BAB 17

16K 849 8
                                    


Seminggu sudah berlalu,pelbagai mesej aku terima daripada lelaki misteri itu. Aku masih tidak beritahu kepada sesiapa tentang lelaki itu termasuklah Asyraff.

Aku menghilangkan tekanan dengan bersiar siar di sekitar bandar.

From:*******

Eh boss kau sorng je lah hri ni. Sng lah kerja aq skrng ni.

Hatiku mula berdebar debar. Segera aku menghantar whatsapp pada Asyraff.

To:Boss

Boss kat mn tu?

Aku mula gelisah. Aku mengatur langkah ke keretaku. Tidak lama kemudian,Asy membalas mesejku.

From:Boss

Aq ade kat mall. Asl??

Aku menghidupan enjin kereta dan memandu laju ke mall. Setelah memarkirkan keretaku,aku meluru masuk ke dalam mall.

Aku ternampak Asyraff di tingkat dua dan seorang lelaki misteri itu sedang mengekori Asyraff. Aku segera berlari ke tingkat dua. Lelaki misteri itu semakin hampir dengan Asyraff. Aku berlari mendapatkan Asy.

"Boss!! Huh..huh..".panggilku dengan nafas yang tercungap cungap. Asy memaling ke belakang.

"Kau dah kenapa? Kau buat apa kat sini? Rindu aku eh?"tanya Asy. Rindu?! Lambat lagi aku nak rindu kau Asy.

"Tak ada apa lah boss. Kebetulan saya datang kat sini lepastu nampak boss".terangku.

From:*******

Bodyguard dh dtg...nsib kau baik Az..klau x..dh arwah boss kau tu aq kerjakan.

Aku mengerutkan dahiku. Semakin lama aku biarkan Asy berseorangan,semakin hampir lelaki itu.

"Kau okey tak ni?"tanya Asy risau.

"Okey je boss. Saya teman boss je lah hari ni. Lagipun saya kan bodyguard boss,kenalah always dengan boss kan".kataku.

"Suka hati kau lah Az. Dah jom". Asy berjalan mendahului aku.

"Eh boss!! Tunggu lah!!"jeritku.

"Cepat lah!! Kau ni lambat lah".jawab Asy. Aku mengejarnya.

Tanpa aku sedari,terdapat seseorang memerhati gerak geri aku dan Asyraff.

"Korang berseronok lah selagi korang hidup".kata lelaki itu lalu beredar.

*******************

Aku berjumpa dengan Zaf di rumahku. Aku mengajaknya berbual di pondok.

"Ada apa kau nak jumpa aku wey? Asal tak ajak Zack sekali? Korang dua gaduh eh?"bertubi tubi soalan Zaf keluar.

"Zack balik kampung. Kau sendiri beritahu aku kan semalam. Amnesia dah eh?" Zaf tersengih macam kerang busuk.

"Ni haa. Ada orang nak...".

From:******

Kau mmg x nk hidup lma kn.

"Macam mana mamat ni boleh tahu? Mana dia?"aku melihat sekeliling rumahku. Tiada kelibat sesiapa selain aku dan Zaf. Mama dan papa sudah keluar awal pagi tadi.

"Kau main sorok sorok dengan siapa Az? Dah lah tak ajak aku".ujar Zaf. Aku menepuk dahiku.

"Bila masa aku main sorok sorok ni Zaf? Aduhaii kau ni Zaf. Makan ubat tak pagi tadi ha?" Pening lah dapat kawan sekejap okey sekejap gila macam ni. Silap hari bulan sekali dengan aku gila nanti.

"Habistu? Kau cari siapa?"tanya Zaf terpinga pinga.

"Tak ada apa apa lah. Jom main ps4. Aku ada game baru".ajakku.

"Beres boss. Jom!!" Zaf menarik tanganku. Dia kalau bab main game memang nombor satu. Laju je otak dia.

Selesai memasang semua alatan untuk bermain,apa lagi...game start.

"Weyy!! Wey!! Mendenya main macam tu!! Yeayy!!"terjerit jerit Zaf bermain sambil melompat lompat macam beruk dah pun aku tengok. Aku hanya duduk di karpet sambil makan keropok.

"Fuh!! Huh..huh..penatnya wey. Berpeluh aku". Zaf mengesat peluhnya yang mengalir.

"Aku rasa kita main game je..yang kau penat ni macam baru lepas marathon".kataku.

"Dah la. Aku nak balik dulu. Penat lah". Zaf keluar dari rumahku dengan selambanya.

"Bertuah punya kawan. Dah lah tak tolong aku kemas. Dia yang beria sangat main tadi. Boleh blah macam tu je".bebelku.

From:******

Nmpknye aq dh jmpe mngsa bru.

Kepalaku ligat memikirkan mesej yang aku terima.

"Mangsa baru? Siapa? Tak kan lah...Zaf!!"

*******************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now