BAB 24

14.7K 820 11
                                    


Sudah lima hari aku dan Asyraff menetap di hotel. Sepatutnya semalam dah boleh balik KL tapi Asy cakap dia nak enjoy holiday kat Terengganu ni dulu. Best juga dapat boss macam ni.

Kami berjalan beriringan sambil minum coolblog. Sedang kami berjalan,ada pula seorang lelaki yang 'besar' melanggar aku. Dengan tidak minta maaf apa nya dia jalan dengan selamba badak dia je.

"Maaf ya encik. Encik dah langgar saya tadi".tegur aku.

"Habistu? Kau nak suruh aku ganti baju kau tu?" Dengan selambanya bertanya kepada aku.

"Aku tak suruh pun kau ganti. Aku suruh kau minta maaf je dengan aku. Tu pun susah ke".marahku.

"Buat apa?!"tengking lelaki itu. Memang dia nak suruh semua orang tengok ni.

"Aku tak tahu la cikgu sekolah kau tak ajar pula dulu. Ke kau tidur...patut la badan pun sihat eh".sindir aku.

"Kau memang nak makan penumbuk kan".muka lelaki itu merah bak tomato.

"Az..dah la. Kau ni jom balik". Asyraff mencelah. Dia menarik lenganku. Aku mendengus kuat.

"Kenapa boss halang saya tadi? Biar saya kerjakan dia boss".aku masih tidak berpuas hati.

"Aku rasa kau yang akan dikerjakan nanti. Tengok saiz badan kau dengan dia".kata Asy. Betul juga apa Asy cakap. Tapi aku memang tak puas hati dengan mamat tadi.

********************

Aku pulang ke rumahku. Rumah kelihatan tiada orang. Kereta papa pun tiada. Terdapat sekeping kertas dilekatkan di pagar rumah.

Mama dan papa pergi balik kampung. Opah sakit. Mama pergi seminggu. Nanti Az tumpang rumah sesiapa je dulu. Kunci rumah pada mama.

"Kenapa mama tak tinggal je kunci rumah pada aku? Aku nak tinggal mana ni? Rumah boss?" Menyesal aku ikut Asy pergi Terengganu,aku dah lama kut tak balik kampung.

"Mustahil la mama tak tinggal kunci. Mesti ada mama sorok kat mana mana ni". Aku 'menceroboh' rumahku sendiri. Terpaksa la aku kena memanjat pagar rumah. Dah la tinggi macam zirafah pagar ni.

Akhirnya sampai juga di 'puncak' pagar. Dua orang budak lelaki terlihat aku yang sedang bertenggek atas pagar.

"Dah kenapa pandang pandang?! Tak pernah tengok orang duduk atas pagar ke?!"tengking aku.

"Aaaa!!! Orang gila!!!"jerit dua orang budak lelaki itu sambil berlari lintang pukang.

"Sedap mulut korang je cakap aku ni gila".marahku. Aku melompat dari pagar.

"Eh jap. Rasa macam ada benda tertinggal je".aku melihat beg sandangku berada di luar.

"Aduhh!! Kena panjat lagi la".aku menepuk dahiku. Kena la 'mendaki' lagi.

Baru sahaja aku ingin mengambil begku, aku ternampak seorang lelaki memakai serha hitam. Nasib muka dia putih, kalau tidak aku pecut dah.

Lelaki itu memandang tajam ke arahku. Aku terkaku. Di tangannya terdapat sepucuk pistol. Lelaki itu menarik senyuman jahat.

Di kawasan perumahanku kelihatan sunyi sepi. Tiada orang di sekelilingku. Hanya aku dan lelaki itu. Iphoneku berada di dalam beg sandangku.

"Kalau aku gerak nanti arwah la aku. Mama papa tolong Az".aku teragak agak hendak bergerak. Adakah sudah sampai masanya?

Lelaki itu bersedia untuk menembakku. Aku hanya mampu berdoa untuk meminta pertolongan.

"Bang!"

Sebutir peluru dilepaskan tepat terkena pada dadaku. Aku rebah ke tanah. Setitis air mataku mengalir sebelum aku menutup mata untuk selama lamanya.

"Mission complete".lelaki itu melarikan diri.

********************


MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now