BAB 43

13.7K 687 9
                                    


Perjalanan dari kampung opah ke KL memang membosankan. Asyraff tak bercakap sepatah pun dengan aku. Aku memarkir di hadapan syarikat Asy. Entah apa yang urgent sangat pun aku tak tahu.

Asy meluru masuk ke dalam officenya. Aku hanya menunggu di luar. Terdapat seorang lelaki yang mengekori Asy. Aku berlari masuk ke dalam office Asy.

"Mana mamat tadi? Kejap betul hilang?" Mataku melilau mencari kelibat lelaki tadi. Aku dapat merasakan lelaki itu ialah Adam.

"Terpaksa la aku kena daki gunung kinabalu hari ni. Huh".aku berlari menaiki tangga menuju ke bilik Asy.

"Boss!!"aku menghempas pintu biliknya. Ada tercabut pintu tu nanti. Asy terkejut sehinggakan semua file yang di tangannya jatuh bertaburan.

"Kau rupanya Az. Terkejut aku tahu tak". Asy mengurut dada. Aku pula tersengih sengih.

"Kau jangan nak sengih kat situ. Ada makan penumbuk ni nanti. Kau tolong aku kemas file ni".marah Asy. Pandai dah main tumbuk menumbuk pula Asy ni.

"Boss tak rasa sesuatu ke? Aura pelik pelik". Aura fuhh. Haha.

"Aura mende pula kau merapu ni Az. Tak ada apa pun".jawab Asy.

"Siapa lagi ada dalam office boss ni? Sunyi je saya tengok. Pengawal kat depan tu pun saya tak nampak".tanyaku.

"Kita dua je Az".jawab Asy.

Iphoneku bergetar. Aku membuka whatsapp. Dahiku berkerut seribu.

From:Adam

Bkn berdua tpi bertiga.

"Dia ada kat sini? Mana dia?"aku memaling ke belakang. Tiada siapa.

"Kau dah kenapa?"tanya Asy hairan.

"Tak ada apa boss. Saya saje buat senaman pagi".dalihku.

"Senaman pagi apa pula. Dah petang la. Pandai baca jam tak". Asy tergelak. Malu gila. Mana la nak letak muka ni.

"Dah siap ke boss? Saya mengantuk la".kataku. Memang aku mengantuk gila nak mampos. Aku je yang drive dari pagi ke petang.

"Tidur je la kat sofa tu dulu. Nanti nak balik aku kejut kau".suruh Asy.

"Ya la. Saya tidur eh boss".aku menghempaskan badan di atas sofa. Asy tersenyum melihatku. Kau jangan macam macam Asy ada makan kasut ni nanti.

Asy mengemas segala file dalam biliknya. Bilik dia memang bersepah dengan file yang berterabur sana sini.

"Allah!! Lupa pula. File syarikat ni ada kat meja Liza". Asy keluar dari biliknya dan melangkah masuk ke dalam bilik Liza.

"Mana pula dia letak file tu. Dah la penting file tu". Asy mencari di seluruh bilik Liza. Namun tidak dijumpainya juga.

"Mana dia letak ni?" Asy mendail nombor Liza.

Hello Liza.

Hello Encik Asyraff. Ada apa yang boleh saya bantu?

Mana file syarikat yang saya beri pada Liza tu?

Ouh file tu. Ada atas meja Firdaus.

Okay thanks.

Asy mematikan panggilan. Dia meluru ke meja Firdaus pula. Dia mencari file itu. Tidak dijumpainya juga.

"Mana file ni? Time macam ni la kau nak hilang". Asy mula tertekan.

"Kau cari file ni?"tanya seseorang. Asy memaling ke belakang. Dia terkaku di situ.

"Adam?"

"Asyraff Daniel bin Sufian". Adam menarik senyuman jahatnya.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now