BAB 31

14.9K 738 1
                                    


Adam berjalan menyusuri lorong yang gelap gelita. Dia memakai baju hoody hitam,cermin mata hitam serta seluar jeans biru gelap.

Terdapat seorang lelaki sedang menunggu Adam di hujung lorong. Adam pergi berjumpa dengan lelaki itu.

"Joe aku ada tugas untuk kau". Adam menghulurkan sekeping gambar kepada Joe. Joe meneliti gambar itu. Dahinya berkerut.

"Gambar siapa ni Adam? Kawan kau ke?"tanya Joe yang terpinga pinga.

"Jangan banyak tanya. Aku nak kau pergi cari dia...bawa dia jumpa aku".kata Adam lalu dia beredar dari situ.

Perbuatan Adam yang kejam sebelum ini masih belum diketahui pihak polis. Ramai yang sudah menjadi mangsa Adam.

********************

Mia ditinggalkan seorang diri di dalam rumah agamnya. Mama dan papanya sudah pergi kerja. Disebabkan terlalu bosan tinggal seorang diri di rumah,Mia bercadang untuk keluar membeli belah seorang diri.

Mia mengatur langkah menuju ke keretanya. Dia menyusur lorong kecil.

"Bestnya shopping hari ni. Nasib baik Mimi dan Mira tak ada kalau tak habis duit aku dibuat mereka". Mia meletakkan semua barang yang dibelinya ke dalam kereta.

Sebuah kereta menghampiri Mia tanpa Mia sedar seorang lelaki telah menekup mulutnya dan dimasukkan ke dalam kereta. Mia pengsan.

Mia tersedar. Dia terbaring di atas tilam. Dia kini berada di dalam sebuah bilik yang tidak diketahuinya sendiri. Pintu bilik dikuak.

"Morning sayang".kata seorang lelaki yang memasuki bilik itu. Dia menutup kembali pintu itu.

"Siapa kau hah?! Lepaskan aku la gila!" Mia menjerit sekuat hatinya. Dia pinta agar ada orang yang dengar jeritannya.

"Kau jerit la sampai roboh pun rumah ni tak akan ada orang yang dengar".lelaki itu tersenyum sinis.

"Kau nak apa?!"tengking Mia. Lelaki itu menghampiri Mia dan duduk di sebelah Mia.

"Kau mungkin tak kenal aku. Tak apa. Aku nak tanya kau satu benda je".kata lelaki itu. Mia mulai senyap.

"Kenal tak mamat ni?"lelaki itu menunjuk gambar pada Mia.

"Aku tak kenal la siapa lelaki dalam gambar ni. Lepaskan aku sekarang!" Mia bangun untuk melarikan diri. Lelaki itu sempat menarik Mia lalu Mia terjatuh di atas tilam.

"Disebabkan kau dah tipu aku. Aku terpaksa la buat macam ni Mia Aulia".lelaki itu tersenyum jahat. Mia tergamam. Mia tidak tahu macam mana lelaki itu mengenalinya.

"Kau nak buat apa?!" Lelaki itu memegang kuat tangan Mia. Mia meronta ronta minta dilepaskan namun genggaman lelaki itu lebih kuat.

Lelaki itu melepaskan nafsunya pada Mia. Mia tidak mampu untuk membuat apa apa.

********************

Aku masih membuta di dalam keretaku. Aku terdengar seseorang mengetuk tingkap keretaku dari luar. Aku tersedar lalu membuka pintu kereta.

"Morning boss".sapa aku.

"Morning apa nya. Dah tengah hari celik ni".kata Asy. Aku tersengih sengih.

"Jom boss. Kita pergi makan nak. Saya lapar la".ajakku sambil memegang perut.

"Malas".jawab Asy lalu dia beredar dari situ.

"Mamat ni memang. Apa lagi dia tak puas hati dengan aku ni. Pening la dapat boss macam ni".bebel aku.

Aku memandu ke restoran kegemaranku. Aku memarkirkan kereta. Aku terlihat susuk tubuh seorang perempuan yang amat aku kenali dan benci. Dia berjalan ke arahku.

"Az...tolong aku".pinta Mia sambil menangis teresak esak.

"Kau dah kenapa?"tanyaku.

"Aku kena rogol Az. A..aku..aa..". Mia rebah ke atas jalan.

"Minah ni kau boleh pula tidur time macam ni. Woi Mia bangun la".aku menolak tubuhnya. Tiada respon diberi.

"Mia. Wey kau jangan buat suspen".aku mulai risau.

"Mia!!"jeritku. Aku rasa nadi pada pergelangan tangan Mia. Nadinya lemah. Aku segera membawanya ke hospital.

********************

MY BODYGUARDWhere stories live. Discover now