38. Dragon leather gloves

6.2K 552 14
                                    

Alice mengigit bibir. Perasaan geram yang terbuku dihati cuba ditahan. Mata dijengilkan kepada budak perempuan berambut kuning cair , tetapi budak itu pula sebaliknya bukan takut malah dia mengekek ketawa.

Aihhh kecik besar kecik besar je Alice tengok budak ni. Dahlah nakal! tak reti duduk diam. Aduhhh! mana Si Erina dan Joshua ini pergi? tetiba sahaja lesap!

"Nyea..."

Senyap...

"Nyea?" Alice terkebil-kebil melihat tempat  Nyea berdiri sebentar tadi. Cepat-cepat dia menoleh kiri dan kanan. Tak ada? mana pula si budak ni? Matanya meliar mencari si Nyea di celah-celah penduduk Town Hill, tapi tak semudah itu dia dapat mencari kerana terlalu ramai orang.

Pipi digaru perlahan. Baju hoodie yang menutupi kepala diperbetulkan sedikit. Mujurlah Erina sudi meminjamkan pakaian kepadanya dan nasiblah muat-muat je kalau tak, mana mahunya dia keluar ke Town Hill.

Alice mula mengelabah apabila kelibat Nyea masih tidak jumpa. Ni yang dia benci! budak kecil sememangnya susah nak jaga. Macam-macam! Itulah inilah, lepastu banyak ragam dan buat hal, salah satunya macam inilah. Hilang!

Alice berjalan sambil menghentak-hentak kaki. Geram! Orang sekeliling yang melihat gelagatnya tidak dipedulikan. Ahh! peduli apa dia! Jumpa budak tu siaplah! Eeeiii, kalau budak itu adik dia, lagi teruk kot dia kerjakan nanti!

Sampai di satu gerai. Langkah Alice terhenti apabila dilihat orang ramai sedang berkumpul. Dahi Alice berkerut seribu. Pelik! ada apa sampai orang ramai berkumpul? Hatinya kini dipukul dengan rasa ingin tahu.

Baju Alice terasa ditarik-tarik dengan kuat, telah menyebabkan niat Alice terhenti. Dia menunduk ke bawah. Dilihat wajah Nyea mencebik seperti mahu menangis, sedang memegang erat bajunya.

"Nyea! kenapa ni?"

Mata bulat Nyea sudah berkaca-kaca.

"Kenapa?"soalnya lagi.

" Sini pon kamu ya! kamu mencuri coklat Pakcik!" Suara garau menyapa deria pendengarannya. Alice mengangkat muka. Lelaki bermisai dan memakai kaca mata mendekati mereka berdua.

"M-mencuri? Nyea? curi?" Alice pandang wajah Nyea dengan padangan tidak percaya. Biar betul budak ini mencuri?

"Tidak Nyea cuma pegang coklat itu je, lepastu coklat itu termasuk dalam mulut. Coklat itu yang masuk sendiri dalam mulut Nyea! tak ada niat pun nak makan." jelas Nyea berbelit-belit.

Alice menepuk dahi! Lahaiiii budak ni ! pening kepala dibuatnya.

"Saya nak mintak bayaran untuk coklat tadi! mahal coklat tu. Cepat!" Lengan Nyea dicengkam kuat. Nyea merengek sakit.

"Wo, budak kecil ini. Janganlah buat macam tu."

"Bayar! atau saya potong sayap dia!" ugutnya lagi sambil mencerlung tajam kepada Nyea.

Alice mengigit bibir. Tangannya menyeluk kocek seluar."Berapa?"

"5 keping syiling emas."

"Apa! mahal betul! coklat apa sampai mahal?"

"Coklat ini dari negara Lycria tahu?!"

Alice sedikit tersentak apabila nama negaranya disebut. Negara Lycria di mana negara yang paling banyak menghasilkan manisan-manisan seperti coklat. Bukan itu sahaja, kualiti makanannya semua bagus-bagus belaka.

Terdetik hati Alice, mahu tahu keadaan negaranya. Macam manalah agaknya sekarang. Hmmm..

"Mampu bayar ke tidak!"

"Huh? setakat lima keping syiling emas ni apalah sangat! kalau nak dibandingkan dengan harta negara Lycria yang tak pernah nak habis tu! huh! Ha ambik! tak kisah pun!" Alice menghulurkan sepuluh keping syiling emas. Namun lelaki tersebut teragak-agak mahu ambil.

White Guardians ( Editing)Där berättelser lever. Upptäck nu