46. The unexpected

6.5K 498 12
                                    

Dia memperkemaskan sikit pakaiannya dan pedang diperbetulkan. Selepas itu, kakinya laju melangkah keluar dari bilik. Dia ternampak kelibat seorang gadis sedang berjalan ke arah tangga.

"Alice!" panggilnya. Gadis itu berhenti lalu menoleh. Kening sebelah kanannya terjongket ke atas. Bibirnya mengukir segaris senyuman.

Oh! senyumannya sangat manis! manis seperti madu, malah terlebih manis! Jantungnya mula berdegup laju. Terasa di awang-awangan!

"Ada apa Joshua?"

Joshua kembali jejak ke alam nyata "Eerr ... betul ke ada mesyuarat? tapi untuk apa?" soalnya agak kekok. Sebelum ini dia tidak pernah berdua-duan dengan perempuan. Selama ini dia hanya berada di samping Viez sahaja.

"Sebab apa? yang ni aku pun tak tahu," Alice menjongket bahu.

"Bukan ke Guardian sahaja? tapi kenapa aku terlibat juga?" soalnya pelik.

"Entahlah ... Aku manalah tahu, jomlah kita pergi ... sudah lambat ni," Alice segera memusingkan badan. Anak tangga tingkat tiga didaki dengan laju.

"Alice! kau nak pergi mana tu?" jerit Joshua apabila ternampak Alice menuju ke arah bertentangan.

"Bilik mesyuaratlah!"

"Itu bukan arah ke bilik mesyuaratlah! Ini belah kiri." balas Joshua sambil menunjuk-nunjuk pintu bilik mesyuarat di belah kiri.

Langkah Alice termati. "Hahahaha! Oh sana ke?" dia tergelak kecil untuk menutup rasa malu.

"Ya, jom!" tiba di tangga terakhir dia berhenti. Wajah blur Alice dipandang sebelum menghadiahkan senyuman manis dan tangan dihulur menanti kedatangan Alice.

Mereka berdua meloloskan diri ke dalam bilik mesyuarat. Erina sedang bermain bebola angin ditempat duduknya manakala Rena sedang berbual-bual dengan permaisuri Ellie dan Ryan pula sedang mamai. Baru bangun tidur agaknya.

"Ha ... sampai pun." Kata permaisuri Ellie.

"Maaf lambat," ucap Alice sambil duduk di sebelah Erina yang masih kosong. Erina tersengih kambing sambil memandang Alice dan Joshua bersilih ganti.

"Sejak bila korang ... Auch!" Erina terjerit kecil apabila pehanya dicubit Alice.

"Jangan nak fikir bukan-bukan ye?" kata Alice sambil menjengkilkan mata.

"Apa? tak cakap apa-apa pun lagi!" Erina mencebik.

"Aku boleh tahulah," Kata Alice dengan muka selamba. Dia boleh baca fikiran sesiapa sahaja yang dia mahu, kecuali Irene. Dia langsung tidak nampak apa-apa pun dalam kotak fikiran Irene, seolah-olah kosong!

"Okey! tujuan saya kumpulkan kamu semua ni untuk meminta kamu semua ke bandar kecil Willard dan Ornans Village kerana menurut laporan Gotham semakin galak memunculkan diri. Jumlahnya juga semakin bertambah ... Rena dan Ryan kamu berdua perlu ke Ornans Village."

"Bukankah kampung itu ketat kawalannya?" sampuk Ryan pelik.

"Itulah ... saya mahu kamu berdua pantau dan buat apa yang patut. Gotham semakin bijak sekarang ni! Joshua, Erina dan Alice kamu bertiga pergi ke bandar Willard. Khabar angin mengatakan Gotham semakin berani, mereka sudah keluar pada waktu siang dan ramai penduduk yang telah terkorban. Jadi cari penduduk yang masih hidup dan bawa mereka ke sini."

IRENE menyeka air mata yang mahu mengalir. Dia hanya melihat sahaja seorang wanita berambut perak mendukung Nyea masuk ke dalam rumah yang besarnya sederhana sahaja. Mesti selepas ini dia akan rindukan budak kecil itu.

"Selamat tinggal Nyea," ujarnya perlahan sebelum melangkah pergi. Portal dimensi masih lagi terbuka. Viez dipandang dengan tanpa perasaan.

"Berhati-hati ... waktu malam begini binatang buas sering berkeliaran," Wanita berambut perak itu sempat memberi arahan kepadanya.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now