81. Cahaya.

4K 390 21
                                    

Viez mengerutkan dahi. Fokusnya terganggu dengan perasaan tidak senang hati. Sebab pertamanya ialah gotham semakin mara dan masalahnya yang datang tu semakin besar dan ganas. Keduanya ialah Irene. Memang sudah sedia maklum bahawa Irene dalam keadaan kritikal. Entah bagaimana keadaan Irene tu antara hidup atau mati?

"Eh, Viez kau nak ke mana? Jangan nak lari dari perang. Sesungguhnya itu adalah satu kesalahan yang besar." bebel Alice sambil melawan gotham. Jangan ingat Alice tak nampak!

"Aku bukan pengecut nak lari dari perang!" bidas Viez dengan nada begang. Dia turut membalas pandangan Erina.

"Oh, I see ... Nak tengok Irene lah tu."

" Tapi kau tak boleh pergi! Tengoklah gotham ni?" Erina menjerit. Mukanya jelas menujukan bahawa dia sangat penat. Merah-merah mukanya.

Alice tersenyum sebelum berkata"Nah, jangan risaulah. Bukan ke Ryan dan Rena ada dengan dia?"

"Fine!" balas Viez akur. Mahu tak mahu dia kena berada di situ. Jika diikutkan hati memang sudah lama dia pergi dari situ. Biar tinggalkan Alice dan Erina dekat situ.

Tidak lama kemudian, tanah bergegar seperti gempa bumi. Mereka semua terpinga-pinga dengan keadaan disitu. Tanah yang dipijak merekah sebelum badan raksasa merangkak keluar. Bukan satu malah banyak yang keluar!

Tubuhnya mengerutu, gigi taring tesembul keluar dari mulut. Mata merah bak biji saga. Telinga runcing naik ke atas. Ia seakan seekor beruang dewasa!

"Black beast!" pekik Alice. Ingat lagi dia semasa menyelak buku ditepi tangga. Dia ada nampak binatang ni tapi lupa apa gelaran binatang ini.

Black beast yang keluar semakin banyak. Pelbagai jenis binatang yang mengerunkan muncul. Menegak bulu roma mereka apabila melihat black beast.

IRENE masih lagi tidak sedar dalam pangkuan Rena. Ini membuatkan Rena dan Ryan menjadi runsing. Susah mereka kalau terus menerus begini.

Rena menyudahkan balutan di leher Irene. Racun-racun yang merebak ke dalam badan Irene telah pun dikeluarkan sebentar tadi. Tapi tidak semua kerana masih ada lagi sisa-sisa yang tinggal.

"Black beast!" ujar Ryan seraya menoleh ke arah Rena. Tidak jauh dari hadapannya seekor black beast singa berekor kala jengking berlari menuju ke arahnya.

"Tak ada pilihan lain Ryan. Kita terpaksa gunakan kuasa kita ...." belum sempat butir-bicara dihabiskan, rantai krystal miliknya terangkat ke ruangan udara. Warna hijau memancar-mancar keluar. Rena terdiam seketika.

Ryan juga mengalami situasi yang sama,  black beast yang mendekati tadi sudah terbakar rentung menjadi abu. Ryan dikelilingi aura api.

Rena berpaling kepada Irene. Hitam. Rantai krystal Irene masih hitam seperti kali pertama dia melihat sebelum ini. Tiada satu cahaya pun yang menyinari rantai tersebut. Warnanya seakan mati, kosong dan tidak punya apa-apa.

"Tak mungkin.... "

Sementara itu, Viez, Alice dan Erina berhenti tatkala cahaya keluar mengikut warna masing-masing. Musuh yang datang semuanya terhapus begitu sahaja.

"Apa yang jadi ni?" soal Erina panik. Wajah Alice dan Viez dipandang silih berganti. Pertanyaan Erina dibalas dengan gelengan.

Rantai mereka menghasilkan kilauan debu sebelum warna cahaya milik Alice, Viez dan Erina meluncur laju dalam satu arah. Mereka berpandangan sesama sendiri
dan mengejar arah kilauan cahaya itu.

Satu persatu warna meresap masuk ke dalam rantai krystal hitam. Tiba warna putih sebagai penutup, warna hitam semakin pudar sebelum bertukar menjadi warna biru gelap. Berkilat-kilat dek cahaya matahari yang menyinari meskipun begitu Irene tetap tidak sedarkan diri.

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now