66. Peluang kedua.

4.3K 414 11
                                    

Dia berlari mendapatkan Rena. Satu deruan angin yang kuat membuatkan Ryan melayang ke belakang, terasa seolah-olah dibawa angin! Terus dia membuka mata, Erina sedang memandang dia dengan muka berkerut.

"Nak mati sangat ke? puas hidup?" perli Erina.

"Aku ...."


Bam!



Bunyi hentaman yang kuat telah membuatkan Erina dan Ryan memalingkan muka. Angin menderu laju tatkala salji seakan ombak tadi terhempas jatuh. Satu gelombang angin terhasil, dan mereka terpelanting jauh ke belakang.

Ryan bingkas bangun sambil memegang kepala yang terasa pening. "Rena ditimpa salji tu!" ujarnya seraya menunjuk ke arah timbunan salji. Tanpa menunggu balasan Erina, dia terus berlari. Suara Erina yang memanggil tidak dihiraukan langsung!

Timbunan salji dipijak. Kedua belah tangan Ryan menggali timbunan salji tersebut tanpa henti. Muka Ryan nampak cemas tika ini. Tiba-tiba Erina muncul disebelah, tanpa bersuara dia melutut dan turut mencari Rena.

"Mana yang lain?" soal Ryan memecah kesunyian. Tangan masih laju membuat kerja. Salji dilempar ke serata tempat.

"Tak tahu, mereka selamat kut," balas Erina sambil mengangkat bahu. Dahinya berkerut apabila tangannya tersentuh sesuatu. Dia berhenti seraya mendekatkan muka. Ryan menoleh.

"Rambut, Rena?" Muka dipalingkan kepada Ryan.

"Mana? cepat! nanti dia lemas," Tangan Ryan mengeluarkan cahaya merah, perlahan dia menggali salji.

Tidak lama selepas itu, mereka berdua menjumpai separuh badan Rena. Ryan membersihkan salji yang menutupi wajah, Rena.

"Rena?" panggilnya seraya memegang kedua pipi Rena. Mata gadis itu terpejam rapat. Wajahnya pucat dan sejuk seperti ais!

Perlahan-lahan Ryan mengeluarkan Rena. Dia memangku kepala Rena. Kemudian, dia mengosok kedua belah tangan sehingga menghasilkan wap lalu menekupkan telapak tangan pada pipi Rena. Jika tidak sedar pun, sekurang-kurangnya dapat membantu memanaskan badan.

"Rena, bangun," Ujarnya sambil mengerakan ke kiri dan kanan namun Rena tidak sedarkan diri!

Bam!

Mereka tersentak mendengar bunyi dentuman. Tanah-tanah mula bergegar dan merekah. Mata mereka meliar melihat keadaan sekeliling. Satu pancaran cahaya memancar terang dan mereka ternampak Alice, Viez dan Joshua sedang melakukan serangan terhadap makhluk gegarsi.

"Apa tu?" soal Erina seraya menoleh. Dia berdiri menegak. Baju diperbetulkan sedikit.

Dahi Ryan berkerut. "Entah, aku tak pernah nampak pun." Balas Ryan, perlahan-lahan dia mendukung Rena.

"Kau jaga dia, biar aku yang pergi," Usai berkata Erina terus hilang seperti angin yang berlalu tanpa sempat Ryan bersuara! Sekejap sahaja dia sudah berada di kaki Golith.

Anak panah cahaya meluru laju, membelahi udara dan tepat mengenai tangan, Golith. Pedang besi terlepas dari gengaman tangan. Tali cemeti diperbuat dari air telah melilit kemas pergelangan tangan kiri Golith manakala tangan kanan pula terikat dengan tali cahaya. Golith jatuh melutut. Tangannya seakan terkunci!

"Joshua, pergi!" arah Viez.

Joshua hanya mengangguk. Dia memanjat tubuh Golith dari belakang. Sekelip mata sahaja dia sudah berada di atas kepala Si gergasi. Joshua melepaskan tumbukan padu tanpa henti di atas kepala Golith!

"Argh! kamu semua akan terima balasan!" Golith memekik kuat. Suaranya bergema seperti gelombang. Kepalanya tertunduk-tunduk ke bawah dek di pukul oleh Joshua sambil itu, Viez dan Alice menarik Golith. Tambahan pula, dia jatuh melutut kerana diserang Erina.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now