41.Amorgite stone

6.4K 511 38
                                    

Seorang lelaki berambut coklat gelap yang disikat rapi dan di atas kepalanya pula terdapat mahkota emas yang dihiasi dengan permata merah delima.

Dia menampak ke ruangan istirehat diraja dengan penuh angkuh. Pengawal dan dayang istana masing-masing menunduk hormat. Seolah-olah takut dengan kehadirannya.

Seorang dayang istana menghampiri, dengan membawa sepinggan buah-buahan seperti anggur, epal yang telah dipotong dan lain-lain. Hidangan itu dipersembahkan pada raja tersebut.

"Ceh, beta tidak mahu makan benda ini!" pinggan berisi buah-buahan ditolak kasar. Buah-buahan berteraburan di atas lantai.

Krak!

Pinggan yang sudah jatuh di atas lantai dipijak-pijak sehingga hancur menjadi serpihan kaca kecil. Dia tersenyum sinis.

"Beta mahu sesuatu yang amat enak! seperti daging rusa ? kek coklat atau apa-apa sahajalah! tapi bukannya buah-buahan ini! beta jemu dan muak tahu!" Tengkingnya di hadapan muka dayang istana. Dayang istana tersebut hanya menunduk takut.

"Pergi! "jeritnya lagi. Setelah dayang istana tadi beredar. Matanya merenung beberapa orang bangsawan sebelum beralih kepada pengawal istana. Seorang pengawal istana yang seperti tidak cukup tidur telah menarik perhatiannya.

"Mari datang kepada beta!"

Pengawal tersebut tersentak. Riak wajahnya turut berubah dan dia menoleh kiri ke kanan. Tidak percaya dirinya dipanggil.

"Beta panggil, kamu tidak dengar ke! sudah pekak?" Si raja menayang muka bosan.

Pengawal istana tersebut menghampiri si raja dengan perlahan-lahan. Kemudian melutut dihadapan raja.

"Lihat apa yang ada pada lantai itu?" soalnya sambil bermain-main dengan rambut depannya yang terjuntai.

"N-nampak Tuanku ...." pengawal istana tersebut mengangguk perlahan. Kaca dan buah-buahan yang berteraburan di bawah tapak kaki si raja direnung sekejap.

"Bersihkan!" balasnya sepatah.

"T-tapi ...." tuturnya termati apabila direnung tajam. Cepat-cepat tangannya mencapai serpihan kaca yang berada di atas lantai. Si raja tersengih sumbing. Kaki kanannya menghentak kuat ke bawah.

Prak!

"Argh!" pengawal istana tersebut menjerit sakit. Tangannya terkena kaca, lalu dipijak-pijak dan dilenyek-lenyek dengan kuat sehingga mengeluarkan bunyi seperti tulang patah. Tangannya juga sudah berlumuran darah. Jeritan pengawal tersebut diselangi dengan rayuan, dan langsung tidak dipedulikan oleh si raja.

"Sudah lama kau buat kerja macam ni Jonas?"

Suara seseorang telah menyetakkan si raja. Perbuatannya terhenti seketika. Bunyi derapan tapak kaki semakin lama semakin jelas menghampiri. Dia terkejut tetapi, perlahan-lahan senyuman sinis terukir dibibirnya.

"Kau sudah balik! " ujarnya sambil tergelak. Tangannya ditepuk dengan kuat sehingga begema. Entah apa yang lawak tak tahulah.

Gelak tawa raja Jonas telah membuatkan Rena berasa sangat menyampah. Hatinya membuak-buak menahan amarah. Sejak kecil lagi dia benci dengan Jonas sehinggalah sekarang, lagi-lagi dengan apa yang sedang berlaku sekarang ini.

"Kau memang keji Jonas! Jangan ingat aku tidak tahu apa yang telah kau buat?" Rena mendengus kasar!

"Ahahahaha! apa? aku buat apa pula?" soalnya sambil membelek-belek kuku. Dengan selamba badak dia menendang pengawal istana tadi hingga jatuh tergolek.

Rena terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Jonas. Cepat-cepat dia membantu pengawal istana tadi untuk bangun.

"Kau tidak layak jadi Raja ! kau kejam!" mata Rena mencerlung tajam kearah Jonas. Tahap kesabarannya sudah naik ke tahap maksimum. Dia tidak mampu untuk menahan lagi. Api kemarahan menyemarak di hatinya.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now