37.Ice

6.5K 564 29
                                    

Mereka berdua menyerang dengan serentak. Pedang berlaga sesama sendiri telah menghasilkan bunyi berdeting. Ryan menyerang Viez bertubi-tubi dan tanpa henti. Akibat tidak tak tahan dengan asakan, Viez terundur ke belakang sebelum hilang menggunakan portal.

"Ceh, guna portal!"

Ryan menjeling sisi. Saat itu Viez muncul, dia sempat mengelak apabila pedang dilibas. Serangan Viez ditahan dengan pedangnya. Viez semakin menekan kuat pedangnya lalu dia menerajang perut Ryan!

Ryan hampir terjatuh. Mujur dia dapat mengimbangi badan. Kalau tak memang jatuhlah dia. Nafas ditarik perlahan. Perutnya terasa senak kerana tendangan Viez.

"Boleh tahan." Ryan mengukir senyuman. Dia kembali bangun dan menyerang Viez dengan tangkas tanpa memberi peluang langsung. Rasa sakit cuba diedahkan.

Ktingg!

Pedang Viez terpelanting jauh. Ryan tersenyum sinis. Tangan kiri yang kosong perlahan-lahan berasap sebelum api mula menaik dengan marak. Tanpa teragak-agak dia menyerang Viez dengan semburan api dari tangannya.

"Woi ! panas! "jeritnya. Semburan api Ryan terkena pada kakinya. Viez melompat-lompat kerana kepanasan.

"Itu baru sikit."

"Oh ya?"

Ryan melemparkan pandangan kepada Viez yang sudah di kelilingi air. Air-air yang terapung mula berpecah menjadi kecil dan mengeras seperti batu tajam. Riak wajah terkejut jelas terpamer di wajah Ryan, namun dia berlagak tenang.

Pedang di tangan dipegang erat. Manakala sebelah tangannya mengeluarkan api lalu disalurkan pada pedangnya. Viez pula sudah berjaga-jaga. Lagaknya seperti menanti masa yang sesuai untuk menyerang Ryan.

DARI tingkat empat istana di tepi tingkap, dia hanya memerhati aksi perlawanan Ryan dan Viez. Sudah lama dia jadi pemerhati. Pada mulanya dia hanya mahu menenangkan fikiran dengan memandang pemandangan luar tetapi lain pula yang dia nampak.

Dia mengeluh perlahan. Rambut depan menutupi sebelah mata di biarkan begitu. Matanya masih lagi melihat bawah. Badan Ryan yang sudah seperti orang terbakar kini menjadi perhatian. Kemudian pandangan beralih kepada Viez yang sedang membentuk air menjadi figura.

"Kadang kala kenyataan memang kejam bukan?"

Irene hanya diam. Suara yang bergema di kepala otaknya tidak lain tidak bukan natang tu, Si Drycon.

"Nak tak nak, kau kena terima semua ini."

"Ya, aku tahu drycon. Tapi aku terkejut! aku perlukan masa untuk terima semua ini." balas Irene.

"Mhmm ... jangan ambil masa terlalu lama Irene ... Kita kesuntukan masa! tentera gotham telah bergerak untuk menguasai beberapa buah negara. Silap-silap mereka sampai ke sini nanti."

Irene hanya diam. Kata-kata Drycon tidak dibalas dan membiarkan sepi.

"Kau dengar tak?"

"Yalah, aku tahu! tak pekak lagi." getus Irene.

Irene memusingkan badan. Pintu almari dibuka luas. Tangannya mencapai sehelai baju hitam tanpa lengan dan seluar hitam, lalu dia menyalin pakaiannya. Rambut yang dibiarkan lepas selama ini diikat seperti ekor kuda.

Lagend Sword yang berada di tangan perlahan-lahan berubah bentuk menjadi pisau belati. Irene menyisipkan ke pinggang. Dia perlu bawa lagend sword ke mana sahaja dia pergi demi keselamatannya. Itu pun Drycon suruh.

Langkahnya tiba-tiba terhenti di depan pintu bilik. Jantungnya berdegup dengan kencang macam hendak terkeluar. Peluh dingin membasahi dahi. Tangan Irene mengigil-gigil sejuk.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now