BAB 6

19.4K 1K 53
                                    


Selepas isyak,aku duduk di sofa. Segala ototku regangkan. Iphoneku berdering lantas aku mencapainya lalu menjawab panggilan itu.

Hello mama. Ada apa?

Tak ada apa pun. Ni Az okey tak?

Az okey je mama. Papa mana?

Papa jumpa kawan dia kejap. Ni mama nak tanya.

Apa?

Sofea mana? Tak dengar pun suara dia. Selalunya masa macam ni dia tak tidur lagi kan.

Sofea?? Sofea mana pula ni mama? Anak mama ni sorang je tau. Az je anak mama.

Ya Allah. Az!!

Ye. Mama ni jangan lah jerit. Pekak telinga Az nanti.

Sofea mana Az? Sofea Adriana,sepupu Az. Mana dia?

"Sofea!! Macam mana la aku boleh lupa nak ambil budak tu. Masak lah aku".aku bergegas keluar rumah.

Az?? Az??

Kejap mama. Az nak panggil dia.

"Assalamualaikum!! Cik Ros!!"panggilku sambil menekan loceng.

"Waalaikumussalam. Az rupanya. Nak ambil Sofea ye?" Aku mengangguk.

Cik Ros memanggil Sofea. Sofea keluar lalu berlari ke arahku.

"Terima kasih Cik Ros. Minta maaf la Az ambil Sofea ni lewat malam macam ni".aku membawa Sofea masuk ke dalam rumah.

"Abang Az pergi mana? Lama tau Sofea tunggu Abang Az". Sofea memuncungkan mulutnya.

"Ada ke aku suruh kau tunggu aku? Nah ni mama aku nak cakap dengan kau".aku menghulurkan Iphoneku pada Sofea.

"Nah abang Az. Esok Sofea kena pergi sekolah. Mak lang dah suruh van yang datang ambil Sofea esok".kata Sofea lalu dia terus naik ke dalam biliknya.

********************

Esok paginya,aku hanya membeli nasi lemak di gerai berdekatan rumahku.

"Sofea!! Woi!! Turun makan ni!"jeritku dari dapur.

"Sofea dah siap. Abang Az ni bising lah".kata Sofea lalu duduk di meja makan.

"Kau ni bersiap mengalahkan mak datin tahu tak". Aku menghulurkan nasi lemak pada Sofea.

"Suka hati la. Sofea kena lah nampak cantik tahu. Bukan macam abang".kata Sofea dengan lagaknya.

"Kau tu nak pergi sekolah je bukannya nak pergi fashion show".marahku.

"Dah cepat lah. Kau ni memang suka lambat lambat eh". Sofea menjeling padaku.

"Beg kau mana? Tak kan pergi sekolah tak bawa buku?"tanyaku

"Tu haa. Abang Az tolong bawakan".arah Sofea.

"Amboi kau. Ingat aku apa? Orang gaji kau? Angkat lah sendiri". Sofea mendengus.

"Van dah sampai. So you can blah to the school sekarang". Sofea tergelak kecil. Broken english kejap.

Aku memecut ke rumah bossku. Aku memberhentikan kereta di hadapan rumahnya.

"Rumah bukan main besar lagi. Dah nama pun CEO syarikat kan. Orang kaya lah katakan".aku memerhati kawasan di sekeliling rumahnya.

"Kau tengok apa tu?" Asy menghentikan lamunanku.

"Eh boss. Saya tengok rumah boss ni je. Cantik".kataku sambil tersenyum.

"Rumah macam ni pun kau tak pernah tengok eh? Dah la. Aku nak pergi breakfast".kata Asy lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Boss nak makan kat mana ni?"soalku

"Cafe tadi. Kau dah terlajak". Aku hanya menahan sabar. Asy tersenyum jahat.

Aku memarkirkan kereta di hadapan sebuah cafe. Aku hanya mengikut Asy dari belakangnya.

"Kau dah makan belum?"tanya Asy.

"Dah. Boss makan lah sorang je. Saya tunggu kat sana".kataku

"Eh nanti dulu. Kau bodyguard aku. Tak kan lah kau nak tinggal aku sorang je kat sini. Duduk. Teman aku makan". Aku menurut dan duduk di meja.

Aku hanya duduk sambil menunggu Asy selesai makan.

"Boss..saya nak tanya sikit".kataku. Asy mengangkat mukanya dan menghadapku.

"Kenapa boss cari bodyguard? Ada orang nak bunuh boss ke?".soalku teragak agak.

"Aku cari bodyguard ni pun sebab ada seseorang dah upah orang lain nak bunuh aku. Aku pun tak kenal siapa dia".terang Asy.

Aku hanya mengangguk faham. Selepas makan,aku memandu ke office Asy. Asy turun dari perut kereta dan menuju ke pintu masuk office. Aku mengekorinya.

"Morning Encik Asyraff".sapa seorang wanita.

"Morning Ila. Hari ni saya ada meeting tak?"tanya Asy. Lantas Ila mengambil bukunya dan membelek.

"Ada. Pukul 9".jawab Ila.

"Nanti send location pada bodyguard saya ni".kata Asy dan beredar masuk ke dalam biliknya.

"So,saya kena buat apa sekarang ni boss?" Asy memandangku.

"Tengok kalau ada orang yang agak mencurigakan kau. Kerja bodyguard la".kata Asy tegas.

"Aduhh. Perut ni pula mainkan peranan dia dah. Menyesal aku makan sambal banyak sangat tadi. Macam mana ni".aku memegang perutku yang memulas.

"Kau dah kenapa? Pregnant eh? Tapi kau lelaki". Aku tersentak.

"Tak ada lah boss. Saya nak ke tandas kejap". Asy tersenyum. Aku keluar dan terus ke tandas.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now