BAB 22

15.2K 834 3
                                    


Aku merawat sendiri kaki aku yang luka. Aku memang jenis tak suka pergi hospital or klinik. Kalau orang paksa sekali pun aku tetap tak nak pergi. Tapi kalau mama paksa, aku kena lah pergi. Kalau tidak mama yang rawatkan untuk aku. Lagi lah sakit.

"Haishh la mamat ni. Dia ingat aku batang pokok getah ke nak toreh bagai ni. Agak agak lah. Nasib lah aku ni tak kejam sangat kalau tidak dua belah kaki dia tu aku belah buat sup".bebel aku.

Iphoneku yang berdering dari tadi sengaja aku tidak jawab. Confirm Asyraff tu. Selesai membalut luka pada kaki aku, aku cuba bangun dan berjalan seperti biasa.

"Nasib baik lah tak teruk sangat".kataku. Aku mencapai Iphoneku.
From:******

Dua minggu lg...just get ready

"Cepatnya masa berlalu. Siapa mamat ni? Nak cakap pada Asyraff ke?"fikiranku mula serabut memikirkan lelaki itu.

Asyraff mengajakku berjumpa dengannya di restoran. Nasib dia cakap yang dia nak belanja makan kalau tak memang aku tak kan datang la jumpa kau Asy.

"Kenapa boss nak jumpa saya hari ni?"tanyaku.

"Esok aku kena pergi outstation kat Terengganu. So kau kena ikut aku sekali. Sebab sejak kebelakangan ni aku asyik perasan yang ada orang ikut aku".terang Asy. Cakap je la aku kena jadi driver kau Asy sebab kau malas drive kan. Jangan nak bagi alasan macam tu la.

"Boleh boss. Esok saya ambil boss kat rumah pukul 8:30".jawabku.

Aku memandu pulang ke rumah. Usai solat isyak aku berkemas di bilikku. Aku hanya membawa beg galas hitamku.

Pintu bilikku dikuak. Mama masuk ke dalam dan duduk bersamaku. Aku mengambil bajuku untuk menutup balutan di kakiku. Kalau mama tahu ni,malam ni juga mama bawa pergi hospital.

"Lama ke Az duduk sana?"tanya mama sambil menolongku melipat baju.

"Lima hari je ma".

"Kenapa bawa beg galas ni? Bawa la beg besar sikit. Ni mesti sumbat je baju dalam beg ni kan. Berkedut la baju nanti. Sini mama kemaskan".bebel mama.

"Ala mama ni. Az pandai la kemas barang Az sendiri. Az bukan budak kecik lagi". Mama memang pantang kalau ada je barang yang tak tersusun dengan kemas.

********************

Kedengaran dj membebel di corong radio kereta. Asyraff tidak bercakap sepatah pun dari tadi.

"Az...kereta ni dah kenapa?"tanya Asy. Aku baru perasan kereta semakin perlahan. Aku berhenti di bahu jalan.

"Fuhh..berasap". Asyraff keluar bersamaku.

"Hantu mana lah yang duduk dalam ni. Habis berasap".kataku.

"Kau ni jaga lah mulut tu sikit. Hutan kut tepi ni".marah Asy. Penakut juga rupanya boss aku ni. Harap badan je sado.

"Enjin panas ni boss".kataku.

"Kau pandai ke nak baiki benda ni semua?"tanya Asy.

"Kacang je la boss. Kalau setakat macam ni celah gigi je boss".jawabku dengan lagak. Aku dari kecik sampai lah ke besar memang suka membaiki.

"Kau buat la apa yang patut. Kalau ada apa apa nak suruh aku tolong cakap je". Asyraff masuk ke dalam kereta semula.

Hampir satu jam kami menunggu enjin kereta ni sejuk. Selesai sahaja,aku menghidupkan enjin kereta dan meneruskan perjalanan.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now