8.Buku

8.1K 654 6
                                    

Satu tembakan angin dilepaskan. Serangan tersebut kemudian menghasilkan satu letupan yang sederhana tetapi kuat sehingga menyebabkan tiga lelaki itu terpelanting ke belakang! Mereka terhentak pada dinding lalu jatuh tertiarap dan pengsan tidak sedarkan diri. Orang ramai mula berkumpul untuk melihat apa yang berlaku.

"Bukankah itu Puteri Erina?" jerit seseorang.

"Puteri Erina!" seorang lagi penduduk menjerit. Bertambah kecohlah jadinya. Muka Erina sudah cuak!

"Puteri?" soal Irene kepada Erina.

Erina menjadi panik "Jom! Lari lari dari sini!" tangan Irene dicapai dan dibawa ke satu tempat yang tersorok tiada orang. Nanti-nantilah dia terangkan, sekarang dia mesti larikan diri terlebih dahulu!

Dengan segera dia membuka portal untuk pulang ke istana. Sekelip mata sahaja mereka sudah tiba dalam istana. Erina mengeluh perlahan. Mesti bondanya marah kerana mengunakan kuasanya di kahlayak ramai.

"Awak belum jawab lagi soalan saya,"

Erina tersenyum paksa. "Ya, saya Puteri" Dia tersengih seperti kerang busuk. Kurang bijak betul Irene ini menanyakan soalan. Sudah tentulah Erina memanggil Permaisuri Ellie itu bonda.

"Bonda saya adalah Ratu ... Ayahanda sudah tiada jadi bonda saya yang mengambil alih pemerintahan." Sambung Erina lagi.

"Oh ... maafkan saya," ucap Irene diserang rasa serba salah. Dia berfikir tentu Erina akan sedih.

"Tidak mengapa ..."

"Tapi kenapa Rena dan Ryan tak mengunakan gelaran Ratu?"

Erina sudah agak yang Irene pasti tanya soalan itu. "Entahlah, Sejujurnya saya tidak tahu." kepala yang tidak gatal digosok perlahan. Dia pun kurang pasti mengapa bondanya buat begitu. Irene hanya mengangguk, tidak mahu lagi bertanya macam-macam lagi memandangkan Erina berminat dengan topik ini.

"Saya masuk bilik dulu." Tanpa menunggu jawapan Irene. Dia berlari anak menuju ke arah tangga, meninggalkan Irene seorang diri.

DIA baring terlentang menghadap syiling. Bosan, pintu balkoni di pandang sekejap sebelum dia bangkit dari pembaringan. Apabila buka sahaja pintu kaca balkoni, angin malam menyapa mukanya. Ia amatlah sejuk tapi nyaman, dan menenangkan jiwa. Dia bersidai di tembok hamya paras pinggang. Tapak tangannya dipandang lama. Muncul satu cahaya kecil seperti elektrik berpusing-pusing mengelilingi jarinya dan menjadi satu bentuk figura manusia kecil seperti pari-pari. Irene mengulum senyuman. Inilah penghiburnya jikalau dia sedang bosan tahap gaban. Figura kecil itu terus menari di udara dan di celah-celah jari Irene.

"Hi, jiran?" Sapa satu suara. Irene tersentak lalu menoleh ke arah suara tersebut dan dia sudah agak yang itu suara, Ryan. Dia sudah boleh tahu.

"Kau buat apa dekat situ?" Irene memandang kosong. Tidak tahu pula bilik Ryan hanya di sebelahnya sahaja.

"Tak boleh tidurlah. Jadi aku ambil angin," katanya seraya memusingkan badan ke sisi, menghadap Irene.

"Ambil angin atau buang angin?" Irene mengekek ketawa. Saja mengusik. Sekurang-kurangnya bolehlah hilangkan rasa bosan yang melanda dirinya ini.

"Mana ada ... entah-entah kau!" Ryan tersengih senget dan balasannya itu mematikan ketawa Irene. Dari pandangan sisi, dapat dia lihat Irene menjeling maut.

Irene kembali memandang figura kecil di tangannya. Hendak tembak Ryan tetapi lelaki itu mencampak bom pula! Menyakitkan hati betul. Malas mahu membalas. Kali ini figura kecil itu sudah tidak menari tetapi sedang memeluk jari Irene. Lahai. Comel sahaja lagaknya!

"Itu kau punya kelebihan?" Nadanya seolah-olah terkejut. Irene mengangguk tanpa menoleh Ryan. "Wow ... sekarang jarang kuasa itu wujud. " sambungnya teruja bercampur pelik. Terselit tanda tanya apaa identity, Irene ini. Dia rasakan gadis di hadapannya ini ada sesuatu

"Ya? Tapi ... aku tidak pernah menggunakan sebelum ini." Suara Irene mengendur. Kepala menuduk ke bawah.

"Jadi kau tidak pernah guna kuasa kau?"

Irene menghela nafas pendek. "Ya."

"Kenapa?" soal Ryan ingin mencungkil rahsia.

Dia tidak menjawab soalan Ryan. Irene hanya memerhatikan figura kecil di tangannya yang sedang membuat sesuatu. Apa benda binatang kecil ni buatlah ... Aihh macam-macam. Bila diperhatikan betul-betul, baru dia perasan figura kecil itu membuat satu anak panah. Irene mengerut dahi. Kemudian anak panah dihalakan ke arah Ryan yang sedang syok memejam mata melayan perasaan. Irene mahu gelak tapi ditahan sahaja.

Zzzrtttt!

Anak panah dilepaskan tepat mengenai dahi Ryan. "Auchh!" terasa satu renjatan kecil di dahinya meresap masuk! Tersentak dia di situ. Walaupun kecil tapi perit. Irene melepaskan tawanya setelah ditahan sejak tadi.

Ryan memberi jelingan maut kepada Irene. "Kau ... kacau mood akulah." Dia mengetap bibir menahan sabar.

"Bukan akulah," Irene menafikan setelah berhenti mentertawakan Ryan.

"Habis itu siapa lagi kalau bukan kau!" Sekali lagi kepalanya dipanah. Tetapi kali ini lebih sakit. "Adoi ... sakitlah!" lantas dahinya digosok perlahan supaya hilang rasa perit.

Irene tersenyum memandang figura kecil itu dan Ryan terpandang "Siap kau binatang!" sergah Ryan. Figura kecil itu kelihatan terkejut lalu memeluk erat jari Irene. Ketakutan nampaknya.

"Alah, benda ini hanya bergurau saja."

"Gurau kau cakap? macam nak bunuh aku je. Kau ingat tidak sakit ke?" dengus Ryan.

Irene memetik jari dan figura itu hancur menjadi kilauan perak yang berterbangan di udara. "Sudahlah aku nak tidur." Dia meninggalkan Ryan yang sedang terkulat-kulat seorang diri. Malas mahu melayan.

Dia merebahkan badan ke atas tilam. Namun matanya tidak mahu lelap. Tiba-tiba Irene teringatkan sesuatu. Buku, ya dia teringatkan buku tadi. Terus dicapai buku tersebut yang berada di atas meja. Kulit buku yang bertajuk Lagend of the Kourez Nille.

Huh? apa ke pelik nama tajuk buku ni. Setelah puas dibelek buku itu. Dia segera membuka tapi satu pun dia tidak faham apa yang tertulis di situ. Buku dicampak ke tempat asal. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memaksa dirinya tidur!

White Guardians ( Editing)Where stories live. Discover now