60.Terlepas!

4.6K 448 26
                                    

Rena memeluk tubuh lalu menyandarkan pada dinding manakala Viez hanya berdiri tercegat. Gadis berambut putih menunduk memandang lantai, sedari tadi dia hanya mendiamkan diri. Tubuh genit tersebut diikat ketat dengan tali.

"Siapa yang hantar kau?" soal Ryan seraya berjalan mengelilingi gadis itu. Tangan memegang dagu. Gayanya tidak ubah seperti seorang penyiasat.

"Perlu ke aku beritahu?" tutur Carla perlahan. Ryan mengeluh panjang. Aih, menguji kesabaran betul Carla ni. Payah sangat nak jawab!

"Kau bekerja dibawah Raja Zexric?" Rena menduga. Matanya mencerlung tajam. Dia tidak menyangka yang batu Amorgite hampir dicuri.

Carla mendecit geram lalu berkata. "Kau fikir aku bekerja dengan Raja Gotham itu? "

"Ya! Habis tu siapa lagi? mengaku sahajalah!" Viez membidas. Batu Amorgite dalam genggaman diberi kepada Rena.

"Apa kau fikir Raja Zexric sorang sahaja yang kejam? "

Sekali lagi pertanyaan dibalas pertanyaa. Carla tersenyum sinis. Wajah Rena, Viez dan Ryan direnung satu persatu. Mereka berbalas pandangan dan terdiam bila mendengar ayat Carla. Apa maksud dia? Ada orang lain lagi ke?

"Apa tujuan kau curi batu Amorgite sebenarnya ni?"

Carla mengunci mulut. Dia memang tidak tahu apa tujuan Ketuanya mahukan batu hijau itu. Jadi dia hanya mengikut arahan sahaja! Dalam pada masa yang sama otaknya sedang ligat memikirkan sesuatu.

"Perlu ke guna cara kekerasan?" bisik Viez perlahan. Dia sudah bosan menunggu! Setiap soalan dibalas soalan? mana dia tak tahan! Tahap kesabarannya sudah mencapai tahap maksimum. Boleh meletup dibuatnya!

"Jangan Viez ..."

"Ya, aku tak setuju. Kalau Irene ada mesti dia juga tidak benarkan."

Tiba-tiba gadis itu tertawa kecil. Tawanya semakin lama semakin bergema di ruangan bilik kosong itu. Mereka bertiga serentak mengalihkan pandangan.

"Hehehe ... Irene Vrdellys?"

Carla mengangkat muka, tawanya terhenti. Wajahnya bertukar dingin. Mata merah bercahaya, serta merta tubuh Rena menjadi kaku. Viez tercampak ke belakang manakala Ryan terapung ke atas lalu berpusing ligat seperti gasing.

Bam!

Tubuh Ryan dihempaskan ke lantai. Ikatan tali yang membaluti tubuh genit itu terputus dengan sendiri. Sebaik sahaja bangun, badan direngangkan beberapa minit dengan gaya yang santai.

Jari runcing menunjuk lurus ke arah Rena. Satu persatu jari yang mengenggam erat batu Amorgite terbuka perlahan! Rena mahu melawan tetapi terbatas! Batu hijau sekelip mata sahaja sudah bertukar tangan. Gadis berambut putih itu mengukir senyum puas seraya melirikan pandangan ke sisi.

"Eh? apa ni?"

Kata Viez panik. Tangannya secara spontan menarik pedang yang tersisip di pingang. Dia terkedu! Tubuhnya bergerak dengan sendirinya.

Jantung berdegup dengan kencang, tatkala kakinya bergerak dan meluru laju sambil menghunuskan pedang ke hadapan. Dirinya kini telah dikawal! Viez cuba menghentikan perbuatannya tetapi gagal. Tak guna!

"Aku tak boleh berhenti!"

Ryan tersentak apabila mengkat muka, matanya membulat! Viez semakin menghampiri dan bersedia mahu menikam. Pantas dia menghumbankan badan ke sisi. Tusukan pedang tersasar.

"Hmm ... aku rasa macam tak seronok pula kalau aku kawal sorang ...." tutur Carla separa bisik. Ryan kini menjadi tumpuan.

"Hei! hentikan ... Aku bukannya anak patung!" bentak Viez. Kakinya mengorak langkah. Sekali lagi dia mahu melakukan serangan!

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now