Special Chapter (Ending)

5.8K 352 43
                                    


Kasut kulit hitam berjalan perlahan merentasi ibu kota yang sedang membangun.  Penduduk-penduduk di situ membuat aktiviti harian seperti biasa. Aman dan tiada sebarang gangguan. Beberapa orang pengawal khas yang baru ditubuhkan untuk mengawasi kawasan itu berkeliaran sambil menungang kuda. Mereka memakai baju berwarna biru gelap dan mempunyai lencana emas berbentuk bintang pada dada.

Dia berjalan perlahan sambil meninjau kawasan tersebut. Orang yang berselisih dengannya pasti akan menunduk hormat. Dia hanya membalas dengan senyuman manis. Rambut hitam disisir ke belakang. Kuda kesayangannya datang tanpa dipanggil.

"Elfi ...." kepala kuda diusap perlahan sebelum melompat naik ke atas. Nafas dihembus perlahan dan wap putih terhasil. Angin sejuk meniup menambahkan lagi rasa sejuk di Eicland. Namun ia sudah biasa bagi penduduk disitu.

"Mari, kita sudah lewat ni."ujarnya. Kuda warna putih keemasan mengangkat kaki kedepan sebelum berlari menuju ke arah pintu gerbang. Sebaik sahaja lepas dari situ Irene membuka portal dan mereka lenyap dari situ.

Elfi dibiarkan lepas. Irene mengorak langkah masuk ke dalam istana. Dia berjalan menuju kearah pintu bilik mesyuarat. Tangan dilekapkan pada daun pintu. Cincin emas dihiasi batu merah delima tersarung pada jari manis dipandang lama. Kemudian dia menanggalkan cincin tersebut dan memasukan ke dalam poket baju sejuk.

"Ha, datang pun!" sapa Alice sebaik sahaja pintu dibuka. Mereka yang lain pun turut disitu.

"Lama tunggu? Maaf. Ada hal tadi." Irene duduk disebalah Viez yang masih kosong.

"Siapa nak mulakan laporan? Erina?" Ryan memulakan bicara.

Erina menoleh lalu membetulkan posisi duduk. "Ehem! Setakat ini Verillend tak ada apa-apa masalah. Semua pentadbiran berjalan dengan lancar."

"Farvest ada sedikit masalah. Tanaman di sana musnah kerana diserang seranga. Ada yang mengadu ia bukan seranga tetapi haiwan. Kami masih menyiasat tetapi menemui jalan buntu."

"Black beast?"

"Aku pun rasa macam itu."

"Lycria pula ... Banyak barang manisan tidak sampai ke destinasi yang sepatutnya. Malah, orang yang menghantar hilang begitu saja."

Dalam sesibuk mereka membincangkan topik hangat tersebut. Irene termangu seorang diri. Dia termenung tanpa bersuara. Telinga tidak lagi berfungsi.

"Mana cincin?" bisik Viez perlahan. Irene terkejut lalu menoleh ke sisi. Muka tidak puas hati ditayangkan.

"Dah buang." balasnya selamba badak.

" Sampai hati. Aku beli mahal tahu? batu delima tu susah nak cari."

"Dah tu? Siapa suruh beli mahal-mahal? Aku tak minta pun."

"Hmm ... Lepas ni teman aku."

"Pergi mana! Aku penat dan nak balik!"

"Jomlah, dah lama kita tak keluar."

"Baru dua hari lepas Viez kita jumpa."

"Nah, peduli apa aku."

Irene memeluk tubuh. Kepala dipalingkan ke sisi lalu mencebik sambil berkata "Fine!" Viez tersenyum kemenangan.

"Viez? Irene? Korang okay ada masalah ke?" soal Rena. Yang lain memandang mereka silih berganti. Terdengar juga mereka bergaduh kecil tadi.

"Okay, je." balas Irene

Viez tersengih sambil mengaru kepala. Sempat Irene dijeling sekilas. Macam nilah hubungan mereka. Sekejap Irene okay dan tak okay. Kadang kala gembira semacam dan boleh jadi moodnya tiba-tiba marah tak tentu pasal tapi jarang dia marah tanpa sebab. Sejak akhir-akhir ni Irene berperangai pelik. Dia asyik banyak termenung dan seperti ada masalah.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now