45. Selamat Tinggal Nyea!

6.2K 444 8
                                    

Dia berjalan ke hulu ke hilir sambil membawa sebuah buku. Sekejap dia bangun, sekejap dia duduk dan diulangi perkara yang sama. Sejak dari tadi dia menghadap buku purba tersebut, sakit betul kepalanya! seolah-olah dia akan menduduki peperiksaan bertulis pada hari esok!

Mata Irene ralit membaca dan menghafal setiap bentuk perkataan yang tertulis di situ sehingga dia terlangar dinding tanpa sedar.

"Auch! tak guna punya dinding," Marah Irene. Kemudian dia kembali membaca sehingga tidak sedar ada empat mata sedang memerhatinya dari tadi.

Irene menghempaskan badan di atas sofa untuk melepaskan lelah. Tangannya memicit-micit dahi. Pening betul kepalanya kali ni. Padah payah nak hafal, tulisan sudahlah pelik pula itu.

Dia tiba-tiba terkejut, buku yang berada di tangan terlepas jatuh apabila Erina dan Alice secara tiba-tiba duduk disisinya. Dia tersepit ditengah-tengah.

"K-kenapa?" Soal Irene terkebil-kebil memandang mereka berdua.

"Kau tengah buat apa?" soal Erina.

"Buku apa kau baca ini?" Alice mengutip buku itu lalu diangkat betul-betul di hadapan muka Irene.

"Eerr ... baca bukulah, itu kan buku." Cepat-cepat dia mengambil buku itu dari Alice.

Irene mahu bangun tetapi Erina dan Alice menghimpit dirinya. Terus terbantut niatnya. "Hey ... hey ... apa korang buat ni? Aku nak bangun,"

"Kenapa kau sepanjang hari ini asyik menyendiri? Duduk dalam bilik lepastu asyik pegang buku ni?" soal Alice sambil menarik buku yang dipegang oleh Irene.

Irene menarik balik, tidak membenarkan Alice mengambil dan mereka bertarik-tarik merebutkan buku. Erina yang memandang pun sudah menepuk dahi, dia yang masih budak pun tidak berperangai macam mereka ni. Mereka sebaya kut!

"Ah, sudah! mari sini bagi aku!" Erina menepuk tangan Irene dan Alice lalu buku itu dirampas kasar. Buku itu dibelek beberapa kali dan helaian dibuka perlahan.

"Buat apa buku purba ni?" Adalah beberapa perkataan yang dia paham. Kerana bondanya ada buku tentang bahasa purba.

Irene menggaru kepala yang tidak gatal. "Baca, aku nak buka portal dimensi."

"Portal dimensi? kau dah gila ke? kau nak pergi mana?" mata Alice membulat terkejut apabila mendengar ayat Irene.

"Hantar Nyea balik?" Dia mesti menghantar Nyea pulang ke tempat asalnya. Nyea tidak boleh dibiarkan terlalu lama berada disini kerana kemungkinan besar masa akan datang nanti Nyea juga yang susah.

MUKA Nyea nampak sunggul. Dia hanya diam. Kata-kata Irene masih bermain di dalam fikirannya. Tidak lama lagi dia akan pulang ke dunianya sebaik sahaja portal dibuka. Ah, bukankah dia patut gembira? sebab dapat pulang ke tempat asal?

Terasa berat hatinya mahu meninggalkan tempat ini. Dia disini dilayan dengan baik, seperti keluarga. Nyea sayangkan mereka semua! semuannya!

Tasik Bruel yang terpampang di hadapan mata dipandang kosong. Air berwarna unggu dan jernih serta ikan yang berenang bebas kini tidak menarik baginya lagi. "Nyea, kenapa ini duduk seorang diri?" soal permaisuri Ellie dengan lembut. Budak kecil itu agak terkejut, yela dia ingat hantu manalah yang menegurnya tadi.

"Nyea tak nak balik," Mata Nyea sudah berkaca-kaca. Bibirnya tercebik-cebik menandakan mahu menangis.

Permaisuri Ellie memeluk tubuh kecil itu lalu berkata "Shhh, mana boleh ... Mahu tak mahu Nyea kena balik sebab ini bukan tempat Nyea. Jika Nyea terus berada di sini nanti Nyea yang susah."

"Kenapa pula?" Hingus yang meleleh disedut kembali.

"Tempat kita tidak sama, perjalanan masa dekat sini sangat berbeza. Sini waktu malam dan tempat Nyea pula siang, serta umur penghuni di dimensi Nyvliant satu tahun bersamaan dengan sepuluh tahun di sini. Betul tak?" Air mata Nyea dilap perlahan. Nyea hanya mengangguk sahaja mengiakan kata-kata wanita yang dianggap sebagai ibunya sepanjang dia berada di sini.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now