2.Ryan and Rena

11.8K 892 11
                                    

"Tolong!"

Jeritan seorang wanita bergema telah menarik perhatian orang ramai pada waktu senja. Suara wanita tersebut merayu-rayu meminta pertolongan dari semua orang. Namun tidak ada sesiapa pun yang mahu menghulurkan bantuan kerana mereka tidak berani. Kebetulan, Irene pada ketika itu baru sahaja pulang dari kerja ternampak kelibat seekor tentera Gotham sedang mendukung seorang kanak-kanak lelaki.

Dia kaku melihat budak itu diculik!

Semua penduduk pada waktu itu lari bertempiaran masuk ke rumah masing-masing. Tiada seorang pun yang berani mahu menolong. Irene tidak berganjak walaupun seinci. Hatinya berbelah bagi samaada mahu menolong atau sebaliknya.

"Tolong selamatkan anak saya!" rayu wanita itu sambil berlari ke arah, Irene. Tangan Irene digenggam erat, menaruh harapan supaya gadis itu sudi menolong. Mendengar rayuan wanita itu lagilah Irene rasa tidak tenteram. Jiwanya meronta-ronta mahu melakukan sesuatu!

"Tapi ... baiklah ... saya akan tolong," balas Irene gagap. Rasa sangsi mahu menolong wanita itu. Dia kurang yakin sama ada dapat menolong ataupun tidak! Kerana dia tidak punya kekuatan untuk melawan Gotham.

Tanpa membuang masa, dia segera mengejar makhluk itu secepat mungkin. Hati dicekalkan untuk berdepan dengan Gotham! Sesampai sahaja di satu lorong bangunan sunyi, Irene membaling kayu yang sempat diambil sebelum mengejar tadi. Balingan kayu tersebut tepat mengenai kepala, Gotham.

"Lepaskan budak itu makhluk jahanam!" jerit, Irene. Nafasnya tidak terkawal. Mukanya menjadi merah padam. Langkah Gotham terhenti dan ia berpusing menghadap Irene. Mukanya yang sudah buruk menjadi bertambah hodoh kerana marah teramat sangat! Pelukan budak lelaki dieratkan.

"Perigi mencari timba...." Gotham itu tersenyum sinis sehingga menampakan gigi taring yang tajam sepanjang tiga inci.

"Tolong! Alan takut," budak lelaki dalam pelukan Gotham merengek sambil meronta-meronta mahu melepaskan diri. Dapat dilihat air mata ketakutan berjuraian membasahi pipi. Teresak-esak dia menagis.

"Tak kisahlah, timba cari perigi ke peringi cari timba ... sekarang ini kau lepaskan budak itu," printah Irene tegas. Entah dari mana dia dapat keberaniaan untuk berhadapan dengan Gotham dia pun tidak pasti. Selama ini dia hanya bertindak seperti gadis-gadis lain dengan hanya menyorok dalam ketakutan.

"Kalau tak mahu? kau nak buat apa manusia?" mendengarkan itu Gotham mengilai-gilai ketawa. Budak lelaki tersebut semakin meraung kuat minta dilepaskan!

"Aku ... akan ... bunuh kau ...." gumam Irene perlahan. Mata bertukar tajam bagai mata pedang baru diasah. Tangannya digenggam erat menjadi penumbuk.

IRENE berjalan meredahi kegelapan lorong sunyi tersebut sambil mendukung Alan untuk diserahkan kepada ibunya. Lampu-lampu di Kota juga masih tidak terpasang lagi. Hanya diterangi cahaya bulan penuh pada malam itu. Keadaan menjadi suram seperti kebanyakan hari.

Tangisan Alan telah berhenti lama. Ketakutan pada budak kecil itu juga sudah reda. Alan tidak lagi menagis, dia hanya diam sambil mengosok hidung yang telah merah-kemerahan seperti badut. Dari jauh Irene sudah nampak seorang wanita yang duduk di bangku sambil teresak-esak menagis dan ditemani seorang lelaki yang cuba untuk memujuk.

"Ibu ayah ...." Alan memanggil perlahan. Senyuman terukir dibibirnya, Si ibu bangun dari duduk sebelum meluru ke arah Irene dan mengambil anaknya dari dukungan, Irene. Lantas kucupan hinggap dipipi, Alan.

"Terima kasih, selamatkan anak saya." ucap ayah kepada budak lelaki itu.

"Sama-sama," Irene tersenyum senang. Gembira apabila melihat keluarga itu tersenyum bahagia.

"Terima kasih banyak-banyak ... kalau tak ada kamu, apalah nasib anak saya ini. Ah! Kalau ada masa datanglah rumah saya ya? Tidak silap rumah kita dekat sahaja." jemput wanita itu. Terpancar riak gembira di wajah wanita tersebut.

Irene menggaru pipi. "Ha ... ya, saya pasti datang kalau ada masa lapang,"

"Baiklah, kami minta diri dulu ya?" pinta lelaki itu. Irene hanya mengangguk. Kemudian keluarga itu melangkah pergi meninggalkannya seorang diri.

"Jumpa lagi, kakak Irene!" jerit Alan dari jauh. Irene hanya tersenyum sambil memerhatikan saja mereka sekeluarga sehingga kelibat mereka hilang dari situ.

Irene melihat tangannya yang menggigil-gigil sebentar sebelum membuka langkah longlai. Dia mengeluh lemah. Badan sudah terasa amat letih.

"Tunggu dulu!" Langkah Irene terhenti seketika. Dia menoleh ke belakang untuk melihat gerangan yang memanggilnya. Badan dipusingkan.

"Awak siapa?" soal Irene pelik apabila melihat seorang pemuda bersama seorang gadis yang tidak dikenali. Pengembara ke? Dia tak pernah nampak pun.

"Boleh kami tumpang rumah awak?" gadis berambut hitam bersuara sambil merenung dalam anak mata, Irene.

"Huh? kenapa pula? Saya tidak kenal kamu berdua pun," dahi Irene berkerut seribu, menampakan garisan kedut. Tangan menyilang ke dada. Keningnya terjongkit ke atas. Pandangan gadis bermata hitam dibalas sekilas.

"Haihh ... sombongnya," selamba sahaja suara lelaki itu. Gadis disebelahnya menyiku laju perut lelaki itu, sehingga dia mengadu sakit.

"Ryan, tolong jaga perangai." bisik gadis itu. Irene merenung mereka silih berganti dengan pandangan pelik. Dia cuba mencari kepercayaan dari mereka berdua. Jika mereka ada niat tidak baik siapa yang susah? Dia juga nanti.

Setelah lama dia berfikir, akhirnya dia membuat keputusan untuk mempercayai mereka berdua. "Hmmm ... baiklah ikut saya," pelawa Irene peralahan. Dia mengatur langkah, tanpa menunggu mereka berdua.

SUIZ lampu rumah dibuka malap. Irene tidak mahu membuka lampu dengan teran takut nanti diserang hendap oleh, Gotham. Kemudian, langsir tingkap dia tarik sedikit. Irene berlalu pergi menuju ke dapur.

Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa empuk. Pandangan Rena meliar ke segenap ruang tamu tersebut. Rumah itu hanya sederhana, nampak seperti Irene tinggal sebatang kara.

"Rena, kau pasti? dia ini salah seorang macam kita?" bisik Ryan perlahan yang inginkan kepastian. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Rena menoleh ke sisi.

"Aku pun tidak pasti Ryan ... Aku hanya ikut kata hati sahaja," Rena menyandarkan diri pada sofa yang hampir luntur warnanya tetaoi masih boleh tahan selesa. Tidak lama kemudian, Irene datang bersama dua gelas ditangan dan meletakan ke atas meja kayu ruang tamu.

"Kamu berdua dari mana?" soal Irene sebaik sahaja duduk di sebelah Rena.

"Dari ... Verillend," jawab Ryan laju.

"Jauhnya dari sini ... mesti penat kan berjalan?"

Ryan dan Rena hanya mengangguk sahaja. Ya, jarak Verillend dan Willard memang jauh. Hal ini kerana, Willard ini sebuah bandar kecil yang terletak berhampiran dengan sempadan negara. Sebenarnya mereka datang melalui portal. Hanya beberapa saat sahaja mereka sudah sampai. Tidaklah terlalu jauh pun.

Keadaan menjadi sepi buat seketika. Masing-masing mendiamkan diri. Irene mula rasa kekok kerana tidak tahu mahu bualkan apa lagi. Dia bukannya peramah sangat pun. Lagi-lagi bila dengan orang yang tidak dia kenali. Ryan dan Rena dipandang sebelum nafas ditarik dalam. Dia fikir mana nak campak mereka berdua ni?

"Rena kamu tidur di bilik saya sahaja dan awak ...." ayat Irene tergantung seraya jari lurusnya tepat menunjuk ke arah Ryan.

"Apa?" soal Ryan pelik.

"Awak ... Tidur dekat ruang tamu," jawab Irene sambil tersengih sumbing.

  

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now