BAB 45

23.5K 971 163
                                    


Terlopong mulutku bila melihat Adam mengacukan pistolnya padaku. Apa yang aku boleh buat? Mama Az nak mama semula.

"Adam!! Jangan tembak dia!! Aku merayu Adam!!"jerit Asy. Adam tidak menghiraukannya.

"Kesah apa aku!! Tak ada orang yang pernah pukul aku!! Kau terima la padahnya Az!!" Dua butir peluru terkena pada aku.

Aku tidak sempat mengelak. Badanku rebah menghempas bumi. Adam tergelak jahat. Hatinya puas. Pintu dihempas dengan kuat.

"Jangan bergerak!! Kami polis! Letak kan senjata!"arah anggota polis itu. Dua orang aggota polis menangkap Adam.

"Az!! Az!!" Asy memanggil namaku beberapa kali. Tiada sahutan. Air mata Asy membasahi bumi.

"Azhan!! Jangan tinggalkan aku!! Aku sayangkan kau".kata Asy sambil menangis teresak esak.

Ambulans datang membawa Asy dan Az ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Doktor...macam mana dengan kawan saya?"tanya Asy risau.

"Pihak hospital sudah cuba sedaya upaya untuk selamatkan dia. Tapi gagal. Allah lebih sayangkan dia".jawab doktor itu.
"Azhan!!" Asy seakan akan tidak percaya.

**********************

Selesai bacaan yaasin,semua kembali ke rumah masing masing. Hanya Asy yang masih berada di sisi kubur Az.

"Kenapa kau tinggalkan aku Az? Kau tahu tak aku sayangkan kau. Kenapa Az?!" Hujan turun membasahi bumi. Asy menangis dalam hujan yang lebat itu.

Keesokkannya Asy pergi kerja seperti biasa tetapi dia hanya seorang diri tanpa teman. Dia melangkah masuk ke dalam biliknya.

Asy teringat kembali masa Az masih ada. Air matanya berguguran. Dia tidak dapat menahan sebak.

"Woi Az. Bangun la!" Aku tersentak. Nafasku tercungap cungap. Asyraff berdiri di sebelahku.

"Kau ni menjerit macam nak suruh satu office ni dengar".marah Asy.

"Saya kat mana ni boss?"aku masih terpinga pinga.

"Kau dalam kubur ni haa".jawab Asy selamba.

Asy tergelak sendiri bila teringatkan kembali fasal Az. Asy duduk di mejanya dan membuat kerjanya.

Waktu tengah hari Asy pergi ke restoran kegemaran Az. Dia selalu makan di situ bersama Az dahulu.

"Tak ada apa lah boss. Saya okey je. Tak cukup tidur malam tadi".dalihku.

"Kau buat apa hah malam tadi?!"sengaja suara Asy ditinggikan. Semua orang di restoran memandang kami.

"Mana ada. Boss ni fikir jauh betul".kataku.

"Makan lah. Kalau kau tak makan...aku pun tak nak makan". Asy letak garfu dan sudu yang dipegangnya tadi di pinggan.

"Boss ni mengada lah. Ye lah saya makan. Boss pun makan juga". Asyraff tersenyum dan kembali makan.

Asy makan seorang diri. Sejujurnya memang dia amat merindui Az. Sudah banyak Az mengorbankan nyawanya sendiri semata mata nak selamatkan dia.

Selepas makan Asy pergi ke masjid yang selalu dia singgah dahulu.

"Kau dah kenapa? Jom la".aku tersengih sengih.

"Ermm..boss saya nak..haa nak ke tandas kejap boss. Salah makan kut semalam. Sakit perut sangat ni".bohongku.

"Pergi lah". Asy melangkah masuk ke dalam masjid

Usai solat zuhur di masjid, Asy pergi ke taman. Asy bersiar siar di taman itu. Hanya gelak tawa kanak kanak saje yang menemaninya. Asy terlihat Az yang sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum dan melambai padanya. Asy membalas senyuman Az. Az kembali hilang.

"Kau akan jadi bodyguard aku untuk selamanya Az". Asy berjalan pergi.

~TAMAT~

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now