67. Ditampar dua kali!

4.5K 396 23
                                    

Mata Irene membuntang mendengar bisikan Viez. Ryan memerhati dengan dahi berkerut. Apa lelaki itu bisik sehingga muka gadis itu berubah?

Pap!

Satu tamparan hinggap di pipi kanan. Muka Viez terpaling ke sisi. Irene mengemam bibir. Mukanya yang putih berubah merah padam. Nafasnya tidak teratur! Joshua yang melihat menganggakan mulut, manakala Ryan membulatkan mata. Alice dan Erina menutup muka seraya berkata "Auch!"

Kenapa Irene bertindak menampar Viez? Apa yang dibisikan lelaki itu sehingga Irene marah sangat? Perlahan Viez memengang pipinya. Terasa perit tak usah dicakap! boleh tahan juga penampar Irene ni.

"Kalau ayat pertama kau itu, aku boleh terima lagi. Tapi ayat terakhir itu...." Irene menarik nafas dalam sebelum menyambung ayat. "Aku. Benci. Kau." Ujarnya satu persatu sambil menunjal-nunjal dada bidang Viez.

SESAMPAI sahaja di istana. Irene memberi arahan kepada dayang istana supaya menunjukan bilik rehat kepada mereka. Selepas itu, dia terus menghilangkan diri.

Erina melirikan pandangan ke arah Viez di hadapannya. Kemudian matanya beralih kepada Alice disebelahnya. Dia mencuit bahu Alice apabila Viez masuk ke dalam bilik yang ditunjukan oleh dayang istana.

"Apa?" soal Alice perlahan. Letih agaknya.

"Kau rasa Viez cakap apa dekat Irene?"

"Aaa. Kejap,"

Alice dan Erina menghentikan langkah apabila dayang istana berhenti dan menunjuk ke sebuah bilik. Dayang istana tersebut meminta diri untuk beredar dari situ.

"Kau tahu apa yang Viez cakap?" Soal Erina lagi seraya menampak masuk ke dalam bilik. Alice menutup pintu. Keningnya terjongket naik ke atas.

"Entahlah," balas Alice seraya duduk di birai katil. Bilik itu dipadang. Boleh tahan juga bilik ni. Tidak ubah seperti biliknya di Lycria.

"Bukan ke kau boleh baca fikiran orang lain ke?" soal Erina tidak puas hati.

"Memanglah tapi aku dah malas nak baca fikiran orang lain sesuka hati. Kalau kau nak tahu tanyalah Irene sendiri," bidas Alice. Dia membaringkan diri di atas katil lalu berguling-guling.

"Tanya? Huh? Gila ke, kau sendiri tengok dia macam mana bukan?" Erina menghela nafas panjang seraya duduk di birai katil. Alice berhenti dari berguling dan menyiarap. Kedua tangan Alice menongkat dagu

"Dia marahkan kita?" Alice mengajukan soalan bodoh.

"Kau rasa?" Jeling Erina.

"Hmm... kalau aku jadi dia, aku pun marah."

"Tahu pun ...."

"Dia punya marah akan reda. Percayalah cakap aku. Dia marah tak lama,"

Erina mengerutkan dahi. "Mana kau tahu?"

"Well, tengoklah kita dekat mana sekarang ni? Tadi bukan main suruh kita balik. Lepas itu dia bawa kita ke sini pula. Ha? aku rasa dia cuma marahkan Viez, sebab laki tu bisik sesuatu tadi,"

"Hmm ...." Erina mengaru pipi. Kata-kata Alice ada benarnya juga. Tak adalah kadang kala Alice bukannya betul sangat pun.

"Aku perasan, dia langsung tak pandang Viez sepanjang berjalan ke sini. Kau nampak tak?"

"Yeah, perasan..."

"Jadi, takpayah risaulah... dia akan okay dengan kita," Alice bergolek ke kanan. Tangannya laju mencapai bantal lalu dilemparkan kepada Erina. Dia tergelak kecil apabila Erina membuat muka tidak puas hati.

IRENE menolak pintu bilik dengan perlahan. Sekujur tubuh terbaring di atas katil. Dia mengorak langkah. Wajah Rena dipandang sekejap. Tanpa sedar dia mengeluh pendek. Rambut hitam disisir ke belakang.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now