BAB 16

15.9K 897 15
                                    


Satu office aku mencari Asyraff. Namun hampa,aku mengeluh berat. Rasa bersalah dalam diriku. Aku terduduk di pondok pengawal keselamatan office Asy. Aku memeluk lutut sambil menundukkan kepalaku.

"Aku tak tahu pula kau kerja jadi pengemis kat sini selain jadi bodyguard aku".tegur Asy.

"Boss..saya minta maaf sebab tak jaga boss. Saya...".

"Kau dah kenapa ni Az?" Asy menepuk bahuku. Lantas aku mengangkat mukaku.

"Boss!! Saya ingat boss dah...".

"Dah mati?" Asy memintas kata kataku.

"Mana ada boss. Boss lah boss yang paling saya sayang tahu tak".aku bangun dan berdiri di hadapan Asy.

"Dah sebulan kau kerja dengan aku baru hari ni kau cakap macam tu pada aku. Hah".ujar Asy. Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Dah jom. Teman aku pergi satu tempat ni". Aku menurut.

Asy menunjuk arah jalan ke tempat yang dia ingin tuju. Setelah sampai,Asy turun dari perut kereta. Aku memandang tempat yang Asy tuju.

"Kenapa dia pergi kubur? Ziarah siapa?"aku mematikan enjin kereta dan keluar dari kereta.

Aku pergi mendapatkan Asyraff. Dia kelihatan terduduk di sebelah kubur. Aku memandangnya sayu.

"Boss?"panggilku.

Skip

Asyraff mengajakku makan di sebuah restoran. Dari dalam kereta hingga di restoran dia hanya mendiamkan dirinya.
Aku memberanikan diri untuk bercakap dengannya.

"Boss..saya minta maaf lah kalau saya tanya ni". Asyraff mengangkat mukanya dan memandangku.

"Boss ziarah kubur siapa tadi?".tanyaku. Asy menarik nafas panjang.

"Kubur arwah daddy aku".jawab Asy sayu. Dia menundukkan kepalanya.

Aku seakan akan memahami situasi Asyraff sekarang. Selepas makan aku menghantarnya pulang ke rumah.

Asyraff meluru masuk ke dalam rumah dan terus naik ke dalam biliknya.

"Dah kenapa dengan Asyraff tu Az?"tanya Puan Maria.

"Dia baru je pergi ziarah kubur arwah daddy dia".jawabku. Puan Maria memahami keadaan Asyraff sekarang.

"Puan..kalau saya nak tanya something boleh? Macam mana arwah tuan boleh meninggal?"tanyaku.

"Jom duduk".pelawa Puan Maria.
Puan Maria turut meminta Mak Som menghidangkan minuman untukku.

"Macam ni Az. Daddy Asy dah lama meninggal. Sejak Asy umur 12 tahun. Asy dengan daddy dia memang rapat. Setiap kali daddy dia balik dari kerja,Asy akan sambut kepulangan daddy dia. Asy selalu juga luangkan masa dengan daddy dia. Sejak daddy dia meninggal,Asy banyak berubah. Dia dah tak macam dulu". Puan Maria mula menitiskan air matanya. Aku segera mengambil tisu dan menghulurkan kepada Puan Maria.

"Tak macam dulu?"tanyaku.

"Asy dulu periang orangnya. Bila dia dapat tahu daddy dia meninggal,dia berubah. Setiap malam dia akan tunggu daddy dia balik kat luar rumah. Dia selalu sakit sebab tak jaga makan. Bila dia dah besar,daddy dia ada pesan. Suruh beri syarikat dia pada Asy".terang Puan Maria. Teresak esak tangisannya.

"Aunty sayang sangat pada Asy. Walaupun aunty tak rapat macam Asy dan daddy dia,aunty cuba..cuba nak happykan dia. Aunty minta sangat sangat dengan Az. Tolong jaga Asy. Sebab Asy sorang je lah anak yang aunty ada".kata Puan Maria.

Aku pergi ke taman berdekatan rumahku. Aku hanya memikirkan tentang Asyraff sahaja sekarang.

From:******

Jg boss kau tu elok elok. Dh x lma dia akn M.A.T.I!!

Mesej dari orang yang sama aku terima. Masih tertanya tanya juga siapa lelaki tu?

*******************

MY BODYGUARDNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ