BAB 23

14.9K 841 32
                                    


Kami tidur di hotel. Bilik aku minta diasingkan. Kalau sebilik nanti lain cerita pula. Keesokkan paginya aku mengikut Asy berjumpa dengan Dato' Aliff.

"Kau hati hati sikit dengan Dato' Aliff tu. Dia ni suka orang yang sama jenis dengan dia. Faham kan".kata Asy. Aku sekadar mengangguk.

Selesai Asy dan Dato' Aliff berbincang, Asy pergi ke tandas seketika. Hanya aku dan Dato' Aliff sahaja di dalam bilik itu.

"Dah kenapa orang tua ni. Pandang lain macam je kat aku ni".kataku dalam hati.

Dato' Aliff memandangku dari atas ke bawah dan tersenyum. Aku teragak agak hendak membalas senyumannya.

"Cantik body u". Aku hampir termuntah bila Dato' Aliff berkata begitu padaku. Haih orang tua ni memang tak sedar diri ke apa. Dah elok gigi kau ada beberapa je batang tu..silap hari bulan kau pakai gigi palsu je nanti bila kena penumbuk aku ni. Bersepah gigi kau nanti.

"Saya balik dulu Dato'. Ada masa kita jumpa lagi".kata Asy yang muncul secara tiba tiba. Aku tersentak sedikit. Muncul macam hantu hilang pun macam hantu. Asy ni memang spesies hantu juga.

Kami segera beredar dari dalam bilik Dato' Gila tu. Nama baru untuk dia. Aku dapat merasakan yang ada orang mengikuti pergerakan kami.

"Memang betul la cakap boss yang dato' tu suka lelaki".kataku. Asy hanya tersenyum.

"Sebab tu aku tak suka duduk bincang lama dengan atok tu. Dia memang tak padan dengan tua. Nak menggatal sana sini. Dia tu nak cakap gay tak juga sebab dia pun suka perempuan. Isteri dia pun dah ada empat".tambah Asy.

"Atok boss panggil dia?"aku tergelak.

"Ya la. Dia tu lagi sesuai jadi atok daripada jadi dato'. Gigi pun macam ada tak ada je tengok. Jalan pun dah lambat macam kereta nak habis minyak. Ingatan dia lagi la. Apa yang dia sarapan tadi pun dia lupa".sindir Asy. Boleh tahan juga Asy ni bab menyindir orang.

"Dasyat nya lah dia tu boss. Tapi isteri empat ya boss?"

"Isteri dia semua muda dari dia. Biasa lah perempuan pandang duit je pada lelaki. Kalau ada duit laju je".kata Asy. Nasib la aku bukan golongan macam tu.

Sedang asyik kami berbual rancak sambil berjalan, kami terserempak dengan Arif.

"Az!! Kau buat apa kat sini?"tegur Arif. Kenapa dia juga yang aku jumpa. Punya banyak tempat boleh pergi sini juga la kau nak datang ya Arif.

"Aku teman boss aku ni haa. Aku kan bodyguard dia".jawabku.

"Aku ingat kan boyfriend kau".usik Arif. Nasib baik Asy tidak mendengarnya.

"Kau kenapa ha? Ada kang aku sepak budak ni. Tak balik dah kau. Duduk la kat bulan tu ha".aku memukul lengan Arif.

"Gurau je la. Aku tua setahun la dari kau. Sedar sikit".kata Arif. Muka dia tu macam nak minta kaki je dari aku.

"Dah la. Blah dulu".aku terus pergi bersama Asy. Arif tergelak kecil.

"Siapa tadi tu Az?"tanya Asy.

"Alien mana entah tadi".jawabku selamba. Asy tergelak. Dia ni memang mudah terhibur. Aku rasa kalau bawa dia pergi tengok sarkas ni confirm dia la yang paling kuat gelaknya.

********************

MY BODYGUARDWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu