BAB 33

14.6K 764 8
                                    


Mama mengurut bahuku yang sakit. Bertambah sakit bila mama urutkan. Ada patah bahu aku ni nanti.

"Sakit la mama!! Urut la slow sikit!"jeritku.

"Itu la. Az juga yang cari penyakit. Siapa suruh keluar? Bahu tu bukannya pulih sepenuhnya pun lagi. Boss Az pun tak panggil suruh kerja lagi kan. Yang memandai keluar tu dah kenapa".bebel mama. Mama boleh jadi pensyarah kalau kuat membebel macam ni.

"Dah la mama. Nanti Az rehat je dalam bilik. Esok okay la ni".kataku. Mama mengeluh. Mama memang dah masak dengan perangai aku yang degil ni.

Aku masuk ke dalam bilikku. Badanku dihempaskan ke atas katil. Iphoneku dicapai. Aku membuka whatsapp.

From: Boss

Esk jumpe aq kat office. Jgn lmbt.

Aku mengerutkan dahiku bila membaca whatsapp daripada Asy.

"Kenapa dia nak jumpa aku? Nak tambah penampar lagi ke apa?" Aku meletakkan Iphone di atas meja sebelah katilku. Aku terlena dibuai mimpi.

********************

Aku menunggu di hadapan pintu bilik Asyraff. Sudah hampir dua jam aku berdiri seperti tunggul di situ.

"Cakap kat orang jangan lambat padahal dia sendiri yang lambat".omelku. Asyraff berjalan dengan selambanya melepasi aku. Dia masuk ke dalam biliknya. Aku menggenggam buku limaku.

"Ada apa boss nak jumpa saya pagi macam ni? Boss sendiri kan cakap hari tu yang saya tak boleh pergi office dah".kataku. Asy memaling ke belakang. Dia berdiri betul betul di hadapanku.

"Aku minta maaf sebab tertampar kau semalam. Aku bukan apa. Aku tak sengaja. Kau maafkan aku tak?" Asy membuat muka comelnya. Kalau perempuan nampak muka dia macam ni confirm berebut nak minta couple dengan Asy. Aku? Memang tak la.

"Ala tak ada apa la boss. Perkara kecik je. Saya faham la boss. Saya pun dah biasa kena tampar ni..bukan setakat tampar je saya kena. Penumbuk pun pernah".jawabku sambil tersenyum.

"Lega la aku kalau kau dah maafkan aku. Hati aku tak tenang tahu tak".  Sejak bila pula hati kau pandai tak tenang ni.  Macam macam la kau Asy.

"Lagi satu boss. Jangan la buat muka macam tu tadi". Asy memandangku .

"Kenapa? Kau suka eh?"usik Asy. Tak ada maknanya aku suka kau Asyraff. Dalam mimpi je la.

"Mana ada boss ni suka sangat merepek".ujarku.

"Cakap je la kau suka aku. Apa susah. Aku terima je la". Asy tersenyum manis mengalahkan gula padaku.

"Eh boss ni. Saya ni lelaki la. Buat apa lelaki suka lelaki. Boss jangan macam macam". Dia dah tahu ke aku ni bukan lelaki ori? Harap tak.

"Heh kau ni. Jangan nak...".

"Minta maaf mengganggu Encik Asyraff. Saya baru dapat tahu yang Nazim dah meninggal".kata setiausaha Asy.

Asy terduduk. Dia seakan akan tidak dapat terima yang Nazim sudah tiada. Aku rasa bersalah sangat sebab tak beritahu pada Asy awal lagi.

"Kenapa Az?? Kenapa semua orang yang aku sayang tinggalkan aku?" Berderai air matanya jatuh membasahi pipi.

"Allah sayangkan boss. Dia tahu boss kuat. Boss boleh terima semua ini dengan seadanya". Jadi pakar motivasi la aku hari ni.

"Aku tak kuat Az!! Aku tak kuat!!" Jerit Asy.

"Boss bertenang la. Tak kan la boss nak mengalah. Saya ada boss. Saya akan ada untuk boss. Saya janji".aku cuba memujuk Asy.

"Aku nak kau janji dengan aku satu perkara Az". Asy mengangkat mukanya. Kami berpandangan.

"Janji apa boss?"

"Janji yang kau tak akan tinggalkan aku sebab..."

"Sebab apa boss?" Belum sempat aku inginkan jawapan dari Asy, dia sudah rebah ke atas ribaku.

"Boss??! Boss??!!"

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now