26.Jatuh tergolek

6.8K 548 15
                                    

Irene duduk di bawah pokok, dia termenung jauh memikirkan perkara semalam. Betul ke ikan emas itu? dia tidak pasti mahu percaya atau tidak. Tapi ... takkan la ikan itu nak tipu, kalau tipu pun untuk apa? Entahlah dia malas nak pikir! buat serabut kepala otak je.

Jari telunjuk Irene mengeluarkan satu arus elektrik putih kebiruan yang kecil. Cahaya itu membentuk tubuh manusia. Irene membuka tangan perlahan. Figura kecil itu menari di atas telapak tangan tuannya tanpa henti. Ini membuatkan hati Irene terhibur sikit.

Dia merasakan ada seseorang sedang berdiri di belakangnya. Irene cuba tidak menghiraukan kedatangan orang itu. Dia fokus memerhatikan segala gerak-geri benda kecil yang berada di tangannya.

Lama dia rasa diperhatikan. Irene semakin rimas. Apa bendalah yang laki ini nak. Irene mendengus kasar. Dia kenal ... orang yang di belakangnya ini.

Penyibuk!

"Viez apa kau nak?" soal Irene tanpa menoleh.

"Kau buat apa?"

"Tidur." jawab Irene malas, figura manusia yang sedang menari di telapak tangan tadi berubah menjadi seekor rama-rama.

"Apa kuasa kau sebenarnya?"soal Viez memecah kesunyian.

Rama-rama yang dihasilkan oleh Irene mengepakkan sayapnya sebelum terbang ke arah Viez. Saat rama-rama hinggap pada lengan Viez. Satu renjatan meresap ke kulitnya. Viez terkejut!

"Tak perlu aku terangkan kot." Irene mengukir senyuman sinis.

Viez tersengih sumbing sebelum berkata "Kau pernah berlawan?"

"Lawan?"Irene memusingkan badan dan mengangkat muka. Wajah Viez yang tersenyum dipandang.

"Aku cabar kau lawan aku."

"Tak nak!" serentak itu Irene berdiri.

"Asal?"

"aku ... aku ... tak nak" balas Irene gagap.

"Kauu takut kan? ngaku jela kau lembik. " kutuk Viez.

"Viez! kau tak faham ! "Irene mengigit bibir. Dia menahan marah. Tak main-main ni. Dia memang marah!

Dia takut.

Takut terbunuh orang tanpa sengaja.

ERINA melabuhkan punggung di sisi Vylera. Wajah Vylera di tatap beberapa saat. Tiba-tiba jari Vylera bergerak perlahan.

Erina tersentak.

"Vylera? kau dah sedar ke?"

Vylera membuka mata dengan perlahan kerana matanya silau terkena pancaran cahaya. Iyalsh sudah lama dia tidak sedarkan diri kan.

"Mhmm ...." Vylera cuba untuk bangun tetapi dihalang oleh Erina.

"Tak .. kau belum sembuh lagi." ujar Erina perlahan.

"Mhm? Erina kau ada di sini?"

"Yup! aku datang nak jumpa kau lama kita tak jumpa."Erina tersenyum manis. Akhirnya Vylera sedar juga, dia amatlah bersyukur sebab dapat bercakap macam dulu lagi dengan Vylera.

Bunyi letupan telah menganggu perbualan mereka berdua. Mereka berpandangan sesama sendiri. Bunyi letupan itu seolah-olah di kawasan halaman istana.

"Apa itu?"soal Vylera.

"Kejap ...." Erina bangun dan menuju ke tepi tingkap yang berada di bilik Vylera.

Dari jauh dia sudah dapat lihat dua manusia yang sedang berlari berkejaran di halaman istana. Irene sedang mengejar Viez sambil menyerang dengan menggunakan cahaya biru-kebiruan. Terlompat-lompat Viez mahu mengelak serangan Irene.

Erina mengekek ketawa. Gelagat Viez dan Irene itu terasa amat kelakar. Dah besar tapi perangai macam budak-budak. Haa ....padanlah tu!

"Ada apa dekat luar?" soal Vylera pelik.

"Hehehe ... pasangan suami isteri sedang bergaduh." katanya sambil tersengih dengan penuh makna.

VIEZ berusaha sedaya upaya untuk mengelak serangan Irene. Namun dia terkena juga, kulit kakinya terasa direnjat dengan elektrik bervoltan tinggi. Perghhh rasa sakitnya seolah-olah dibakar dengan api!

"Viez! mana kau nak lari!" terjerit-jerit Irene di belakang.

"Arhh! "Viez jatuh tergolek kerana tersilap langkah. Yang si Irene pula tidak menyempat hendak brek lalu badan Viez yang sudah jatuh tergolek di rempuh. Jadi Irene juga join jatuh tergolek bersama Viez.

Bukk!

Mereka berdua menjerit serentak!

White Guardians ( Editing)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu