36.Lost memory

6.4K 512 16
                                    

"Argghhh! sakittt!"

Jeritan suaranya kuat bergema memenuhi ruang Istana. Burung-burung yang hinggap di pokok pun turut terkejut mendengar dan terbang dari situ.

Tangan sejuk Rena menyentuh bahagian luka di kaki Alice. "Tahanlah sikit. Aku baru sentuh sikit."

"Tidak ... argh ! sakitlah!" rasa sejuk mula menjalar ke seluruh kulit kakinya. Muka Alice berkerut-kerut menahan rasa.

"Halaaa ... bukan sakit sangat pun! Nyea yang kecil ni pun boleh tahan tahu!" ujar Rena, dia sempat menjuihkan bibir ke arah Nyea yang sedang duduk terkangkang menikmati coklat di tangan. Mukanya habis comot.

Rena menekan sedikit pada luka. "Hmphh! budak tu lain!"Alice mendesis sakit. Cahaya biru-kebiruan keluar perlahan, kaki Alice yang berlubang akibat ditembusi duri kini mula bercantum.

Kakinya sudah pulih sedia kala dan langsung tiada kesan luka. Sakit pun tidak terasa lagi. Alice menghembus nafas lega."Terima kasih." ucap Alice sebelum turun dari katil.

"Sama-sama."

"Haa, Rena boleh aku tahu tak?" Alice berjalan ke hulu hilir. Langkahnya terhenti secara tiba-tiba.

"Apa dia?"

"Aku terlanggar siapa malam tadi?"

"Oh, nama dia Irene."

"Mana dia?"

"Dia belum sedar lagi, sekarang ini dia ada di bilik."

"Belum sedar?" ujar Alice sambil bercekak pinggang. Nyea yang sedang duduk terkangkang dengan pipi penuh dengan coklat dipandang, serentak itu Nyea pun memalingkan muka kepadanya sambil tersengih.

Nyea bangkit dari duduk, kemudian mendekati. Alice menelan kelat air liur, terasa seperti pasir sedang tersekat pada kerongkongnya.

"Apa kamu buat Nyea!" Jeritnya.

IRENE berdiri kaku. Dia dikelilingi dengan tulisan pelik yang pelbagai bentuk dan rupa. Sudah berjam-jam dia menghadap benda itu. Dia sendiri pun pening! Tulisan tersebut macam dia pernah jumpa sebelum ini. Tapi di mana ye? Ah! biarlah dulu.

"Itu tulisan purbalah!"

Irene terkejut apabila ada suara yang menjawab.

"Dah tidak payah buat muka buruk!"

"Hamboi! kau Drycon menyempat kutuk aku ya? dahlah sergah aku. Mana aku tak terkejut." bebel Irene.

"Dah kau bengap sangat! sepatutnya kau boleh faham."

"Aku memang tak fahamlah tadi!"

"Sepanjang aku hidup, kaulah keturunan scarlet yang paling bengap dan bodoh !"

"Apa kau kata! kau tu pengecut tak mahu muncul !" Drycon memang tidak pernah munculkan diri selama ini. Itu pun kadang-kadang Drycon bersuara dalam ruang kepalanya sahaja.

Drycon tidak menjawab sebaliknya ketawa sebelum hilang dari situ. Apa yang lawak entah tak tahulah. Tak guna Drycon! bukannya nak bagitahu cara nak baca tulisan tu ke, atau pun terjemahkan ke? ishh!

"Mhmm ...."Irene memeluk tubuh. Tulisan purba yang terapung dihadapannya di pandang satu persatu. Matanya dikecilkan.

Irene terkedu, semua tulisan yang terapung kini mula bergerak dan menghampirinya. Irene mula mengorak langkah untuk lari dari situ. Sesekali dia memandang belakang untuk melihat tulisan yang sedang laju mengejarnya.

Dia sudah tidak larat untuk berlari, langkahnya semakin lama semakin lambat dan akhirnya dia berhenti. Perbuatannya amat sia-sia dan tidak berguna langsung! Ke mana sahaja dia pergi tulisan itu tetap juga mengikutinya!

Irene jatuh terjelupuk. Dia tercungap-cungap menarik nafas. Matanya membutang saat dia mengangkat muka. Tulisan purba sedang meluru laju ke arahnya dan masuk ke dalam badannya. Seolah-olah dia yang menyerap tulisan tersebut.

Kemudian cahaya putih mula mengelilingi Irene. Keadaan sekeliling turut berubah. Dia seolah-olah berada di alam lain.

Seorang budak perempuan yang tiba-tiba muncul entah dari mana, menghampiri Irene. Matanya bundar, memiliki warna anak mata biru-kebiruan, dan berambut merah berkilat paras bahu. Irene terpegun dengan kecomelan budak tersebut. Tapi macam dia pernah lihat sebelum ini.Rasanya la budak inilah yang selalu hadir dalam mimpi-mimpinya sebelum ini.

"Hey si comel ... apa nama kamu?" Irene melutut. Kedua belah tangannya memegang bahu budak perempuan tersebut.

Budak kecil itu tidak menjawab, tetapi ralit memandang Irene tanpa berkerdip mata walaupun hanya sekali. Jari telunjuk diangkat dan di tunjuk pada Irene. Muka Irene berkerut seribu.

"Nama saya Irene Vrellys anak kepada Aiyra dan Surez ... Keturunan Scarlet ."ujarnya sebelum menyentuh dahi Irene. Jari budak kecil itu mengeluarkan kilauan cahaya sebelum pandangan Irene menjadi kelam.

Dia terduduk menegak, rambut hitamnya yang menutupi muka diselak kebelakang. Perlahan-lahan dia menarik nafas sebelum menghembus keluar.

Apa yang dia lalui sebentar tadi sangat mengejutkan. Saat ini mulutnya terkunci dari mengeluarkan sebarang suara. Dia betul-betul terkejut.

Irene kini sudah tahu tentang segala-galanya. Dia sudah tahu siapa Ibu bapanya dan dia sudah ingat ke semua kenangan manis dan kisah silam bersama keluarganya.

Ya, Ingatan yang telah dikunci oleh ibunya kini sudah terbuka. Cuma dia perlukan masa untuk menerima kenyataan yang sebenar.

Tombol pintu dipulas perlahan. Rena menjengahkan kepala di sebalik pintu sebelum melangkah masuk.

"Kau dah okay?"

Irene tersenyum kelat.

"Tinggalkan aku ...."balas Irene perlahan tanpa memandang Rena. Dia hanya menunduk ke bawah.

"Kenapa? kau tak sihat ke?"

Irene mengangkat muka, dan matanya sudah berkaca-kaca. "Tolong ... Aku hendak bersendirian."

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now