68. Vylera

4.5K 396 10
                                    

Badan disandarkan pada dinding. Mata dipejam rapat. Dia tercungap-cungap menarik nafas. Pergelangan tangan dan kaki terasa sakit akibat melecet. Sudah banyak kali dia cuba memgunakan kuasanya tetapi sebaliknya auranya diserap. Kini tenaganya semakin  berkurangan!

Pintu bilik tersebut dibuka kasar. Seorang lelaki melangkah masuk dengan perlahan. Derapan tapak kasut menghasilkan gema di bilik tersebut. Semua yang berada di dalam bilik itu mengalihkan pandangan.

"Surez...." ujarnya sinis.

"Apa kau nak!"

"Good! aku ingat kau sudah mati. Ha, sekarang ikut aku," Lelaki itu memegang kasar lengan dan memaksa untuk bangun.

Pada awalnya dia melawan dan akhirnya dia terpaksa ikut kerana tenaganya telah diserap oleh rantai besi. Dia dibawa keluar dari bilik tahanan. Lelaki pakaian berkerudung hitam membawanya ke sebuah bilik berpintukan besi.

"Masuk!" ujar lelaki itu dengan nada keras. Tubuhnya ditolak kasar sehingga dia terdorong ke hadapan dan jatuh melutut. Kemudian tangannya dicengkam kuat sebelum tubuhnya diheret kasar.

"Aiyra!" ujarnya sebaik sahaja mengangkat muka.

Dia tersentak tatkala melihat insan kesayangannya tergantung lemah. Kedua belah tangannya yang diikat rantai besi. Kepalanya tertunduk lemah ke bawah. Terdapat beberapa kesan luka dan seperti dikelar. Baju yang dipakai penuh terpalit dengan darah merah. Terasa mahu gugur jantungnya ketika ini Dada seperti mahu pecah. Hatinya sakit!

"Apa kau buat!"

"Na... na... na... aku cuma paksa dia cakap dekat mana budak itu. Dan... dia degil," balas lelaki itu sinis sambil berjalan mengelilinginya.

"Lepaskan dia!"

Lelaki itu mencengkam rahang dengan kuat lalu berkata "Aku tak akan lepaskan dia selagi dia tak mahu buka mulut," 

"Lepaskan dia... kalau kau nak seksa dia, ambillah aku sebagai ganti," rayunya perlahan.

"Kau merayu?" Lelaki itu tertawa sinis seraya mencengkam erat rahang. Apa yang kelakar bagi dia tak tahulah. Mungkin seronok apabila melihat musuhnya merayu meminta tolong.

Surez mengetap gigi dengan rasa kegeraman. Jika diikutkan hati memang dia mahu bunuh sahaja! Tapi malang baginya kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

"Ha...  bagitahu di mana dia!" lelaki itu melepaskan cengkaman dengan kasar. Rambut ditarik kasar kebelakang.

"Aku tak tahu! Tak tahu dia hidup atau pun tidak! Argh!" Satu tumbukan hinggap di pipi kirinya. Dia berganjak ke sisi. Darah merah mula mengalih di celahan bibir dan hidung. Dia menyeringai kesakitan.

Satu cahaya kelabu keluar dari telapak tangan lelaki tersebut. Mata pisau berbentuk tirus keluar menembusi kulitnya. "Tak mengapa... kami sudah mencari. Mungkin tidak lama lagi dia jatuh ke tangan kami," ujarnya sinis. Mata pisau itu menyala merah seperti baru sahaja ditempa dengan api yang mengelegak.

Lelaki berjubah hitam mengorak langkah. Surez hanya mampu melihat dengan penuh debaran. Setiap langkah lelaki tersebut membuatkannya tidak senang hati. Dia menahan debaran dada yang  melanda. Peluh dingin mula memenuhi dahi. Bibir dikemam apabila lelaki tersebut berhenti di sisi wanita yang tergantung lemah.

Mata pisau diacukan ke arah wanita tersebut lalu berjalan pusing mengelilingi. Lelaki itu tersenyum sinis. Dia membuat gaya mahu menikam wanita tersebut.

"Aku...." mata pisau yang panas diletakan pada bahu wanita itu.

'Tidak! jangan kau sentuh dia Zeus!"

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now