12.Deep Forest

7.7K 608 20
                                    

Suasana deep forest di pandang gerun. Di tambah pula siang semakin di telan malam. Mereka sudah jauh masuk ke dalam deep forest. Pokok di Deep Forest ini semuanya besar dan tinggi. Khabar angin mengatakan bahawa Deep Forest ini merupakan hutan yang paling bahaya di Moryle World.

Kini Ryan berjalan di hadapan,di tangannya terdapat bebola api yang terapung untuk memberi cahaya sepanjang jalan. Rena pula berada di belakang untuk menjaga. Senang kalau ada apa-apa berlaku, mereka berdua pernah masuk ke deep forest sebelum ini.

"Ahh penatlah." Rengek Irene. Dia berhenti secara tiba-tiba. Rena di belakang hampir-hampir melanggar.

"Eh, Irene kenapa berhenti?" soal Rena pelik.

"Kita rehat dulu boleh?" Mereka berdua serentak memadang Erina apabila terdengar bunyi sesuatu jatuh.

Beg di campak ke tepi. " Berapa lama lagi nak keluar dari Deep Forest ni? penatlah!" rungut Erina. Kaki di hentakkan beberapa kali. Badannya pun sudah sakit. Tula bawa beg besar sangat. Ha ambik kau.

"Yelah kita rehat, dulu." Dengus Ryan. Kalau boleh dia mahu keluar dari hutan ini sekarang, cepat keluar lagi bagus. Dia menghampiri mereka bertiga, sempat lagi dia menendang beg Erina. Dengki!

"Aku rasa sini okey," ujar Rena sambil bercekak pingang. Pokok yang berada di sebelahnya dipengang. Matanya pula memerhatikan keadaan sekeliling. Keadaan kawasan itu selamat sikit pada pandangannya kerana di lindungi pokok-pokok besar yang berakar.

Irene beredar mengutip dahan untuk di jadikan unggun api. Tiba-tiba dia terperasankan sesuatu. Rasa diperhatikan. Dia segera menoleh ke belakang tapi tiada apa-apa. Air liur ditelan kelat. Dia segera mengutip kayu dahan dan cepat-cepat kembali ke kawasan tadi yang tidak jauh dari tempat ini, risau akan terjadi sesuatu pada dirinya.

"Nah." Dahan kayu dicampak ke tanah. Tangan ditepuk-tepuk untuk hilangkan kotoran yang melekat. Kemudian dia duduk di sebelah Rena.

Setelah Ryan menghidupkan api, dia duduk mencangkung di hadapan api untuk memanaskan badan. Sambil itu dia memerhatikan Erina yang sedang mencari sesuatu dalam begnya.

"Kau cari apa?" Soal Ryan.

Erina tidak membalas kata-kata Ryan sebaliknya dia tersengih sumbing, Dia mengeluarkan sesuatu yang berbulu. Ryan mengecilkan mata untuk melihat dengan jelas.

Ya ampun!

Anak patung beruang?!

"Eh boleh pula kau bawak binatang tu sekali?" soal Ryan sambil menepuk dahi.

"Aku tak boleh tidurlah kalau tak ada ni" Patung beruang merah jambu dipeluk erat. Dia berjalan menghampiri Irene yang sudah pun lena dibuai mimpi. Lalu dia bersandar pada pokok sebelah Irene.

"Erina tidur dulu." ucapnya perlahan. Sempat lagi dia memeluk lengan Irene.

"Ryan."

"Ada apa Rena?" Ryan menoleh dan mengeluh perlahan.

"Tak ada apa, cuma aku nak ucap selamat malam!m" ujarnya sembil mengejek. 

" Tunggu dulu Rena, aku kena jaga sorang ke?" Soal Ryan tidak puas hati.

"Halaaa ... aku tidur sekejap, nanti aku bangun kau pula tidur." Rena menguap perlahan. Sempat dia memandang dua gadis di sebelahnya yang tidur berpelukan. Lena nampaknya.

"Okey...."

Tokk! tokk! tokk!

Bunyi ketukan pintu bertalu-talu sejak dari tadi masih tidak berhenti. Dia yang sudah terjaga sejak awal mula berasa gelisah. Wajah isterinya yang enak dibuai mimpi dipandang dan beralih kepada anaknya yang baru berusia 1 tahun tidur bersama.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now