48.Masalah!

6.3K 477 19
                                    

Alice berbalas pandangan dengan Joshua. Mukanya masam. Matanya tajam bagai mahu menikam. Tak berkelip langsung dari tadi!

"Hey, kalau nak bermain mata pun agak-agaklah. Tak kena masa tahu!"

Ujar Erina dengan penuh kegeraman. Yelah, mana tak geram! sedari tadi dia hanya memerhatikan sahaja bunga-bunga pertelingkahan yang berlaku antara mereka berdua. Naik semak mata dia!

"Diamlah!" bidas Alice dan Joshua serentak.

Mata Erina membulat. "Gila ke? suara jangan kuat." bisiknya perlahan.

Aduh, budak dua ekor ni ... boleh pula buat hal. Sebab apa mereka bergaduh? Haa ... entahlah! Malas nak cerita.

Bunyi derapan tapak kaki menyentakkan mereka semua. Bunyinya seperti banyak.

"Pintu itu kunci bukan?" Joshua menoleh.

"Mungkin ...." Jawab Alice meleret.

"Aku kuncilah."

Mereka bertiga serentak pandang pintu. Hanya mampu merenung lama ke arah tombol pintu. Menanti apa yang bakal berlaku.

"Gotham pandai guna pintu ke?" suara Erina memecah kesunyian.

"Jangan tanya benda tak masuk akal boleh tak?"

"Apa? aku tanya je" Erina menarik muka. Joshua mengelengkan kepala.

Tombol pintu bergegar-gegar seperti hendak tercabut dan pandangan mereka tertumpu kembali pada pintu. Masing-masing kaku seperti patung sehinggalah tombol pintu itu berhenti digoncang. Mereka menghembus nafas lega.

"Aku sangka mereka akan pe..."

Bam!

Tombol pintu patah! serentak itu pintu ditendang dari luar sehingga tercabut! Daun pintu terpelanting sehingga ke hadapan mereka. Mujurlah tidak kena!

Tiga ekor Gotham berdiri terpacak di hadapan pintu. Di tengah-tengah badannya kurus tinggi. Di sebelah kanan pula berbadan gempal dan tinggi. Manakala di kiri pula berbadan sasa.

"Ha ... tak sempat nak cakap pun benda sudah terjadi." gumam Erina perlahan.

Anak mata berwarna kuning milik gotham sedang galak memerhati mereka. Salah satu bergerak. Ia terpaksa menunduk kerana terlalu tinggi untuk melepasi pintu. Dua lagi hanya mengikut jejaknya.

"Lihatlah ... lihatlah apa yang kita jumpa ...." ayatnya meleret panjang.

"Aku ingat Gotham ni bodoh."

"Erina !" Alice pantas mencubit perut Erina. Dari tadi mulut dia saja yang bising. Sakit betul telingga bila mendengar. Erina terjerit kecil. Mulutnya memuncung. Merajuk? peduli apa Alice! Hahaha, mulut tak reti nak jaga! Padan muka.

"Kau yang bodoh sebab anggap aku bodoh!"Jawabnya.

Ia tersenyum sinis dengan lebar. Erina menoleh. Mukanya sudah bengang dengan kata-kata Gotham. Nak sahaja dia belasah sekarang ni! Baru sahaja dia mahu bergerak. Alice menahan.

"Kenapa?"

"Aish, jangan bertindak terburu-buru boleh tak?" bisik Alice.

Mereka tidak sedar yang Joshua sudah menyerang terlebih dahulu. Serangan Joshua telah menghasilkan satu letupan kecil. Bergegar-gegar rumah kedai itu bagai mahu runtuh! Mereka berdua terkejut!

"Dia ada kuasa?"

Soal Alice kepada Erina dengan nada tidak percaya. Erina hanya mengangkat bahu. Dia ingatkan, Joshua ini sekadar pengawal peribadi yang biasa dan tidak punya apa-apa langsung! Tetapi sangkaannya jauh meleset.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now