nak buat apa hari ni?" Zack muncul bersama segelas air oren di tangannya.

"Amboi kau. Ambil segelas je. Dah la tak tuang kat aku sekali. Apa punya kawan lah kau ni". Zack tersengih macam kerang busuk.

"Ambil sendiri la. Kau ada tangan,kaki kan. Bukannya OKU lagi pun".kata Zack

"Kau ni kan. Kata kata tu doa tau. Buatnya aku jadi OKU betul betul nanti, macam mana?"marah Zaf

"Hantar je la kau kat pusat apa tu. Aku lupa dah. Yang ramai orang kurang upaya duduk situ. Whatever la". Zack duduk di sebelahku.

"Korang ni bising lah".aku memukul mereka berdua serentak.

"Wey. Budak tu mana?"soal Zaf

"Pergi sekolah la. Asal?"

"Tak ada apa lah. Baru nak kacau dia".celah Zack.

"Jom pergi bandar. Lama tak lepak sama kan".cadang Zaf

"Boleh je. Aku nak ambil jaket jap. Tunggu luar".aku mengatur langkah ke bilikku.

"Kau ambil jaket ke pergi buat jaket?" Zack berpeluk tubuh sambil berkata.

"Jomlah. Suruh tunggu 10 minit pun tak boleh. Bukannya suruh tunggu 10 tahun ke apa".rungutku. Zaf tergelak kecil.

Aku memandu ke bandar. Walaupun hari bekerja tetapi jalan tetap sesak.

"Berapa lama lagi aku kena berkurung dalam kereta ni?"keluh Zaf.

"Kau tak nampak ke jalan ni macam orang kat pasar malam. Sesak wey".aku mendengus.

Setelah 30 minit aku bertarung nyawa(?) di dalam kereta,akhirnya sampai juga di mall.

"Aku nak beli jaket baru la wey". Zack melilau mencari jaket yang dikehendakinya.

"Berapa puluh jaket dah kau beli tapi jaket yang ni juga lah kau pakai".kata Zaf

"Biarlah. Duit aku bukan duit kau. Ada masalah?"balas Zack

"Korang ni memekak lah. Serabut aku dengar. Diam boleh tak".marahku.

Kami berjalan beriringan. Aku di tengah, Zack di sebelah kananku manakala Zaf di sebelah kiriku. Bila mereka berdua bergaduh,aku yang jadi mangsa. Kena menahan suara masing masing yang dah macam cakap guna mikrofon.

"Eh korang rupanya. Patut la macam kenal je dari jauh. Buat apa kat sini?"tegur Mimi.

"Biasa la. Tengah memburu harimau kat sini".jawabku selamba.

"Eh jap. Salah la kau cakap. Sepatutnya korangss sebab plural kan. Kena ada 's'. Apa lah english pun ke laut".celah Zaf.

Serentak kami semua memandang Zaf. Zaf tersenyum kambing. Zack menepuk dahinya. Aku hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Datang dah penyakit tak betul dia ni. Redha je la dapat kawan macam ni".aku mengeluh berat.

"Kau ke aku yang ke laut english?"soal Mimi.

"Nasihat sikit kawan kau tu. Kalau nak ajar orang,tengok diri tu dulu. Pergi tadika lah semula. Buat malu je. Jom korang". Mereka menjeling kami bertiga.

"Salah ke apa yang aku cakap ni wey? Az?? Zack??" Zaf menepuk bahu aku dan Zack.

"Tak apa. Esok aku daftarkan kau kat tadika depan rumah aku".kata Zack.

"Dah la. Jom". Zaf masih terpinga pinga.

*********************

Keesokannya aku pergi kerja seperti biasa. Aku menunggu Asy di hadapan rumahnya.

"Mana dia ni? Dia nak suruh aku jadi tunggul ke apa kat sini?".rungutku.

Asy berjalan keluar dari rumahnya. Dia masuk ke dalam perut kereta.

"Sorry lambat. Lama dah ke kau tunggu?"tanya Asy

"Lama la juga. Dah nak mereput dah ni duduk dalam kereta ni lama lama".jawabku.

"Mereput?"

"Tak ada apa lah boss. Kita gerak dulu eh".aku memandu ke office.

Hanya kedengaran bebelan dj di corong radio sahaja sepanjang perjalanan ke office.

"Boss..kenapa boss tak kahwin lagi eh?"aku memecah kesunyian.

"Aku belum jumpa orang yang sesuai nak dijadikan isteri. Semua perempuan keluar dengan aku semata mata aku ni berduit je tau".bebel Asy.

Aku hanya sekadar mendengar bebelannya. Bab membebel dan dibebel ni aku malas.

Aku memarkir kereta. Pengawal keselamatan di officenya menyapa Asy dengan mesra. Aku menghadiahkan senyuman sahaja.

"Eh kejap. Kau..."

"Haa sudah. Nak apa pula dia ni. Jangan kantoi sudah".aku memandang Asy.

"Kau dah makan belum?"tanya Asy. Aku mengurut dada.

"Ingatkan apa lah tadi. Dah boss. Saya makan kat rumah tadi".jawabku.

"Okey. Aku tengok kau ni macam tak sihat je. Kalau sakit cakap".kata Asy. Aku mengangguk.

"Caring juga boss aku sorang ni. Untung lah dapat boss macam ni. Korang ada? Haa".kataku dalam hati.

*********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now