BAB 29

14.6K 771 4
                                    


Aku dimasukkan ke dalam bilik operation untuk mengeluarkan peluru pada bahuku. Hampir dua jam pembedahan dijalankan. Aku dalam keadaan koma.

"Az..ni mama sayang. Macam mana Az boleh jadi macam ni?"sayup sayup kedengaran suara mama. Aku hanya mampu mendengar sahaja. Aku amat rindu pada mama.

Bip bip

"Papa minta maaf sebab tak jaga Az elok-elok".papa berkata.

Bip bip

"Az..mama balik dulu. Nanti mama datang lagi". Setitis air mata mama jatuh di pipiku. Mama mengucup dahiku dengan penuh kasih sayang.

Bip bip

Derapan kasut menyusur masuk ke dalam wad yang aku ditempatkan. Lelaki itu meletakkan sejambak bunga di meja sebelah katilku.

Bip bip

"Az...Az...kau bernasib baik peluru aku tu tak kena tepat pada dada kau. Aku saja beri kau peluang untuk hidup. Aku beri tempoh lagi empat bulan. Memandangkan kau koma sekarang ni. Goodnight Nur Hanim Azhan".kata lelaki itu sebelum dia keluar dari bilikku.

Sudah dua bulan aku terlantar dan tidak sedarkan diri di wad. Asyraff langsung tidak datang melawatku. Aku dapat merasakan ada perkara buruk yang akan berlaku.

Aku sudah mula sedar. Penglihatanku agak samar dek kerana lampu yang menerangi bilik. Kepalaku terasa berat diangkat. Aku memandang sekeliling bilik. Mama tidur di sebelahku.

"Mama....mama..".panggilku. Mama mulai sedar.

"Az anak mama. Ya Allah mama risau sangat tau".kata mama. Mama memelukku erat. Papa masuk ke dalam sambil membawa dua bungkus makanan.

"Papa".aku tersenyum melihat papa. Papa memanggil doktor. Doktor Hafizi masuk ke dalam.

"Saya nak check mata. Nampak tak nombor berapa ni?"tanya Doktor Hafiz sambil mengangkat tiga jarinya.

"Tiga".jawabku sepatah. Doktor Hafizi tersenyum.

"Anak encik perlukan rehat yang mencukupi. Jangan beri dia angkat barang yang berat. Bahu dia masih belum pulih sepenuhnya lagi. Saya pergi dulu".pinta Doktor Hafizi.

"Az nak makan tak? Papa ada belikan nasi lemak. Nak?"tanya papa. Aku sekadar menggelengkan kepala.

"Biar la. Az pun baru sedar. Biar la dia rehat dulu".kata mama seolah olah memahami keadaan aku.

Seminggu aku berehat di wad hospital. Lusa aku dibenarkan pulang ke rumah. Pintu bilik dikuak. Arif,Amirul dan Aiman masuk ke dalam.

"Azhan!!"jerit mereka serentak. Aku rasa boleh retak dinding dalam bilik ini.

"Korang ni ada kang runtuh hospital ni. Jerit punya la kuat macam guna speaker".kataku.

"Rilex la".jawab Aiman selamba. Arif dan Amirul tersengih macam kerang busuk minta penyepak.

"Duduk la. Korang datang ni tak bawa buah tangan untuk aku ke?"tanyaku. Mereka saling berpandangan.

"Bersyukur la kitaorang datang. Buah tangan tu lain kali la".jawab Aiman. Lain kali la sangat.
"Eleh lain kali konon. Hadiah birthday aku tahun lepas pun korang tak bagi lagi".sindir aku.

"Cerita lama usah dikenang. Barang yang lama kita lupakan".ujar Amirul.

"Buah hati kau tak datang melawat ke Az?"usik Arif.

"Banyak la kau punya buah hati. Dia tu aku anggap sebagai boss aku je".marahku.

"Gurau je la. Ala kau ni pun. Cepat sangat sentap". Arif memuncungkan mulutnya.

"Kau tak payah buat muka macam tu la Arif. Tak handsome dah".kata Aiman sambil tergelak gelak.

"Handsome eh. Terima kasih". Arif tersenyum kambing.

"Perasannya. Nak muntah aku dengar".ujarku.

Mereka bertiga aku sudah anggap seperti adik dan abang aku sendiri. Semua masalah kami kongsi bersama. Kalau balik kampung lagi la,semua kerja gila kami buat. Memang patut kena bebel dengan opah.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now