50. Black Beast?

6.3K 506 55
                                    

Bunyi letupan bergema di segenap ruang. Letupan itu telah memusnahkan sejumlah rumah kedai dan bagunan. Pokok-pokok banyak yang tumbang menyembah tanah.

Dari jauh terlihat pancaran cahaya disertakan letupan dan lazer. Mana datangnya cahaya itu? Sudah tentulah dari pengguna kuasa cahaya sendiri, Alice. Walaupun serangannya hanya sederhana tetapi kuat.

"Ish, banyaknya! membiak dekat sini ke apa?"

"Ah, kau tanya aku manalah aku tahu!"

Erina membalas seraya melemparkan pisau angin kepada gotham. Setiap gotham yang menyerang akan di tolak dengan tekanan angin. Habis semua terpelanting jauh.

Alice sempat memandang Joshua. Lelaki itu tenang melakukan serangan. Dia pelik! Ya, macam mana Joshua itu boleh peroleh kekuatan?

Sedang syok-syok memerhatikan kekacakkan Joshua. Kapak besi melayang dari jauh. Dia tergamam seketika. Kapak itu terbang menghampiri kakinya.

"Alice!"

Jerit Erina memberi amaran. Alice tersentak lalu dia segera melompat. Secara tidak sedar dia terduduk pada atas bahu gotham yang berperut buncit dan mengelebeh ke bawah. Mana nak sedar benda berlaku sekelip mata!

"Mana pula datang kapak ni!"

Soal Alice dengan geram. Dia marah lalu kepala gotham itu dipegang dan mengetuk beberapa kali dengan kuat.

"Arrghhh!"

Bunyi erangan telah menyetakkan Alice. Tangannya meraba-raba apa yang dipegang. Alice segera menunduk ke bawah. Matanya tepat memandang anak mata berwarna kuning.

"Ahhhhh!"

"Arghhh!"

"Ahhhhh!"

"Arghhhh!"

"Ahhhhh!"

"Arghhhh!"

"Ahhhhh! makhluk hodoh !"

Jeritan Alice telah memaksa Erina menoleh. Dahinya berkerut seribu melihat keadaan Alice. Apa perempuan itu buat ? Duduk di atas bahu gotham. Berperut buncit, mengelebeh ke bawah pula tu! Dah tu menjerit-jerit pula! Nak lawan suara siapa yang paling lantang ke?

Gotham itu berlari lintang-pukang. Perutnya bergegar-gegar. Habis semua benda dilanggar kerana matanya ditutup oleh, Alice. Yang paling sadis dan paling menyedihkan sudah tentu Alice! Terkejut teramat sangat! Tak sangka terduduk atas bahu gotham!

Tanpa sengaja Alice menarik kuat telinga gotham itu. Gotham berperut buncit itu menjerit sakit. Ia tidak tahan lalu tangan dibawa ke atas. Kepala Alice dicapai lantas menarik rambut sekali!

"Eh ... rambutt akuuu ... Aduh! sakit!"

Alice menjerit kecil. Badannya terhempas pada permukaan tanah. Dia kena smack down kau! Badannya sakit yang teramat sangat! Tersekat-sekat dia mencari nafas. Mahu bergerak pun rasa tak mampu dah ni.

"Argh!"

Gotham berperut buncit dan mengelebeh ke bawah itu berlari ke arahnya. Bergoyang-goyang perut ! Semakin lama semakin dekat dan ....

Ia melompat?

Mata Alice membutang.

Gila!


Nak ajak bergusti ke?!


Mati!




Mati aku!



Mati aku kalau macam ni!




Boleh penyek!





Dengan segera dia bergolek ke sisi. Badan gotham terhempas dengan kuat di atas permukaan tanah. Bergegar tanah dibuatnya.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now