BAB 18

16K 864 39
                                    


Zaf kini dalam keadaan bahaya. Dia juga akan menjadi mangsa kepada lelaki misteri itu. Aku masih tertanya tanya kenapa lelaki itu mahu membunuh Asyraff,aku dan Zaf?

"Jauh termenung? Dah sampai mana?"tegur Asyraff.

"Dah sampai bulan dah boss".jawabku selamba.

"Amboi,fikir apa sampai ke bulan? Fikir nak kahwin?"usik Asy.

"Ke situ pula boss ni. Saya fikir pasal masa akan datang lah boss. Ye lah kan kita pun tak tahu bila ajal kita kan".kataku. Asy mengangguk setuju.

"Tolong aku ambilkan fail atas meja tu".arah Asyraff. Aku mengambil fail itu dan menghulurkan pada Asyraff.

"Kau tak ada jumpa mana mana orang jahat ke?"tanya Asy. Haa sudah nak jawab apa ni. Terpaksa lah tipu.

"T..tak ada pun boss. Kenapa? Boss ada rasa tak sedap hati ke?" Asyraff berhenti membuat kerjanya dan memandangku.

"Kalau aku tak sedap hati..kau tolong lah sedap kan hati aku ni".usik Asy.

"Boss ni. Pandai mengusik eh. Boss nak apa ni?"kataku.

"Teman aku je lah kat officei hari ni sebab aku tak pergi mana mana pun. Boleh eh?"pinta Asyraff. Kalau dia dah buat muka macam tu,siapa je yang tolak?

From:******

Mngsa bru akn dibunuh...wait and see..

"Mangsa baru? Zaf?!!"aku segera bangun dan berlari keluar dari bilik Asy. Asyraff yang terpinga pinga mengejarku.

Aku berlari mendapatkan kereta. Asyraff berjaya menarik lenganku. Aku meronta ronta untuk dilepaskan. Genggaman Asy semakin kuat. Matanya tepat memandang ke dalam mataku.

"Kau nak pergi mana?"tanya Asy dengan tegas.

"Boss...saya minta maaf. Kawan saya dalam bahaya sekarang ni boss. Saya pergi dulu".aku terus melepaskan lenganku dan masuk ke dalam perut kereta.

Aku memecut ke rumah Zaf. Sudah beberapa kali aku cuba menelefom Zaf tapi panggilanku tidak berjawab.

"Zaf!!! Zaf!!"aku memanggilnya dari luar rumah. Kelihatan ibu kepada Zaf keluar.

"Az..cari Zaf ke?"tanya ibu Zaf.

"Aah. Dia ada kat dalam tak?"tanyaku risau.

"Tak ada. Dia keluar dengan Zack tadi".jawab ibu Zaf.

"Terima kasih".aku menaiki semula ke dalam kereta.

Iphoneku berdering segera diangkat.

Zack?? Zaf mana wey?

Kedengaran Zack menangis teresak esak. Aku semakin risau.

Zack??!! Zaf mana?!!

Zaf kena bunuh...Kena bunuh!! Az tolong aku Az..

Iphoneku terjatuh ke ribaku. Aku tidak percaya yang Zaf sudah tiada. Kawan yang selalu bersamaku ketika susah dan senang sudah tiada.

"Zaf!!! Zaf!!"tangisanku semakin kuat.

From:*********

Sorng dh mati..tiba masa nnti giliran kau dan Asyraff pula..

********************

Sudah tiga hari mood aku melayang. Sejak Zaf pergi aku semakin suka menyendiri. Sudah beberapa kali juga Asyraff menelefon aku.

"Aku rasa menyesal sebab tak minta maaf dengan Zaf sebelum dia pergi".kata Zack.

"Aku pun. Tanpa dia kita tak lengkap Zack. Dia tu dah macam adik aku. Dia tahu nak buat kita happy".aku menunduk.

"Ya lah kan. Dulu dia ada nak happykan kita..tapi sekarang siapa lagi yang nak buat kita happy?"tambah Zack.

"Az...". Aku memaling ke belakang. Asyraff. Aku baru nak luang masa dengan Zack ni boleh pula dia datang.

"Aku balik dulu Az".pinta Zack. Asyraff mendekati aku dan duduk di sebelahku.

"Boss saya tak ada mood lah sekarang ni".kataku sambil memeluk lutut.

"Aku tahu. Tapi tak kan lah kau nak terus macam ni je. Benda yang dah jadi kita nak buat macam mana. Mungkin dah sampai ajal kawan kau tu. Dah lah jangan lah macam ni. Cakap bodyguard kenalah kuat kan. Aku ada untuk kau Az".pujuk Asyraff.

"Thanks boss. Saya hargai semua nasihat boss tu".aku tersenyum.

"Thanks je??"tanya Asy. Confirm suruh buat something ni.

"Boss nak suruh saya buat apa pula? Teman boss pergi mana?" Aku duduk menghadap muka Asyraff.

"Jalan jom. Cari mood kau yang melayang entah ke mana tu. Mana tau jumpa kat mana mana nanti kan".kata Asyraff.

"Pandai boss buat lawak eh. Okey lah boss. Jom". Serentak kami berdua bangun dan bersiar siar di sekitar bandar.

"Asyraff Daniel dan Nur Hanim Azhan...tinggal lagi dua minggu sebelum korang mati".

********************

MY BODYGUARDTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang