BAB 10

18.1K 990 84
                                    


Aku,Zack dan Zaf baru sahaja selesai solat zuhur bersama. Kami memakai kasut di luar masjid. Langkah kami terhenti bila ternampak dua orang budak lelaki memegang tabung.

"Derma bang. Untuk rumah anak yatim".pinta seorang budak lelaki yang memakai jubah putih bersongkok.

Zaf tersenyum pada tabung yang dipegang oleh budak lelaki itu. Dia memandang Zaf hairan.

"Kau dah kenapa senyum je. Tak pernah tengok tabung eh?"kata Zack

"Aku tengah sedekah ni". Zaf masih senyum pada tabung itu.

"Sedekah?"aku dan Zack terpinga pinga.

"Senyuman tu kan sedekah. Apa lah korang ni".jawab Zaf.

"Kau ni..Zaf. Kalau nak sedekah pun tak payah lah senyum macam orang gila kat sini,bagi la duit sikit".marahku

"Maaflah ye dik. Kawan kitaorang ni tak beberapa nak sihat. Tak makan ubat rasanya".kata Zack. Aku hanya mengeluh. Dah biasa dengan perangai Zaf.

Aku dan Zack menghulurkan sedikit wang kepada budak lelaki itu.

"Terima kasih bang. Moga murah rezeki abang".kata budak lelaki itu.

"Wey aku kena pergi rumah boss aku la. Ada hal apa entah".kataku.

"Dah tu. Blah la".balas Zack selamba.

"Menghalau sungguh dia ni. Aku pergi dulu".aku melangkah ke keretaku.

Aku memandu ke rumah Asy. Setelah memarkir kereta,aku terus masuk ke dalam rumahnya tanpa dijemput. Buat macam rumah sendiri katanya. So aku buat sungguh la.

"Sampai pun kau. Aku ingat malam nanti baru sampai". Asy sedang baring di sofa. Aku pergi mendapatkannya.

"Ada apa boss nak jumpa saya?"tanyaku.

Asy meletakkan Ipadnya di atas meja. Dia bangkit lalu duduk bersila di sofa. Dia memandang tepat ke dalam mataku.

"Haa sudah. Kenapa pula ni?? Dia dah tahu ke yang aku ni bukan lelaki original. Arghh. Think positive".aku menarik nafas panjang.

"Kau...".

"Cakap lah cepat. Aku nak balik. Mama tolong lah Az. Mamat ni buat suspen".omelku

"Kau cuti je la esok. Aku drive sendiri. Tu je".kata Asy dengan selambanya. Aku terlopong.

"Kalau nak cakap benda tu lebih baik call je aku. Buat penat aku je datang sini lepastu kau buat suspen pula. Dengan selamba badak mak nenek kau kata macam tu je kat aku".bebelku

"Kau kenapa?" Asy mengangkat keningnya dan memandangku.

"Ya Allah..dugaan apakah ini. Aku tahu la kau lagi handsome daripada aku Asy. Jangan lah buat muka macam tu".aku menekup wajahku.

"Woi! Kau kenapa?" Aku tersentak.

"Tak ada apa lah. Saya balik dulu lah boss".pintaku.

********************

Sofea asyik dengan Ipadnya. Kerja rumah dibiarkan di atas meja. Aku memerhatikannya dari jauh.

"Homework tu dah siap ke belum?"tanyaku. Sofea masih bermain dengan Ipadnya.

"Bagi sini Ipad kau!"aku merampas Ipad dari tangan Sofea.

"Abang Az ni kannn!! Sofea nak main kejap je la!!"marah Sofea.

"Buat kerja tu dulu. Dah siap baru main benda ni. Dah buat!!" Sofea mendengus kuat. Aku duduk di sofa.

"Apa benda la budak ni main? Sampai tak ingat dunia".aku membuka Ipad Sofea.

"Stalk boss aku rupanya. Sofea pun dah dah Instagram. Maju betul budak zaman sekarang".aku meneliti setiap gambar Asy.

"Abang Az buat apa tu?"tanya Sofea.

"Pandai kau eh. Dah main stalk bagai ni. Boss aku tu tua dari kau tahu tak. Kau tu kecik lagi. Belajar dulu. Jangan nak bercinta bagai ni. Aku sekolah dulu tak main lah benda macam ni. Walaupun aku ni nakal kat sekolah dulu tapi setiap exam aku boleh score tau". Kan dah keluar ceramah daripada Abang Az.

"Whatever".kata Sofea dengan gediknya.

"Budak ni. Geram aku tengok. Ada nanti aku rebus kau makan malam ni". Sofea menjeling padaku.

Iphoneku berdering di atas meja. Aku mencapai Iphoneku dan menjawab panggilan.

Hello. Siapa ni?

Ni papa lah Az. Papa sendiri pun dah tak kenal ye.

Ouhh..papa rupanya. Sorry pa Az tak tengok pun siapa call ni. Ada apa?

Esok papa dan mama dah balik Malaysia. Malam ni naik flight.

So??

So papa nak Az tolong ambil papa dengan mama kat airport esok dalam pukul 8. Boleh?

Boleh je pa. Esok Az ambil papa dengan mama.

Jangan terlajak tidur pula.

Tak ada lah papa.

Ye lah. Papa pergi dulu. Assalamualaikum.

Waalaikumussalam.

"Yeayy!!! Esok hari terakhir aku menghadap muka kau!"aku melompat gembira.

"Suka sangat. Abang Az nak tahu tak. Sofea pun tak ingin tau tak nak tinggal dengan abang. Sofea lagi suka tinggal dengan Abang Asy tau. Dia baik. Tak macam abang..jahat".bebel Sofea.

"Bebel lah kau sorang. Aku nak naik atas tidur. Kau kalau dah siap tutup lampu. Pintu aku dah kunci. Bye goodnight".aku berlari naik ke dalam bilikku.

********************

MY BODYGUARDHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin